Adsense

Selasa, 17 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Bersiri Citra Juwita di TV9

Posted: 17 Jul 2012 10:01 PM PDT

Drama Bersiri Citra Juwita
Perbalahan cinta di antara ibu dan anak

Slot Aurora di TV9 berterusan dengan drama bersiri terbaru bertajuk Citra Juwita yang menggantikan Friday I'm In Love pada setiap hari Khamis jam 8.30 malam. Citra Juwita akan menggandingkan pelakon lama dan baru iaitu Eyka Farhana, Jasmin Hamid, Azhar Sulaiman, Addy Ashraf, Shahrol Nizam dan Azuan Mazlan untuk menghidupkan watak-wataknya.

Drama Bersiri Citra Juwita

Kisah bermula apabila Citra (Jasmin Hamid) yang datang dari keluarga kaya-raya jatuh cinta dengan Ehsan (Azhar Sulaiman), seorang pemain bola sepak negara. Ibu bapa Citra telah membuangnya dari keluarga setelah mengetahui tentang perhubungan mereka. Bermulalah hidup Citra dengan Ehsan tanpa wang yang melimpah-ruah sebagaimana dia dapati ketika hidup bersama ibu bapanya.

Walaupun disekat kemewahan, mereka tetap gembira apabila dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Juwita (Eyka Farhana). Namun, kegembiraan mereka haya seketika, apabila Citra dan Ehsan membuat keputusan untuk bercerai ketika Juwita berumur 5 tahun. Juwita yang masih kecil ketika itu menyatakan hasratnya untuk tinggal bersama bapanya dan oleh kerana kecewa dengan keputusan anaknya, Citra telah membawa diri dan tidak mahu menghubungi anak dan bekas suaminya itu lagi.

Hari berganti hari dan kini Juwita sudah pun berumur 23 tahun. Sepanjang hidup Juwita, dia amat rapat dengan Wira (Shahrol Nizam), kawan baik kepada bapanya. Wira mempunyai seorang anak lelaki, Ilham (Addy Ashraf) yang amat mengambil berat tentang hidup Juwita. Dalam diam, Ilham memang mempunyai perasaan terhadap Juwita tetapi terpaksa memendamnya kerana Juwita sudah pun mempunyai teman lelaki bernama Arjuna (Azuan Mazlan).

Tidak lama kemudian, Ehsan jatuh sakit dan sebelum nafas terakhirnya, dia meminta Juwita berjanji untuk mencari dan tinggal bersama ibunya, Citra. Walaupun berat hati, Juwita tetap nekad untuk mengotakan janjinya kepada bapa tersayang. Setelah begitu lama berjauhan, kini Citra dan Juwita disatukan semula.

Gaya hidup Citra dan Juwita telah membuatkan mereka sukar untuk hidup bersama tetapi kerana janji kepada Ehsan, mereka mencuba sedaya upaya untuk berbaik semula. Hidup menjadi semakin sukar apabila Juwita mula mempunyai perasaan terhadap Ilham, dan pada masa yang sama, Citra juga sudah jatuh cinta dengan Wira!

Suatu ketika dahulu, Citra telah melukakan hati Juwita apabila dia melangkah pergi dari hidup anaknya itu. Adakah Juwita sekali lagi akan terluka dengan perhubungan cinta di antara Citra dan Wira? Atau apakah Juwita akan mengorbankan cintanya semata-mata untuk kebahagiaan ibunya?

Drama Citra Juwita akan bermula pada 26 Julai ini pada setiap hari Khamis jam 8.30 malam hanya melalui slot Aurora, eksklusif di TV9 (Saluran 119).

Drama Bersiri Citra Juwita

Drama Bersiri Citra Juwita

Drama Bersiri Citra Juwita

Drama Bersiri Citra Juwita

Drama Bersiri Citra Juwita

Drama Bersiri Citra Juwita

Drama Bersiri Citra Juwita

Drama Bersiri Citra Juwita

Drama Bersiri Citra Juwita

Drama Bersiri Citra Juwita

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Irma Hasmie & Fizo Omar Suka LISTERINE Natural Green Tea

Posted: 17 Jul 2012 05:06 PM PDT

LISTERINE® Natural Green Tea
Pencegah kerosakan gigi terbaharu
Membawakan senyuman ikhlas rakyat Malaysia untuk kebaikan rumah anak-anak yatim

Sempena pelancaran produk cecair kumur terbaru LISTERINE® Natural Green Tea, jenama produk cecair kumur terlaris negara ini memulakan kempen amal untuk membuat rakyat Malaysia senyum bagi kebaikan rumah anak-anak yatim tempatan.

Fizo Omar & Irma Hasmie

Eunice Tan, Pengarah Komersial bagi Malaysia dan Singapura, Produk Pengguna Johnson & Johnson bersama pelakon Irma Hasmie, model dan pelakon Fizo Omar serta pengacara TV dan guru agama Ustazah Amie Sofia bersama-sama melancarkan kempen Semurni Senyuman, Seikhlas Hati pada pelancaran produk LISTERINE® Natural Green Tea hari ini.

Menurut Tan, "LISTERINE® Natural Green Tea baru ini mempunyai rasa yang lembut dan menyegarkan, dan diperkenalkan di Malaysia bagi membantu orang dewasa menyelesaikan kerisauan utama mereka, iaitu kerosakan gigi dengan dos fluorida yang berganda dan kandungan teh hijau yang membantu mengukuhkan enamel gigi yang lemah, sambil membentuk lapisan yang melindungi gigi agar gigi lebih tahan kerosakan."

Fizo Omar & Irma Hasmie

Mulut yang sihat dan tanpa kerosakan gigi akan memberikan anda senyuman yang asli dan cantik," tambah Tan; oleh sebab itu, kami ingin membawakan senyuman untuk rakyat Malaysia dengan mencuba kesan pencegahan kerosakan gigi LISTERINE® Natural Green Tea, dan setiap kali mereka berbuat demikian, LISTERINE®akan memberi sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai, sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kuang,Selangor".

Secara spesifik, dengan setiap cubaan atau berkumur dengan LISTERINE® Natural Green Tea baharu di kaunter percubaan di pasar raya hiper terpilih pada Julai ini, LISTERINE® akan menyumbangkan Ringgit Malaysia 1 (RM1) kepada rumah anak yatim tersebut, yang setakat ini menjaga 51 orang kanak-kanak berumur empat hingga 17 tahun.

Fizo Omar & Irma Hasmie

Tambahan lagi, dengan setiap pembelian botol 250ml atau lebih LISTERINE® Natural Green Tea, LISTERINE® akan menyumbangkan sebanyak RM2 kepada rumah anak yatim itu.

Apabila ditanya tentang kepentingan senyuman dalam ajaran Islam, Ustazah Amie Sofia menerangkan bahawa senyuman ikhlas bagi orang yang memerlukan merupakan suatu sedekah. "Bersedekah itu memang sebahagian daripada cara hidup Islam, namun ia tidak selalunya melibatkan wang," katanya.

"Kempen Semurni Senyuman, Seikhlas Hati merupakan contoh di mana amalan sedekah dilakukan melalui senyuman ikhlas," tambah Ustazah Amie.

Irma and Fizo turut menunjukkan sokongan bagi kempen senyuman ini kerana mereka sememangnya ingin membantu anak-anak yatim Malaysia.

Irma Hasmie Listerine

Irma Hasmie

"Kempen yang menyentuh jiwa oleh LISTERINE® Natural Green Tea ini merupakan sesuatu yang bagus. Terdapat banyak kanak-kanak kurang bernasib baik di luar sana yang memerlukan bantuan kita, dan sekiranya menyumbang dan beramal itu semudah mencuba produk kumur ini dan senyum, ayuh lakukannya hari ini juga," kata Irma.

Fizo Omar

Fizo Omar

"Saya percaya bahawa amalan baik selalunya bermula dengan senyuman yang ikhlas. Menggunakan LISTERINE® Natural Green Tea bukan sahaja mencegah kerosakan gigi, malah membantu kita senyum dengan ikhlas. Oleh itu, cubalah produk baru yang hebat ini dan membantu kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai pada waktu yang sama!" kata Fizo.

Dr Arunee Laiteerapong, Pengarah Bersekutu Kajian Global Johnson & Johnson, Pembangunan dan Kejuruteraan untuk Rantau Asia Pasifik turut hadir di majlis pelancaran LISTERINE® Natural Green Tea bagi menerangkan aspek saintifik produk tersebut.

Dr Arunee berkata bahawa pengumpulan plak atau biofilem gigi di mulut kita merupakan penyebab utama kerosakan gigi, yang juga dikenali sebagai gigi berlubang. "Usaha mengawal plak secara mekanikal seperti memberus atau menggunakan flos hanya tertumpu pada permukaan yang ada pada mulut, yang merupakan 21-23% kawasan keseluruhan mulut," terangnya. "Hanya ejen yang terkandung dalam produk kumur cecair sahaja yang dapat cecah ke seluruh mulut untuk melambatkan pengumpulan plak gigi, lantas mengurangkan penyakit mulut."

Memandangkan fluorida merupakan ejen utama dalam LISTERINE® Natural Green Tea, Dr. Arunee menerangkan bahawa produk ini berkesan dalam mengurangkan kekurangan mineral atau hakisan gigi (akibat terdedah kepada asid, seperti pengambilan minuman atau makanan bergula) dan membunuh bakteria plak biofilem yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi kita.

LISTERINE® Natural Green Tea baru kini boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya hiper terkemuka di seluruh negara. Kaunter mencuba LISTERINE® Natural Green Tea terdapat di kedai yang terlibat di seluruh Malaysia bermula 30 Jun, terutamanya pada hujung minggu. Untuk maklumat lanjut akan lokasi kaunter, sila layari www.listerine.com.my atau hubungi talian bebas tol Produk Pengguna Johnson & Johnson di 00800-888-111-00.

Listerine

Listerine

Listerine

8

Irma Hasmie Listerine

Irma Hasmie Listerine

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: