Adsense

Khamis, 19 Julai 2012

Sensasi

Sensasi


Alyah kini mengaku bercinta dengan Ramli MS

Posted: 19 Jul 2012 07:34 AM PDT



Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, penyanyi popular Alyah akhirnya mengakui kini 'berkawan' dengan pemuzik tersohor tanah air, Datuk Ramli MS.

"Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau(Ramli MS) dan kini masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan,"katanya ketika dihubungi Media Hiburan.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Kisah Hati' ini turut berharap agar hubungannya dapat berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

"Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat,"kata Alyah yang kini muncul dengan single terbarunya, 'Lena Sahara'.

Gambar-gambar Diana Danielle bercuti sambil bermesra dengan warga Bajau Laut ,di Semporna Sabah

Posted: 19 Jul 2012 07:20 AM PDT