Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Sasha (Elite) & Suami Bercerai Talak Satu

Posted: 10 Jul 2012 09:31 AM PDT

SASHA ELITE CERAI TALAK SATU

Update pantas! Sasha Saidin yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Elite suatu ketika dahulu dan suaminya (kini bekas suami), Salyo Priyanto telah sah bercerai dengan talak satu selepas Salyo melafazkan cerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah mengesahkan lafaz cerai itu serta memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Ditanya apakah punca yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk bercerai, Sasha enggan mendedahkannya dan berkata, dia tidak perlu berbuat demikian kerana ingin menjaga nama baik bekas suaminya itu dan perpisahan mereka juga dibuat secara baik. Seperti kata Sasha kepada mStar Online:-

"Sebagai seorang Islam tidak perlu saya membuka pekung tentang apa yang berlaku di antara kami tambahan pula kes ini sudah pun selesai.

"Apa yang boleh saya katakan, kami berdua telah mengambil pelbagai langkah seperti mendapatkan nasihat keluarga dan berusaha memperbaiki keadaan rumah tangga kami tetapi malangnya penceraian adalah yang terbaik buat kami berdua,"

Psstt: Korang mampu buat macam ni?

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan