Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Anzalna penakut

Posted: 28 Aug 2012 04:52 PM PDT

Tak berani daftar kelas memandu, teman lelaki bawa kereta ke sana-sini

TIDAK malu mengakui belum memiliki lesen memandu biarpun usia menginjak 24 tahun, pelakon jelita, Nur Anzalna Md Nasir mengakui atas faktor itulah, kekasihnya, Mohd Hanif Mohd Zaki, 24, kerap menemaninya ke mana saja.

Dedah gadis yang mesra disapa Anzalna itu, antara lima beradik, dia paling penakut hingga payah memberanikan diri menghadiri kelas memandu.

Saya bertuah kerana kekasih sedia menghantar atau menjemput saya apabila ada urusan penggambaran. Dia tidak pernah merungut Biasanya, adik atau ayah turut menemani" - Anzalna, Pelakon

Bukan mahu menyusahkan sesiapa, Anzalna bersyukur keluarganya sedia menjadi pemandu tidak rasmi, begitu juga jejaka istimewa yang bertakhta di hati, Mohd Hanif.

"Sebenarnya, bukan disebabkan apa-apa insiden, cuma mungkin saya belum bersedia. Maklumlah sejak kecil ayah sentiasa sedia membawa kami ke sana-sini. Kemudian kami menetap pula di Australia selama lima tahun mengikut ayah menyambung pengajian.

"Selepas terbabit dalam bidang seni, keluarga lebih selesa jika saya ditemani berikutan jadual kerja tidak menanti. Jadi pelbagai faktor menyebabkan keinginan belajar memandu tertangguh.

"Saya bertuah kerana kekasih sedia menghantar atau menjemput saya apabila ada urusan penggambaran. Dia tidak pernah merungut, tetapi biasanya, adik atau ayah turut menemani," katanya yang mengambil cuti seminggu beraya dengan keluarga.
Syawal rapatkan hubungan

Sempena Aidilfitri, pelakon Adam dan Hawa itu tidak ketinggalan mengunjungi keluarga teman lelakinya. Anzalna juga pulang ke Muar, Johor di kampung sebelah ayahnya sebelum menziarahi sanak- saudara sebelah ibunya di Pulau Pinang.

"Adik-beradik ayah saya seramai tujuh orang, tak termasuk sepupu dan anak saudara yang jika berkumpul memang gamat suasana. Tahun ini saya sediakan peruntukan sikit untuk duit raya saudara-mara yang kecil.

"Suasana di Pulau Pinang juga sama meriah. Bagi saya, Syawal adalah masa untuk kita mengeratkan hubungan yang dekat dan merapatkan yang jauh," katanya yang pernah dua kali berhari raya di perantauan bersama keluarga.

Doa ikatan dimeterai

Ditanya perihal hubungan cinta yang mendapat restu kedua-dua belah keluarga, tanpa berselindung, Anzalna meminta insan sekeliling mendoakan semoga ia diakhiri ikatan murni.

Biarpun menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan, aktres jelita ini mengakui tidak menolak jika takdir menentukan mereka berkahwin awal, selain bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri ketika nama di puncak.

"Sebagai gadis, kurang manis jika saya yang berlebih-lebih bercerita soal jodoh. Namun, adat dalam perhubungan, kita sentiasa harapkan yang terbaik dan saya dari dulu tidak malu mengakui hati saya sudah dimiliki," ulas pelakon drama bersiri Sirrun yang sudah genap setahun menceburi arena seni.

Biar pernah dihambat kontroversi, Anzalna menerima segala yang mendatang dengan hati terbuka sekali gus berharap lebih masyarakat mengingati hasil lakonan berbanding kisah hangat membabitkan dirinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan