Adsense

Selasa, 17 Julai 2012

Sensasi

Sensasi


Gambar permata hati Ekin dan Mawi,Cahaya Malaika.iras siapa?

Posted: 17 Jul 2012 08:46 AM PDT

Comelnya anak Mawi dan Ekin yang kini sudahpun berusia 4 bulan.. Belek-belek wajah comel nie korang rasa iras siapa? Sensasi tengok mata ada ikut mata Ekin,hiudng pulak macam Mawi sikit.

 Mawi semakin chubby sekarang hehe mungkin hepi dengan keluarga.

cahaya malaika
cahaya malaika
cahaya malaika
cahaya malaika\
cahaya malaika

Lisa Surihani sebagai jemputan khas dalam siri Oh My English! hujung minggu ini

Posted: 17 Jul 2012 08:34 AM PDT

 Siapa yang tak menonton Oh My English? kalau belum boleh la tengok di youtube ...

Oh My english merupakan siri di TVIQ yang berbentuk info komedi.Pendekatan untuk memperbaiki penggunaan grammar dalam English harian dalam bentuk siri yang menghiburkan sesuai untuk kanak-kanak,pelajar,dan juga orang dewasa.

Tak kira lah walaupun dah fasih berbahasa Inggeris,rancangan ini menghiburkan.Sensasi suka tengok Izara yang comel.hehe

Kali nie Lisa menjaadi tetamu jemputan dalam siri ini ,pastinya menarik...Jom tengok promo Lisa sebagai Jemputan Khas untuk Oh My English!

Siaran Istimewa 'Oh My English' pada hujung minggu ini pada 20 – 22 Julai (Jummat – Ahad) dari pukul 10 pagi – 10 malam, serta penampilan istimewa Lisa Surihani di rancangan 'Oh My English!' pada Julai 22, (Ahad) pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)!

Katie Holmes daftar anak di sekolah Katolik,kikis fahaman Scientology dalam diri anaknya

Posted: 17 Jul 2012 08:20 AM PDT

Pantas membuat perancangan agar anaknya menjalani kehidupan normal, bekas isteri Tom Cruise, Katie Holmes telah mendaftarkan anak tunggal mereka, Suri Cruise ke sekolah perempuan agama Katolik di Manhattan's Convent Of The Sacred Heart.


Dipetik dari laman Dailymail, Holmes yang telah diberikan hak penjagaan sepenuhnya oleh pihak mahkamah selepas bercerai dengan Cruise pada akhir Jun lalu didakwa ingin memastikan anak perempuannya tidak terjebak dengan fahaman Saintologi yang diamalkan Cruise.

Laman tersebut turut melaporkan, Suri bakal memasuki sesi persekolahan pada September depan dan pastinya ia akan memberi suasana baru buat kanak-kanak berusia enam tahun ini yang sebelum ini hanya belajar di rumah dan menggunakan tutor peribadi.

"Di sana (sekolah baru), Suri akan mula belajar, bergaul dan berkongsi selain akan mewujudkan suasana yang sihat berbanding kehidupan sebelum ini yang tidak seperti kanak-kanak normal," ujar satu sumber.

Malah menurut sumber itu lagi, yuran tahunan sekolah tersebut dianggarkan melebihi AS$38,000 (RM120,190)

Antara selebriti yang pernah menuntut di sekolah tersebut adalah Lady Gaga, Caroline Kennedy, Jordana Brewster dan juga Nicky Hilton.

Holmes memfailkan penceraian daripada aktor berusia 50 tahun itu bulan lepas dan sumber menyatakan punca di sebalik penceraian mereka adalah kerana kemahuan Cruise yang inginkan Suri bersekolah di sekolah Saintologi sama seperti dua orang anak angkatnya bersama bekas isteri Nicole Kidman, Isabella, 19 dan Connor, 17.

Walaubagaimanapun, pasangan itu menafikan ketidaksefahaman pegangan agama menjadi punca penceraian mereka.

"Kami sangat komited untuk bekerjasama sebagai ibu bapa dalam memberikan yang terbaik kepada Suri. Kami ingin mengekalkan perkara yang terjadi kepada keluarga kami secara peribadi dan menyatakan rasa hormat kami kepada terhadap komitmen kepercayaan masing-masing dan menyokong peranan satu sama lain sebagai ibu bapa."

Syamsul Yusuf target berkahwin sebelum cecah 30 tahun,2 tahun lagi

Posted: 17 Jul 2012 08:15 AM PDT

Sensasi: Kelakar jugak bila membaca kenyataan yang Syamsul Yusuf gembira mendapat gelaran jejaka isaman Malaya.. aha lelaki kalau dah prasan naik ego nyaa,senang2 hati je nak cari pompuan lain nanti.
Namun jodoh ditangan tuhan.so chill semua..



Walaupun pada awalnya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, 28, agak keberatan untuk berkongsi cerita tentang kisah cintanya kepada pihak media, namun akhirnya anak kepada produser filem Dato' Yusof Haslam ini tidak dapat membendung perasaannya bahawa dia kini sedang bahagia dilamun cinta.
Malah, Syamsul Yusof yang seronok berlakon dalam filem SAM, arahan adiknya, Syafiq Yusof juga tidak dapat menolak kemungkinan bahawa dia mungkin bakal berumahtangga sebelum usianya mencecah usia 30 tahun.


"Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang bahagia dengan dia. Sebenarnya, saya belum betul-betul bersedia hendak bercakap soal kahwin. Nantilah, apabila dah sedia sepenuhnya saya akan umumkan pada semua.
"Tetapi, saya mengaku sedang bahagia dan bersyukur kerana dia seorang wanita yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon.


"Saya pun agak jarang berjumpa dengan dia. Malah, sudah sebulan lebih saya tidak berjumpa dengannya. Kami hanya berbual menerusi telefon saja. Mengikut perkiraan, sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan cinta bersama," katanya di tayangan filem SAM di Mid Valley, malam semalam.
Dalam pada itu, Syamsul Yusof turut memohon maaf kerana tidak dapat mengumumkan nama teman wanitanya itu kepada umum kerana risau akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kelak.
"Insya-Allah, saya akan berkahwin sebelum usia saya mencecah 30 tahun.Lebih kurang 2 tahun saja lagi. Sejujurnya, saya bukannya nak sembunyikan hubungan saya dengan dia. Ini soal peribadi dan saya harap peminat saya faham.

 
"Setakat ini, keluarga kedua-dua belah pihak tahu kami berkawan tapi masih belum ada berkesempatan untuk berjumpa keluarga masing-masing. Sekarang ini, kekasih saya bekerja sambil belajar di sebuah kolej.

"Dia mengambil jurusan perubatan tapi bukannya seorang doktor. Sekali lagi,saya tak mahu kecoh dan kalau boleh saya mahu cuba membahagikan bidang glamor dan kerjaya dengan seimbang," jelasnya..adakah ini bermaksud kekasihnya mengambil jurusan farmasi?atau jururawat?

"Dia tahu saya siapa. Namun, saya harap dia terima saya seadanya sama seperti lelaki yang lain. Apapun, saya bersyukur apabila saya dikatakan menjadi lelaki idaman Malaya selepas lebih banyak berkecimpung dalam bidang lakonan.
"Sejujurnya, saya tidak tahu nak komen apa bila saya dikategorikan sebagai lelaki hot ini. Apa yang boleh saya katakan hanyalah ucapan terima kasih dan teruslah menyokong saya baik sebagai pelakon mahupun sebagai pengarah," ujarnya.

Lagi gambar Justin Bieber dan Selena Gomez di Wangsawalk dan Sunway Pyramid

Posted: 17 Jul 2012 08:03 AM PDT



Justin_Bieber_kl_wangsawalk-kedai-telefon-selena-gomez3
Justin_Bieber_kl_wangsawalk-kedai-telefon-selena-gomez2
Justin_Bieber_kl_wangsawalk-kedai-telefon-selena-gomez2
DI WANGSA WALK
MTV LIVE WORLDSTAGE TOUR
02-Justin-Bieber-Selena-Gomez-Wangsa-Walk

Pencuri rompak rumah Sharifah Shahira dan Ijoy,sangkakan emas rupanya palsu

Posted: 17 Jul 2012 07:56 AM PDT

Umum telah pun mengetahui rumah pasangan pelakon Sharifah Shahira dan Ijoy telah dimasuki perompak pada malam kelmarin. Berita Harian melaporkan rumah pasangan yang terletak di Taman Melawati itu dipecah masuk sekitar jam 10.30 malam dan kejadian itu menyebabkan mereka kerugian RM1500 apabila barang kemas dan sejumlah matawang Indonesia dilarikan perompak.

