Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis Telefilem Sugeh

Posted: 10 Jul 2012 09:22 PM PDT

SUGEH (KAYA) - SEBUAH TELEFILEM JAWA YANG PERTAMA DI MALAYSIA

Sinopsis Telefilem Sugeh
SUGEH atau Kaya mengisahkan sebuah kehidupan masyarakat Jawa di sebuah Kampung di negara ini. Pak Hamid merupakan orang kaya di kampung tersebut yang memiliki ladang sawit yang luas serta ternakan lembu yang banyak. Pak Hamid mempunyai dua orang anak iaitu Syaiful yang melanjutkan pelajaran di England dan Safiah yang berkerja sambilan di sekolah Tadika di kampungnya.

Urusan ladang dan ternakan di uruskan oleh Azmi, seorang pemuda jujur yang juga seorang guru silat. Azmi dibantu oleh Man, pemuda yang bodoh bodoh alang. Selain itu Ijam merupakan pembantu khas Pak Hamid yang paling kuat membodek. Pak Hamid selalu menjadi tumpuan orang kampung untuk memohon bantuan. Walaupun Pak hamid seorang kaya yang kedekut namun isterinya Ruminah dan anaknya Safiah merupakan seorang yang sangat pemurah dan suka membantu orang kampung.

Herman saorang duda yang mengusahakan kedai makan di kampung itu merupakan orang kepercayaan ketua kampung yang banyak membantu ketua kampung dalam urusan berkaitan dengan pentadbiran di kampung tersebut. Lijah, adik perempuan Herman pula tidak berkahwin selepas dikecewakan oleh Syaiful yang lari ke England selepas difitnah oleh Herman yang menuduh Syaiful mempunyai hubungan sulit dengan isterinya sehingga menyebabkan mereka bercerai.

Tiga pemuda kampung yang merupakan anggota band kampung iaitu Miskun, Omar dan Oden pula sering menjadi sasaran orang kampung kerana tidak mempunyai pekerjaan dan suka melepak. Walaupun aktiviti kegemaran mereka bertiga ialah mengintai namun mereka sering dikaitkan dengan kejadian kejadian yang berlaku di kampung tersebut.

Kepulangan Syaiful ke kampung dengan membawa seorang isteri mat salleh telah menarik perhatian orang kampung. Kesombongan Syaiful terhadap orang kampung menimbulkan kebencian pada orang kampung terutama Herman yg masih tidak dapat melupakan peristiwa yg berlaku diantara mereka. Lijah, adik Herman pula menuntut penjelasan daripada Syaiful kenapa hubungan cintanya diputuskan secara tiba tiba.

Kejadiaan kehilangan lembu lembu di kampung pula menjadi punca keributan di kampung itu dengan masing masing tuduh menuduh. Azmi dan Miskun serta rakan rakannya menjadi mangsa tuduhan keluarga Saiful. Pada masa yang sama Safiah anak Pak Hamid pula menjadi mangsa penculikan dan Man yang menjumpai Motorsikal Safiah ditepi jalan menyebabkan orang kampung menjadi kecoh.

Kejadian penculikan Safiah pada malam itu telah membuka mata orang kampung tentang kebenaran. Semenjak itu kesemua anggota masyarakat kampung yang tuduh menuduh telah berbaik baik dan mereka hidup dengan rukun. Pak Hamid juga tidak lagi menjadi orang yang kedekut, begitu juga Syaiful. Bagaimana pula dengan Miskun dan Rakan rakan mereka. Ikuti kisah menarik ini.

PARA PELAKON
Dato' Jamali Shadat, Ruminah Sidek, Herman Tino, Betty Benafe, Ebby Yus, Saiful (Djpool Klfm), Su Sidek, Am Raja Lawak, Rahmad Mega, Ali Tera Rossa, Nanie Wahyu, Mejar Zainal, Victoriya Ikbal, Omar Scoin & Saharudin.

SUTRADARA
THORPE ALI fdam

PENERBIT EKSEKUTIF
AMIERUL EEMAN HARUN SALIM BACHIK

PENERBIT
HALEM.MS

TERBITAN
EEMAN CORPORATION SDN BHD.


Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Telefilem SUGEH Tayang Guna Konsep Wayang Pacak

Posted: 10 Jul 2012 08:59 PM PDT

TELEFILEM SUGEH

Eeman Corporation Sdn. Bhd. (Eeman) merupakan sebuah produksi pertama yang menerbitkan sebuah telefilem Jawa di negara ini. Sebelum ini tiada satu pun produksi yang menerbitkan sebuah telefilem yang menggunakan bahasa Jawa sepenuhnya bagi menggambarkan kehidupan masyarakat Jawa di Malaysia.

Telefilem SUGEH yang bermaksud Kaya memberikan gambaran kehidupan seharian masyarakat Jawa yang terkenal dengan sikap rajin sehingga mampu mencapai kejayaan dan kekayaan, sikap bermasyarakat dan saling bantu membantu.

