Adsense

Jumaat, 6 Julai 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Ella nikah esok dengan hantaran RM50,000

Posted: 06 Jul 2012 12:34 AM PDT

gambar Ella dengan bakal suami
Seperti yang semua sudah sedia maklum, Esok akan berlangsungnya majlis pernikahan Ratu Rock kita, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin,46.. Majlis pernikahan Ella akan dijalankan selepas solat Isyak di rumah keluarga pihak perempuan di Teluk Gadong, Klang atas permintaan ibu Ella sendiri, Yang Asmah Yong, 85..

Ella akan bernikah dengan Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang di syarikat penerbangan Firefly.. Dengarnya pihak lelaki telah pun bersetuju untuk memberikan RM50,000 sebagai wang hantaran berserta 7 dulang berbalas sembilan dulang hantaran.

MyGosip doakan agar majlis pernikahan Ella esok akan berjalan dengan lancar hendaknya..

Bagaimanapun, Majlis persandingan Ella dan Azhar dijangka akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember depan.

Fazura Pakai Kasut Longgar Di Majlis Anugerah Stail EH!

Posted: 06 Jul 2012 12:05 AM PDT

Fazura Pakai Kasut Longgar Di Majlis Anugerah Stail EH!
Bak kata pepatah orang muda-muda, Ukur lah kasut di kaki sendiri.. Mungkin itulah yang terjadi kepada Fazura di majlis Anugerah Stail EH! 2012 yang berlangsung semalam… Fazura kelihatan mengenakan kasut yang agak longgar dengan saiz kakinya sendiri.. MyGosip sendiri pun kurang pasti kenapa perkara sebegini boleh terjadi kepada Fazura di satu majlis anugerah stail lagi..

Kami bukan lah pakar dalam bidang Fashion ni.. Jadi kami tak pasti jika kasut longgar adalah fashion terbaru dan trend terkini artis Malaysia, Ataupun kasut jenis macam tu memang kelihatan longgar…

Namun begitu, mungkin kasut longgar Fazura tu membawa tuah buat dirinya kerana pada malam tersebut Fazura telah berjaya merangkul Anugerah Selebriti Wanita Paling Bergaya dan beliau juga dinobatkan sebagai pemenang untuk Anugerah Stail EH! bagi tahun 2012..

Jadi, jika korang nak tahu macam mana Fazura berjalan dengan kasut tu?.. lihat la gambar dibawah..

Fazura Pakai Kasut Longgar Di Majlis Anugerah Stail EH!

Fazura Pakai Kasut Longgar Di Majlis Anugerah Stail EH!

Fazura Pakai Kasut Longgar Di Majlis Anugerah Stail EH!