Adsense

Khamis, 19 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Astro Melancarkan Prabayar NJOI Bayar & Tonton

Posted: 19 Jul 2012 10:07 PM PDT

Astro Melancarkan Prabayar NJOI, Perkhidmatan Prabayar Televisyen Satelit Pertama di Malaysia
Tersedia untuk semua pelanggan NJOI di seluruh negara

Astro semalam telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan prabayar televisyen satelit yang pertama di Malaysia. Prabayar NJOI, sejenis perkhidmatan bayar-dan-tonton kini membolehkan semua pelanggan NJOI untuk mengakses kandungan premium di saluran tambahan, selain 18 saluran televisyen dan 19 saluran radio bergantung kepada keperluan tontonan dan bajet masing-masing.

Sebagai permulaan, Prabayar NJOI hadir dalam tiga bentuk pakej prabayar – Mustika (Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella), Indo Pek (Bintang dan Pelangi) dan Filem dan Drama Cina (Celestial Movies, TVB Xing He, Astro Shuang Xing). Lebih banyak pakej akan diperkenalkan secara berperingkat untuk memenuhi keperluan menonton dan bajet para pelanggan NJOI.

L-R Shaiful Subhan - Vice President Business Segment NJOI, Liew Swee Lin - Chief Commercial Officer Astro, Henry Tan - Chief Operating Officer Astro

L-R Shaiful Subhan – Vice President Business Segment NJOI, Liew Swee Lin – Chief Commercial Officer Astro, Henry Tan – Chief Operating Officer Astro

Setiap pakej Prabayar NJOI boleh didapati menerusi baucer prabayar RM20 yang boleh dibeli dari pengedar NJOI yang sah tanpa sebarang yuran langganan berganda atau kontrak. Selepas melakukan pembelian dan mengaktifkan perkhidmatan prabayar ini, pelanggan NJOI akan menikmati 15 hari akses tontonan pakej prabayar secara serta merta. Tawaran prabayar ini membolehkannya dimiliki oleh mereka yang bukan dari kalangan para pelanggan Astro untuk mengakses kandungan hiburan berbentuk umum dan filem premium. Tawaran menarik ini boleh didapati dengan hanya membayar serendah RM1.33 sehari!

Launch of Prabayar NJOI

Puan Liew Swee Lin, Ketua Pegawai Komersial Astro berkata, "Astro berhasrat untuk menawarkan nilai yang menyeluruh, bersesuaian dengan gaya hidup, kesukaan dan bajet para pelanggan. Kami bertekad untuk menyediakan akses kepada hiburan, pendidikan dan maklumat untuk masyarakat. Oleh yang demikian, satu program Tanggungjawab Korporat Sosial NJOI telah dilancarkan pada bulan Disember 2011 untuk menjadi jambatan bagi merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia. Pada bulan Februari 2012 pula, kami telah melancarkan perkhidmatan NJOI yang boleh didapati secara komersial untuk para pelanggan yang tidak mahu terikat dengan yuran langgan bulanan. Perkhidmatan Prabayar NJOI yang dilancarkan pada hari ini mewakili satu lagi inovasi unik dalam perkhidmatan Astro, yang menyalurkan kandungan model terbaru untuk mengembangkan lagi pasaran kami terutama di kalangan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Prabayar NJOI akan diperkenalkan dalam beberapa peringkat. Sistem baucer prabayar diperkenalkan dalam fasa pertama. Pada masa akan datang, ciri prabayar yang lebih terperinci akan diperkenalkan dalam beberapa fasa seperti pengenalan layanan tambah nilai e-wallet dan perkhidmatan kandungan premium yang yang disampaikan melalui pelbagai platform."

Sempena pelancaran ini, Astro turut mengumumkan kerjasama yang dijalinkan bersama Malaysian Building Society Berhad (MBSB). Seramai 4,000 pemohon MBSB Personal Financing – I yang pertama menerima pinjaman akan diberikan perkhidmatan NJOI secara percuma. Ini adalah sebahagian daripada kempen tiga bulan yang dianjurkan MBSB yang mana ia akan menawarkan perkhidmatan NJOI sebagai sebahagian daripada pakej pinjaman tertakluk kepada terma dan syarat. Menurut Ketua Pegawai Kewangan MBSB, Encik Tang Yow Sai berkata, "Inisiatif ini merupakan satu lagi kerjasama unik yang ditawarkan kepada pelanggan Astro dan MBSB dengan perkhidmatan tambah nilai yang pelbagai demi memanfaatkan kedua-dua pihak."