Ketika kejadian, baik Shira mahupun Ijoy tidak ada di rumah kerana masing-masing ada urusan di luar. Bagaimanapun, tiga orang anaknya ada di rumah bersama orang gajinya. Namun, kesemua mereka selamat kerana tidak diganggu oleh perompak berkenaan.

  Shira Tak Suka Kecoh Pasal Rumah Dirompak
Ketika dihubungi, Shira melahirkan rasa syukur kerana anak-anak bersama orang gajinya selamat daripada insiden itu. Jelasnya keselamatan anak-anak lebih utama berbanding perkara lain.

"Saya kerugian kira-kira RM1500 apabila perompak berkenaan melarikan aksesori yang digunakan untuk penggambaran. Mungkin  mereka ingat aksesori itu barangan kemas. Saya memang tidak memiliki sebarang barangan kemas kerana tidak pernah membelinya. Walau apa pun saya rasa bersyukur dan lega kerana anak-anak saya tidak diapa-apakan oleh mereka. Mujur  anak-anak dan orang gaji saya tidak sedar dengan kejadian yang berlaku sebab mereka sudah tidur," ujar Shira.

Dalam masa yang sama, pelakon dan pengacara ini juga memberitahu dia sebenarnya tidak mahu menghebohkan kejadian ini kepada umum, namun pihak polis telah mengeluarkan kenyataan.
"Saya tak suka hebah-hebahkan perkara ini sebab nanti pasti ada pihak yang buat kenyataan yang tidak sedap didengar. Kalau boleh saya tidak mahu langsung kejadian ini diketahui umum. Namun, pihak polis buat kenyataan terlebih dahulu. Sebagai mangsa, saya hanya boleh katakan, saya dan suami telah ambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan. Kami telah pasang kamera litar tertutup dan rumah kami tetap dicerobohi. Saya terima kejadian ini sebagai qada' dan qadar," ujar Shira mengakhiri perbualan.

Datuk Fazley dinobat juara MASTERCHEF SELEBRITI Malaysia pertama

Posted: 17 Jul 2012 07:54 AM PDT

Selepas berminggu sejak pertandingan "MasterChef Selebriti" bermula, gelaran juara telah dinobatkan kepada penyanyi Datuk Fazley Yaacob dengan menewaskan pelakon Angah (Raja Lawak) di pusingan terakhir dengan masakan ala barat dan mempunyai cita rasa Perancis.

Mesra dengan panggilan Fazley, beliau mengakui tidak menyangka akan menang dalam pertandingan itu kerana tidak menganggap dirinya sebagai seseorang yang berkemahiran dalam bidang masakan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU-LPwiErIXhTScP440LRmRSIsT6QMAuKvnRMBShwkKQiM7DPDkV1nN1MXcvhhicIMksFoLR8fayoFkrozDGseTibQeBElcjA5f6hApinJR0QANwK8mcbH8Uwq6DEg1VDKguWjf7FS2LjK/s1600/Fazley+Juara.jpg
"Saya pada mulanya memang rasa tidak yakin untuk memasak kerana jarang ke dapur tetapi apabila mempertimbangkan objektif program ini yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik, saya terus bersetuju.

"Sejujurnya saya menyertai program ini tanpa banyak ilmu masakan dan semua hidangan yang saya sediakan adalah pertama kali dan Alhamdulillah, para juri menyukainya," ujarnya di majlis tayangan episod terakhir "MasterChefSelebriti Malaysia" yang berlangsung pada malam Isnin.

Hadiah yang diterima adalah dalam bentuk wang tunai bernilai RM57,000 di mana beliau sumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.

Program "MasterChefSelebriti" sudah bermula semenjak 27 Mac yang lalu. Artis lain yang turut serta dalam pertandingan tersebut adalah Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Siti Sarah Raisuddin, Raja Azmi, Soo Wincci, Angah (Raja Lawak) dan ramai lagi.