Adsense

Jumaat, 6 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


20 Foto Majlis Adat Malam Berinai Ella, Ratu Rock Malaysia

Posted: 06 Jul 2012 07:13 PM PDT

Rakan Ministry Of Moment, pasukan jurufoto rasmi perkahwinan Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin sudi berkongsikan 20 foto eksklusif majlis adat malam berinai yang berlangsung di kediaman wanita bertempat di Klang, Selangor, malam tadi.

Ella yang kini mencecah umur 46 tahun akan menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka bernama Azhar Ghazali yang berasal daripada Muar, Johor pada malam ini.

Nostalgia : Poster “Kanta Serigala”, Filem Lakonan Didie Alias & Faizal Hussein Ketika Muda!

Posted: 06 Jul 2012 02:08 AM PDT

Kepada para pembaca yang sudah berumur 30 tahun dan keatas, anda mungkin pernah menonton filem "Kanta Serigala" yang ditayangkan pada tahun 1991, tapi bagaimana pula dengan yang lain?

OHBULAN! pasti kalau ada pun yang berumur dibawah 30 tahun, pasti anda menontonnya secara tidak sengaja bukan?

Filem lakonan Didie Alias, Faizal Hussein, Rosyam Nor, dan Raja Nor Baizura ini suatu masa dahulu pernah menggegarkan pawagam dengan aksi ngeri didalam filemnya. Namun itu cuma suatu masa dahulu, tidak lagi sekarang. Apa yang OHBULAN! tertarik sebenarnya disini adalah wajah Didie Alias 21 tahun lepas, nampak ranggi dan mantap bukan? Rugi pula rasanya tak sempat menonton Didie Alias berlakon ketika dizaman muda remajanya.

Untuk pengetahuan, filem ini telah diarahkan oleh pengarah, Hussein Abu Hassan dan pada waktu itu, Rosyam Nor hanya memegang watak pelakon pembantu sahaja. Klasik kan?

Mari lihat beberapa keping lagi foto ya!