NJOI membolehkan seluruh rakyat Malaysia mengakses kandungan yang memperkayakan maklumat terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan usaha Malaysia untuk menjadi negara yang berteraskan pengetahuan. Astro amat komited dalam memberikan pelaburan yang berterusan dalam memperkembangkan bakat, pembangunan kreatif dan teknologi menggariskan komitmen kami untuk menyediakan kandungan menarik untuk seluruh rakyat Malaysia. Kami menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk memilih mengikut keperluan, keutamaan dan bajet mereka. Sila layari www.njoi.com.my atau berkunjung ke pengedar NJOI terdekat untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan NJOI Prabayar.

Henry Tan - Chief Operating Officer Astro

Henry Tan – Chief Operating Officer Astro

Liew Swee Lin - Chief Commercial Officer Astro

Liew Swee Lin - Chief Commercial Officer Astro

1185_NJOI Prepaid Launch (Kajang)_leaflet

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Senarai Pembaharuan dalam Anugerah Industri Muzik 19

Posted: 19 Jul 2012 09:32 PM PDT

Pengumuman Kategori Pencalonan, Syarat Kelayakan Dan Rakan-Rakan Kerjasama AIM 19

Kategori pencalonan, syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan AIM tahun ini dalam setiap kategori pencalonan untuk edisi ke-19 acara anugerah muzik perdana Malaysia, 'Anugerah Industri Muzik' (AIM), diumumkan hari ini oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

En. Rosmin Hashim, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur RIM AIM 19 memaklumkan bahawa acara Anugerah AIM tahun ini akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada hari Sabtu, 17 November 2012.

Oleh kerana Stadium Putra, lokasi acara anugerah tahun lalu tidak dapat digunakan kerana sedang diubahsuai, RIM dan rakan penyiarannya, Astro telah memutuskan untuk menganjur AIM di Stadium Melawati tahun ini. Kapasiti stadium tersebut adalah kecil sedikit daripada Stadium Putra tetapi cukup besar untuk menampung sejumlah besar peminat dan penyokong artis-artis dan industri muzik Malaysia untuk menghadiri Anugerah AIM secara langsung", kata beliau lagi.

AIM

RIM percaya bahawa penganjuran acara anugerah yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada bakat-bakat yang berpangkalan di Malaysia akan membantu dalam merangsang kreativiti dan pembangunan dalam industri muzik tempatan. Beliau kemudiannya mengumumkan perkara-perkara berkenaan pencalonan, tempoh dan syarat kelayakan, kategori anugerah dan kriteria, penghakiman dan rakan kerjasama:

Tempoh Kelayakan & Pencalonan
Pencalonan Anugerah AIM 19 tahun ini terbuka kepada Lagu-lagu/Album-album dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang dikeluarkan di Malaysia dari 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012. Tempoh Pencalonan telah dibuka pada hari Isnin, 16 Julai 2012 dan akan ditutup pada hari Rabu, 15 Ogos 2012 tepat jam 5 petang.

Borang-borang pencalonan berkenaan telahpun diedarkan kepada semua ahli-ahli RIM.

Kategori-kategori Anugerah
Untuk tahun ini, RIM mengekalkan kategori-kategori di bawah untuk Anugerah AIM:

  1. Artis Baru Terbaik
  2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
  3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
  4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
  5. Kulit Album Terbaik
  6. Rakaman Album Terbaik
  7. Video Muzik Terbaik
  8. Lagu Pop Etnik Terbaik
  9. Lagu Nasyid Terbaik
  10. Lagu Rock Terbaik
  11. Lagu Pop Terbaik
  12. Lagu Hip Hop Terbaik
  13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
  15. Anugerah Kembara
  16. Anugerah Sri Wirama
  17. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
  18. Lagu Terbaik
  19. Album Terbaik

Sebagai sebahagian daripada perancangan untuk terus memacu industri muzik tempatan, RIM bakal menganjurkan dua (2) lagi acara Anugerah AIM secara berasingan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian rakaman muzik tempatan dalam bahasa Cina dan India. Butir-butir lanjut mengenai acara-acara tersebut akan diumumkan pada bulan-bulan akan datang.

AIM

Perubahan Kriteria
1. Syarat kelayakan untuk penulis-penulis lagu telah diubah untuk membolehkan pencalonan lagu-lagu yang telah digubah oleh penulis-penulis lagu asing yang berpangkalan di Malaysia dan telah memeterai perjanjian sebagai penulis lagu secara eksklusif dengan Penerbit muzik Malaysia yang serupa dengan syarat yang telah ditetapkan untuk artis-artis yang berkelayakan. Syarat kelayakan untuk penulis-penulis lagu adalah seperti yang berikut:

(a) Mana-mana komposer/penulis lirik yang merupakan seorang warganegara Malaysia;

(b) Mana-mana komposer/penulis lirik dengan status pemastautin tetap dan menetap di Malaysia sekurang-kurangnya untuk enam bulan setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara Anugerah tersebut (iaitu ketika tempoh kelayakan dan tempoh kelayakan terdahulu);

(c) Mana-mana komposer/penulis lirik asing yang berpangkalan di Malaysia untuk sekurang-kurangnya enam bulan setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara Anugerah tersebut (iaitu ketika tempoh kelayakan dan tempoh kelayakan terdahulu) dan memeterai perjanjian sebagai penulis lagu secara eksklusif dengan Penerbit muzik Malaysia.