Keunikan masyarakat Jawa diketengahkan dalam telefilem ini yang dan yang paling ketara ialah walaupun berlaku pertengkaran, salah faham dan sifat tamak, kedekut, namun akhirnya mereka tetap bersatu dan cepat menyedari kesilapan dan kekhilafan mereka selain sentiasa menitikberatkan soal agama.

Telefilem ini merupakan satu naskah untuk masyarakat Jawa di negara ini yang dipercayai berjumlah lebih 7 juta orang yang kebanyakannya tertumpu di negeri Selangor, Johor dan Selatan Perak.

Telefilem SUGEH

Walaupun pada asalnya telefilem ini diproduksikan untuk tontonan umum menerusi stesyen TV, namun bagi memberi peluang kepada masyarakat Jawa di negara ini memiliki naskah ini, maka pihak Eeman telah mengubah destinasi telefilem ini kepada tayangan secara terus kepada orang ramai dengan menggunakan konsep 'wayang pacak'.

Konsep 'wayang pacak' ini sangat popular pada satu masa dulu bilamana skrin dipacak ditengah tengah padang dan menjemput masyarakat sekeliling menonton dengan dikenakan bayaran. SUGEH akan menjelajah ke kawasan kawasan penempatan majoriti masyarakat Jawa di Malaysia dengan membuat tayangan secara umum seperti itu dengan sedikit perubahan dimana wayang pacak ini akan ditayangkan di dewan dewan orang ramai. Selain datang untuk menonton, penonton juga boleh memiliki naskah ini dengan membeli telefilem ini dalam bentuk DVD untuk tontonan seisi keluarga di rumah dan sebagai simpanan.

Tayangan telefilem SUGEH ini akan dimulakan pada bulan September 2012 iaitu semasa musim hari raya dengan permulaan sebuah tayangan amal perdana untuk mengutip dana bagi persatuan-persatuan anak anak jawa di negara ini. Produksi SUGEH akan bekerjasama dengan persatuan Anak Jawa Selangor, Anak Jawa Malaysia, Anak Jawa Perak dan Anak Jawa Johor bagi menjayakan tayangan amal perdana ini dan tayangan berkonsepkan wayang pacak di negeri negeri yang disebutkan tadi.

Telefilem SUGEH

SUGEH juga sedia bekerjasama dengan mana mana pihak yang ingin menayangkan cerita ini kepada masyarakat setempat disamping mengumpulkan masyarakat Jawa di kawasan masing masing dengan konsep mengenakan bayaran tiket samada secara persendirian mahupun secara pukal.

SUGEH juga menampilkan para pelakon tempatan yang selama ini tidak diketahui bahawa mereka sebenarnya boleh bertutur dalam bahasa Jawa dengan baik mahupun memangnya anak jawa. Antara barisan pelakon SUGEH ialah Dato' Jamali Shadat, Ruminah Sidek, DJ Pool, Herman Tino, Betty Banafe, Sue Sidek, Rahmat Mega, Ali Terra Rossa, Amm Raja Lawak, Ebby Yus, Omar Scorr, Mejar Zainal dan seorang pelakon undangan dari Russia, Victoria Khan. Sugeh menampilkan Thorpe Ali sebagai pengarah.

SUGEH akan menemui penonton menerusi Tayangan Amal Perdana yang akan diadakan pada 8 September 2012 di Dewan Tuanku Agong, UiTM Shah Alam. Tiket tiket berharga RM50 akan dijual kepada orang ramai untuk menyaksikan tayangan amal perdana ini mulai 16 Julai 2012 sehingga tarikh tayangan sementara tiket masih ada. Selain menyaksikan tayangan SUGEH, penonton juga akan disajikan dengan persembahan langsung oleh pelakun pelakun SUGEH dan senaskah DVD Sugeh kepada setiap penonton di tayangan amal ini. Selepas tayangan amal perdana ini, SUGEH akan menjelajah ke 3 negeri iaitu Perak, Selangor, Melaka dan Johor menerusi tayangan umum berkonsepkan wayang pacak seperti berikut: Bagan Datok, Simpang Empat, Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Banting Batu Pahat, Pontian, Muar, Johor Bharu dan Segamat.

Pihak produksi SUGEH akan mengiklankan tarikh tarikh tayangan di kawasan kawan yang tersebut bagi memudahkan para penonton mendapatkan tiket lebih awal. Dalam siri jelajah ini DVD sugeh dan cenderamata sugeh berupa Topi dan T Shirt SUGEH akan dijual kepada orang ramai dan sekaligus boleh mendapatkan tandatangan para pelakun yang terlibat telefilem ini dalam siri jelajah tersebut.

SUGEH juga mengalu alukan mana mana pertubuhan yang ingin bekerjasama dengan SUGEH untuk membuat tayangan amal atau tayangan biasa di mana mana sahaja.

Telefilem SUGEH

Telefilem SUGEH

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan