Adsense

Isnin, 18 Jun 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jom Sertai Parti Astro On-The-Go & Peraduan Where Do You Want Astro On-The-Go?

Posted: 18 Jun 2012 11:18 PM PDT

JOM SERTAI PARTI ASTRO ON-THE-GO & PERADUAN "WHERE DO YOU WANT ASTRO ON-THE-GO?"

Hei semua, amacam, dah cuba tengok rancangan Astro guna iPhone & iPad ke belum? Kalau belum, korang sebenarnya sangat rugi. Dah ada teknologi canggih tersedia depan mata tapi tak mahu guna.

Budiey dijemput baru-baru ini untuk ke Party Astro On-The-Go di The Pool Ampang dalam masa terdekat ini. Terima kasih atas jemputan dan Budiey sebenarnya nak berterus terang sebab memang tak sabar nak join party ni. Bukan setakat boleh hang out dengan kawan-kawan tapi boleh gak join macam-macam games kat sana.

Jadi, rasa excited giler tu memang tak dapat nak control lagi sebab dengarnya ada hadiah lumayan menanti pengunjung party tu nanti. Pergh, soooo excited la beb. Dan yang penting, ramai blogger dah tak sabar nak merasai Astro On-The-Go dalam erti kata di dalam dunia realiti.

Poster ASTRO ON THE GO

Apa taknya, nak-nak bila sekarang ni musim EURO 2012. Semua dah pakat download aplikasi di iPhone dan iPad masing-masing untuk menonton secara LIVE kesemua perlawanan.

Dengar-dengarnya, ada aktiviti menarik juga di party tu, antaranya EURO Flash Mob. Wah, agak-agak macamana la agaknya yek flash mob nih. Budiey duk bayangkan ia seperti pasukan bola sepak yang sedang berlawan dan tiba-tiba mereka menari sambil menunjukkan kemahiran bermain bola sepak.

Agak-agaknya, ada juga yang akan jadi pengadil dan akan menari dengan bola sambil menggayakan jersi kegemaran. Itu ramalam budiey je. Tapi tak tahu la macamana keadaan sebenar di Party Astro On-The-Go ni.

Paling mengujakan bila ada peraduan untuk pakaian terbaik. Pergh, boleh bawa pulang sebuah iPad 3 tuuuuu, haaa sape nak kasi. Selain tu, macam-macam lagilah games yang akan menanti pengunjung party nih.

Jadi, cubalah cari idea yang unik dan kreatif untuk menang sebuah iPad3 ni. Sekurang-kurang berbaloilah korang join. Apa kata, cuba pakai baju jersi bola sepak pujaan anda dengan cara yang kreatif, contohnya, gayakan sekali dengan karakter superhero yang kurang minati seperti Superman atau Spiderman. Haaa, amacam? Ada berani ka?

Kepada pembaca budiey.com yang nak join, apa kata korang boleh dapatkan info lanjutnya di: SINI.

Oh ya, Budiey baru teringat tentang satu lagi peraduan Where do YOU want Astro On-The-Go? ni.

Sangat unik sebenarnya contest ni di mana Budiey rasa ia dapat pecahkan rekod dan boleh menyatukan semua orang. Di mana semua orang sekarang mahu menonton program kegemaran mereka di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja.

Jadi apa yang anda perlu buat ialah… anda hanya perlu menghantar atau share satu gambar di mana anda boleh menonton siaran Astro di iphone atau iPad atau notebook anda itu di mana sahaja anda berada.

Haa, Budiey rasa korang perlu hantar gambar anda memegang gadget dengan logo Astro On-The-Go di lokasi yang menunjukkan tempat yang unik dan jarang dibuat orang. Contoh, mungkin anda boleh menonton siaran Astro semasa menaiki roller coaster ke, dan macam-macam idea lagi yang korang rasa ia sangat unik dan tak pernah dibuat orang.

Nantikan maklumat lanjut tentang peraduan Where do YOU want Astro On-The-Go? di Parti Astro On-The-Go & jadilah sebahagian dari sejarah di mana ia bakal dicipta tak lama lagi. Anda pasti rasa bangga dapat join sekali.

Budiey nak try hantar gak tapi sekarang ni tengah fikir nak ambil gambar kat mana, korang ada idea? Jom share!

ASTRO ON THE GO

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Sinopsis Filem Mael Lambong

Posted: 18 Jun 2012 11:07 PM PDT

Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.

Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.

Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.

Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya? Sama sama kita nantikan di pawagam.

Filem Mael Lambong yang akan ditayangkan bermula 21 Jun di 79 panggung seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Filem ini yang menjalani pengambaran di sekitar Kemaman, Terengganu dan Kuala Lumpur selama 25 hari, telah dibintangi oleh Zizan Razak, Taiyuddin Bakar, Juliana Evans dan memperkenalkan Shenthy Feliziana.

Trailer Filem Mael Lambong:

Poster Mael Lambung

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: