Adsense

Ahad, 19 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Fame Gaga, Lady Gaga!

Posted: 19 Aug 2012 08:55 PM PDT

Stefani Joanne Angelina Germanotta atau lebih dikenali dengan nama Lady Gaga sering tampil pelik dan luar biasa tatkala memperagakan sesuatu pakaian.

Beliau terkenal dengan imej yang seksi, malahan sering tampil dengan persembahan yang menarik dengan kemampuan vokal yang hebat bagi menambat hati para peminatnya.

Wangian pasti tidak lekang daripada selebriti. Pasti setiap selebriti akan menghasilkan haruman aroma wangian tersendiri yang mencerminkan personaliti mereka.

Begitu juga dengan Gaga, beliau menghasilkan wangian aneh daripada botol eksklusif berbentuk telur yang dihiasi dengan emas dan wangiannya dirumus khas daripada elemen Tears of Belladonna, Crushed Heart of Tiger Orchidea, a Black Veil of Incense, Pulverized Apricot, Combinative Essences of Saffron San Honey Drops.

Malahan, baru-baru ini Lady Gaga telah memuat naik trailer komersial untuk kempen minyak wanginya yang terbaru iaitu Fame, First Ever Black Eau de Parfum.

Trailer bajet tinggi ini penuh dengan aksi menggoda dengan jalan penceritaan yang menarik yang memerlukan anda menonton lebih daripada sekali.

Dalam satu babak, Lady Gaga tampil tanpa sebarang pakaian dimana fotonya diambil oleh jurugambar Steven Klein dan mendapat belaian daripada lelaki-lelaki kecil yang merangkak pada tubuhnya kecil.

Jalan penceritaan dalam trailer ini tentang kekuasaan peribadi di mana beliau tertindas dan penghasilan wangian ini bermotifkan warna hitam, 'black like the soul of fame but invisible once airborne'. Sebagai iklan minyak wangi, ianya cantik kemas!

Komersial ini telah diarahkan oleh Steven Klein, yang menjalankan kerjasama dalam muzik video "Alejandro" dan dihasilkan oleh Ridley Scott francais "Alien". Kemasyuran semburan wangian akan dikeluarkan khas pada 22 Ogos 2012.

Filem Aksi Paling Ganas, “The Raid : Redemption”

Posted: 19 Aug 2012 06:19 PM PDT

"The Raid" merupakan sebuah filem terbaru yang diterbitkan oleh PT. Merantau Films dan kini telah pun menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan kerjasama Sony Pictures.

Untuk pasaran antarabangsa, filem telah ditambah tajuknya menjadi "The Raid : Redemption". Ura-ura mengatakan filem ini bakal muncul dengan filem sekuel walaupun ianya masih belum dilancarkan lagi.

Filem ini berkisarkan tentang kumpulan SWAT yang menyerbu sebuah apartment tinggal yang menjadi lokasi operasi dan tempat tinggal raja dadah bernama Tama. Selain Tama, konco-konco beliau yang juga terlibat dalam jenayahnya turut tinggal dilokasi yang sama.

Lokasi Tama tinggal ini dikatakan tempat yang sangat digeruni oleh sesiapa pun. Mana-mana pihak berkuasa pun tidak berani menyerbu tempat ini. Namun sekumpulan SWAT mengambil risiko dan kumpulan yang menjalankan operasi menyerbu ini tersekat di Tingkat 6 tanpa sebarang komunikasi dan mula diserang. Apakah yang akan terjadi pada mereka? Mereka perlu berikhtiar untuk terus hidup dan menghabiskan misi.

Filem ini akan ditayangkan pada 20 September ini di seluruh pawagam tempatan. Mari tonton trailer filem "The Raid : Redemption" yang ganas selepas ini!