2. Syarat kelayakan untuk artis-artis adalah seperti yang berikut:

(a) Mana-mana artis yang merupakan seorang warganegara Malaysia;

(b) Mana-mana artis dengan status pemastautin tetap dan menetap di Malaysia sekurang-kurangnya untuk enam bulan setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara Anugerah tersebut (iaitu ketika tempoh kelayakan dan tempoh kelayakan terdahulu);

(c) Mana-mana artis asing yang berpangkalan di Malaysia untuk sekurang-kurangnya enam bulan setahun untuk dua tahun berturut-turut sebelum tarikh acara Anugerah tersebut (iaitu ketika tempoh kelayakan dan tempoh kelayakan terdahulu) dan memeterai perjanjian sebagai artis ahli syarikat rakaman dan/atau syarikat Penerbitan RIM.

Dalam sesebuah kumpulan atau duo, sekurang-kurangnya 50% daripada ahli-ahli kumpulan tersebut mesti memenuhi sekurang-kurangnya salah satu daripada syarat di atas. Anggota Majlis RIM berhak menggunakan budi bicara untuk memberikan kelayakan kepada sebarang artis yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas dalam situasi khas di mana, sebagai contoh, artis yang berkenaan mempunyai hubungan sejarah dan budaya yang erat dengan Malaysia.

3. Dalam kategori 'Lagu Hip Hop Terbaik', pencalonan-pencalonan dari lagu-lagu dalam Bahasa Inggeris kini dibenarkan. Kriteria kelayakan untuk kategori ini adalah seperti yang berikut:

  • - Penghakiman berdasarkan penggunaan genre (termasuk Rap, R&B dll).
  • - Kualiti lagu.
  • - Susunan muzik.
  • - Kualiti rakaman dan penerbitan
  • - Persembahan vokal (jika berkaitan).
  • - Dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris.
  • - 100% ditulis oleh penulis lagu/lirik Malaysia tertakluk kepada kriteria kelayakan.
  • - Sama ada Rakaman Asas, 'Mix' dan/atau 'Mastering' mestilah dibuat di studio di Malaysia.

Penghakiman Anugerah
Kaedah sebelum ini di mana ahli-ahli PAIMM (Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia) menghakimi pencalonan-pencalonan AIM telah diganti tahun ini dengan penghakiman oleh panel hakim-hakim pakar terpilih yang terdiri daripada pengamal terkenal dari industri muzik tempatan dan dipengerusi oleh seorang Ketua Hakim. Pengurusan dan pentadbiran proses penghakiman tahun ini akan dikendalikan oleh MACOMM Management Services, sebuah firma profesional bebas yang pernah menyelia pentadbiran, antara lainnya, "Anugerah 4A's Kancil', 'Anugerah Effie Malaysia' dan 'Anugerah Media Malaysia' untuk industri media dan pengiklanan.

AIM

Juruaudit
KPMG telah dilantik sebagai juruaudit penghakiman yang baru oleh RIM menggantikan Ernst & Young.

Rakan-rakan Kerjasama
Tahun ini, Astro RIA (Saluran 104) dan ERA fm (103.3) sekali lagi menjadi stesen penyiaran televisyen dan radio rasmi masing-masing untuk AIM 19.
Encik Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro berkata, "Pihak kami amat berbesar hati meneruskan kerjasama dengan pihak AIM dan kembali selaku media penyiar televisyen dan radio rasmi untuk penganjuran AIM yang ke 19 buat tahun yang kedua berturut-turut.

Menerusi perjanjian yang telah termeterai ini, pihak Astro akan terus memberikan promosi yang meluas sekaligus mempertabatkan majlis penganugerahan industri muzik terbesar di Malaysia yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat negara ini pada setiap tahun."

Beliau turut menambah, "Sejajar dengan tradisi kami dalam menyokong perkembangan industri kandungan tempatan dengan menawarkan pengisian kandungan terbaik buat para pelanggan menerusi platform yang sedia ada, pihak Astro amat komited untuk terus menyokong misi AIM dalam mengenal pasti bakat dan produk muzik tempatan yang unggul dan berkualiti selain mengangkat jasa penggiat seni muzik tempatan agar muzik yang hebat dan bermutu akan terus kekal terpelihara dalam budaya kita."

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: