Adsense

Jumaat, 6 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jurnal Renovation & Semua Excited Untuk Menang

Posted: 06 Jul 2012 08:09 PM PDT

Pejam celik-pejam celik, hari ini dah pun masuk hari ke – 7 kita berada di bulan Julai. Cepat betul kan masa berlalu?

Oh ya, hari ni, hari Sabtu, jadual Budiey sangat penuh juga dengan majlis sana sini. Rasa dah tak sempat untuk luangkan masa lihat apa perkembangan rumah baru yang sekarang ni tengah sibuk dibaiki dan diubah suai. Ya, untuk pengetahuan, Budiey akan ke rumah Ratu Rock Ella malam ini untuk menyaksikan penyanyi rock ini disatukan dengan kekasihnya dalam majlis akad nikah yang diadakan di rumah Ella kat Klang, Selangor. Selamat pengantin baru buat Ella. Love you. Dan petangnya pula, Budiey akan hadir di majlis anjuran penyanyi Heliza Helmi di mana berlangsungnya Hi Tea & Pelancaran serta Party Ulangtahun Ke-5 Get Gorgeous. Sibuk giler la Sabtu pun kena kerja.

Pendek kata, masing-masing sekarang ni mengejar masa. Termasuklah juga penganjur events yang kini berhempas pulas untuk melunaskan dan menyelesaikan segala majlis sebelum Ramadan tiba. Maklumlah dah tak lama lagi kita akan berpuasa. Dan selepas itu, kita akan menyambut hari raya.

Cakap pasal berpuasa dan raya ni, Budiey sekarang masih pening untuk selesaikan beberapa fasa untuk mengubah suai rumah. Terutama di bahagian jubin yang masih belum selesai. Lagi menimbulkan masalah, bajet dan peruntukan untuk tukar jubin dah lari, dah tak cukup untuk menukar dengan yang baru.

rumah

Nampaknya, Budiey terpaksa tunggu keputusan peraduan yang Budiey sertai hari tu iaitu Peraduan How MML Makeover Works. Dalam hati sekarang ni, sangat berdebar-debar menunggu keputusan siapakah yang akan menang hadiah lumayan berupa pakej menukar jubin yang lebih bermutu, cantik dan elegan itu.

Adus, sempena hari Jumaat yang mulia ini, Budiey terus berdoa dalam hati agar Budiey adalah salah seorang daripada pemenang peraduan ini.

Budiey harap juri bersikap adil dan saksama dalam memilih pemenang. Bayangkan, pemenang akan dipilih berdasarkan dua ciri iaitu secara undian dari orang ramai dan juga undian dari para juri yang terdiri daripada penganjur.

Budiey rasa, kalau nak ikutkan memang dah berhempas pulas mengajak semua pembaca mengundi Budiey untuk hadiah ini. Maklumlah sekarang tengah poket kering, hanya ini yang dapat membantu Budiey untuk selesaikan segala proses pengubah suai sekarang.

Dalam minda sekarang ni, terbayang-bayangkan bagaimana nanti ruang tamu Budiey dijelmakan dan diubah suai (make over) dengan gaya yang penuh elegan. Budiey sangat suka lantai ruang tamu yang licin dan berkilat. Paling penting kena nampak bersih dan putih. Barulah ruang tamu yang sempit akan nampak lebih luas.

Kalaulah menang peraduan ini, Budiey rasa sangat bertuah sebab dapat beraya dengan rumah baru, jubin yang baru lagi menawan. Semua tetamu datang mesti terpaku melihat jubin yang elegan kukuh dipasang rapi dan kemas sekali.

goodies cat

Oh ya, sebelum Budiey menutup bicara, Budiey nak kasi respon kepada soalan dari pembaca minggu lepas yang bertanya macamana nak pilih jubin rumah yang sesuai dan senang untuk dicuci. Tambahan lagi apabila rumah anda ada kucing yang biasanya suka kencing merata-rata.

Pemasangan jubin sebenarnya membolehkan kita mencuci kotoran seperti najis atau kencing kucing lebih mudah dari karpet.

Cecair tidak akan meresap melalui jubin tetapi kita perlu membersihkan kotoran ini dengan segera untuk mengelakkan bau.

Ada beberapa cara mudah untuk membersihkan lantai jubin dari air kencing kucing dan menghilangkan bau yang mungkin kekal berpanjangan.

Lap air kencing kucing dari lantai jubin dengan kertas tisu dengan segera. Campurkan 4 cawan air dengan 1 cawan cuka di dalam baldi.

Basahkan kain dengan campuran tersebut. Lap pada kawasan jubin tersebut. Bilas kawasan tersebut dengan kain yang bersih, dan keringkan jubin dengan segera.

Untuk menghilangkan bau air kencing kucing di lantai jubin, taburkan sedikit serbuk soda baking ke atas kawasan tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya 3-4 jam sebelum dibersihkan dari jubin dengan kain lembap.

Harap pembaca Budiey yang bertanya soalan tu, berpuas hati dengan jawapan ini ya. Apa-apa pun, Budiey akan update kat sini siapakah yang akan menang peraduan ini. Budiey percaya, bukan Budiey sahaja yang tengah berdebar-debar dan neves untuk tunggu keputusan, pembaca budiey juga ada yang rasa dah tak sabar untuk tunggu. Maklumlah kalau boleh renovasi dan make over tu kenalah buat sebelum raya. Barulah raya tahun ini penuh makna dan meriah, tak gitu?

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ini. Bertemu lagi you alls.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Bakal Suami Ella

Posted: 06 Jul 2012 12:38 AM PDT

Inilah gambar Bakal Suami Ratu Rock Ella. Budiey rasa ramai yang dah tahu Ratu Rock Malaysia – Ella akan berkahwin pada esok jam 9 malam di rumahnya kat Klang, Selangor. Soalnya, ramai yang tak kenal siapakah gerangan yang akan jadi suami Ella ni. Tak kurang ramai pembaca yang nak tengok gambar bakal suami Ella. Siapalah jejaka yang bertuah tu kan?

Apa-apa pun sama-sama kita doakan buat Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin agar majlis malam esok selamat dan berjalan lancar.

Gambar ini diletakkan di Facebook milik pengurus Ella iaitu abang Badrul Hisham.

Bakal suami Ella bernama Azhar Ghazali Caption bekerja sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan komuniti Firefly.

Ella yang kini mencecah usia 46 tahun bakal menamatkan zaman solonya pada esok, 7 Julai 2012 di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor. Menurut sumber lagi, jejaka yang bernama Azhar Ghazali tersebut khabarnya berasal daripada Muar, Johor.

Budiey juga turut dijemput untuk buat liputan dan insyaallah, Budiey akan letakkan gambar-gambar akad nikah Ella di sini pada malam esok.

Gambar Suami Ella

Selamat pengantin baru, Ella. Tahniah untuk Ella dan bakal suami.

Ibu kepada penyanyi rock ternama Ella iaitu Yang Asmah Yong, 85, merupakan individu yang paling gembira selepas mendengar luahan Azhar Ghazali yang ingin mengambil anaknya itu menjadi isteri.

Kakak kepada penyanyi itu yang juga jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin berkata, ibu mereka tidak dapat menggambarkan betapa seronoknya apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan.

"Ibu memang gembira akhirnya anak keenamnya itu bakal bertemu jodoh. Keinginan untuk menjadikan Ella sebagai isteri itu diluahkan sendiri oleh Azhar ketika dia datang bertemu dengan ibu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, mengesahkan mahu menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini di rumah keluarganya di Teluk Gadong, Klang, dekat sini.

Upacara akad nikah dijadualkan selepas waktu Isyak secara tertutup untuk saudara mara dan pihak media sahaja.

Ella dan Azhar yang berusia 30-an berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Saidatulnisa berkata, kerana gembira dengan berita tersebut, ibunya tidak menghalang untuk pasangan berkenaan mempercepatkan tarikh nikah yang akan diadakan di rumahnya.

Katanya, keluarga pihak lelaki yang datang pada 15 Jun lalu untuk merisik membuat keputusan untuk mengadakan majlis bertunang dan nikah serentak.

Sementara itu tambah Siadatulnisa, Ella dan Azhar telah bersetuju untuk memakai pakaian rekaan Saiful Baharim pada majlis akad nikah itu nanti

Bagi majlis resepsi yang dirancang di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember depan pula, pihaknya masih dalam perancangan bagi memilih konsep yang akan diketengahkan.

"Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, jemputan kepada pihak media bagi menghadiri majlis berkenaan telah dihantar melalui e-mel pada petang rabu. via Mstar Online.

Tags: , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: