Adsense

Isnin, 18 Jun 2012

borak kosong

borak kosong


Brutal betul awek ni

Posted: 18 Jun 2012 09:15 PM PDT


VIDEO: Gadis Melahirkan di Jalan

Posted: 18 Jun 2012 09:00 PM PDT



Seorang gadis remaja, melahirkan bayi ketika ia sedang berjalan di sebuah daerah Bağcılar Istanbul Turki. Kejadian ini terakam oleh CCTV pengawas lalulintas di jalan tersebut. Gadis ini diperkirakan berusia 16 tahun, ia berjalan bersama kedua orang tuanya menuju ke sebuah rumah sakit terdekat. Rencananya gadis tersebut akan melahirkan dirumah sakit, namun saat dalam perjalanan menuju rumah sakit, bayi tersebut terlanjur keluar dari rahim sang gadis tersebut. kerana merasa panik, bayi tersebut di tinggal begitu saja di tepi jalan dengan keadaan masih berlumuran darah.


 Bayi tersebut kemudian ditemukan oleh seorang anak muda yang tengah melintas. Anak muda tersebut meminta bantuan kepada penduduk setempat dan membuat laporan ke pihak polis. Pihak polis yang datang ke lokasi, segera membawa bayi itu ke rumah sakit terdekat, untuk diberikan perawatan. Berdasarkan informasi yang telah dikumpulkan dari saksi dan warga setempat, pihak polis dapat menemukan orangtua dari bayi tersebut dan langsung dimintai keterangan. Keadaan bayi tersebut saat ini dalam keadaan baik dan sehat di rumah sakit.



Ini Dia Baju Pengantin Dari 3 Generasi

Posted: 18 Jun 2012 08:45 PM PDT


Sarah Clark, 25 tahun dari Cawood, Yorkshire utara, Ingerris,  menggunakan baju pengantin renda yang sama yang juga pernah dipakai ibunya,Catherine (ibunya) yang kini berusia 50 tahun dan Dorothy Sampson (neneknya) saat menikah dulu. 


Baju pengantin 3 generasi ini awalnya dibeli sang nenek yang kini berusia 77 tahun di 1959 dengan  harga  30 Poundsterling dan kemudian dipakai kembali oleh ibunya, Catherine di 1984.






Sarah menikah dengan Jonathan Humphreys (25 tahun) pada 9 Jun 2012 - tarikh pernikahan yang sama dengan keluarga besar atau relatifnya.


"Ibuku mengeluarkan gaun pengantin dari loteng dimana baju itu disimpan di  kotak coklat di dalam kantong plastik selama 26 tahun.


Aku meletakkannya di tempat tidur dan terus melihat baju itu, tapi aku tak boleh menggambarkan baju itu, baju itu rasanya enak dan nyaman.


Boleh jadi bakal menghabiskan ribuan poundsterling untuk membuat baju pengantin yang mirip seperti itu di masa kini," ujar Sarah.










"Masalah besarnya adalah mengeluarkan baju itu dari loteng dan jika warna bajunya tak berubah. Aku berfikir," Jika aku menemukannya, aku akan mengenakannya." Baju pengantin itu unik - ketika aku melihatnya dalam fikiranku hanya " Wow, baju pengantin itu indah."," tambah sang ibu.


Seperti yang dilapor dari situr Metro, sang pengantin wanita sendiri  berharap jika dirinya punya anak perempuan, maka anaknya mahu juga mengenakan baju pengantin tersebut.

Ini Dia Rock Cats, Rock Band Beranggotakan Kucing

Posted: 18 Jun 2012 08:30 PM PDT


Rock Cats adalah rock band dimana anggotanya terdiri dari 6 ekor kucing


 Samantha Martin dari Chicago yang menciptakan rock band kucing ini dan juga melatih kucing-kucing tersebut.






 Rock Cats terdiri dari Tuna di lead gitar, Pinky di rhythm guitar, Nue di keyboard dan Dakota, Waldo serta Fiji  di perkusi.






Selain ke-6 kucing itu, sering kali seekor ayam juga ikut serta dimana ayam itu memegang tamborin dan simbal.


Samantha khabarnya sedang mengiklankan melalui internet rock band kucing miliknya itu agar seseorang boleh membuatkan baju gong buat kucing-kucingnya untuk memperluas repertoire mereka.






"Serius, bukan lawak, aku ingin  memasukkan sebuah miniatur ukuran gong, tapi perlu palu pada katrol jenis sistem, kerana aku mengajari mereka menarik tali.






Emang agak sulit dijelaskan tapi jika kamu kreatif dan ingin mencubanya kirimi aku e-mail," tulis Samantha di Craiglist.

Ribuan itik menuju ke kolam

Posted: 18 Jun 2012 08:15 PM PDT


TAIZHOU, China - Seorang petani kelmarin menyebabkan pergerakan lalu lintas di sebatang jalan raya di sini terhenti, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Beberapa buah kereta dan motosikal berhenti bagi membolehkan haiwan tersebut bergerak secara berkumpulan untuk menuju ke kolam.
Petani tersebut dan beberapa rakannya mengawal pergerakan kira-kira 5,000 itik itu dengan menggunakan sebatang kayu.
- Agensi
sumber : kosmo online

Pakaian Katy Perry cetus kontroversi

Posted: 18 Jun 2012 08:00 PM PDT


TORONTO, Kanada - Bintang pop Katy Perry mencetuskan kontroversi semasa dia membuat persembahan pada Anugerah MuchMusic di sini, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Penyanyi itu muncul dengan memakai pakaian ketat dan jarang.
Perry, 27, memakai pakaian seksi tersebut ketika dia menyanyikan single terbarunya, Wide Awake.
Dia memenangi dua anugerah termasuk Artis dan Kumpulan Antarabangsa Pilihan pada majlis berkenaan yang berlangsung kelmarin.
Selain Perry, anugerah berkenaan turut membariskan beberapa artis popular seperti Carly Rae Jepsen, Justin Bieber, Selena Gomez, Miley Cyrus dan kumpulan LMFAO.
Jepsen merangkul tiga anugerah iaitu Video Terbaik, Video Paling Kerap Ditonton dan Video Pilihan untuk lagu popularnya, Call Me Maybe.
Bieber yang banyak memberi sokongan kepada penyanyi senegara dengannya itu turut memuji kejayaan Jepsen.
Jepsen juga menyanyi bersama Flo Rida dalam majlis tersebut.
Bieber turut menyanyikan lagu All Around the World dalam anugerah itu.
Dia turut memenangi anugerah muzik video terbaik menerusi lagu Boyfriend.
LMFAO merancakkan lagi acara berkenaan apabila beraksi lincah di pentas selepas mereka menerima Video Antarabangsa Terbaik untuk Artis Berkumpulan bagi lagu popular mereka, Sexy And I Know It. - Agensi
sumber : kosmo online

Ibu bapa diberi kuasa ambil alih pengurusan sekolah

Posted: 18 Jun 2012 07:45 PM PDT


FLORIDA: Beratus-ratus datuk bandar dari serata Amerika Syarikat, meminta undang-undang baru membenarkan ibu bapa mengambil alih sekolah awam berprestasi rendah dan memberhentikan guru, memecat pentadbir atau memberi sekolah kepada pengurusan swasta.
Persidangan Datuk Bandar Amerika Syarikat yang diadakan di Orlando, Florida, Sabtu lalu sebulat suara menyokong undang-undang "kata putus ibu bapa" bertujuan mengenepi lembaga sekolah yang dilantik dan memberi peluang ibu bapa di sekolah awam paling teruk, peluang untuk berganding bahu dan melakukan perubahan dengan segera. 
Undang-undang itu ditentang hebat oleh kesatuan guru, yang mungkin kehilangan ahli dalam pengambilalihan sekolah.

Ketua Kesatuan Guru berkata, tiada bukti tindakan itu akan meningkatkan pembelajaran. Mereka juga berkata, pelaburan awam adalah kunci kepada pencapaian pelajar. - Reuters






sumber : myMetro

2 lagi menipu dalam peperiksaan polis dicekup

Posted: 18 Jun 2012 07:30 PM PDT


BANGKOK: Dua lagi suspek yang menipu dalam peperiksaan polis, termasuk pegawai polis ditahan di Phayao, semalam, ketika pemburuan terhadap ketua rangkaian geng penipuan itu diteruskan.
Mereka yang ditahan itu dikenal pasti sebagai Leftenan Pech Promthaweeporn, Timbalan Inspektor Polis bahagian siasatan jenayah di balai polis daerah Chiang Muan dan Heerasak Nanthasen, 48, penduduk wilayah Nan.

Selepas ditahan, kedua-duanya dibawa ke Lampang untuk siasatan lanjut.


Seramai 10 suspek dituduh terbabit dengan kes penipuan itu ketika peperiksaan kemasukan ke sekolah polis berlangsung di seluruh negara kelmarin. Kira-kira 20 pemohon ditahan selepas polis menemui mereka membawa peralatan radio ke dalam dewan peperiksaan. - Bangkok Post


sumber : myMetro

Peserta rancangan cari bakat melukis dengan payu dara

Posted: 18 Jun 2012 07:15 PM PDT


BANGKOK: Kementerian Kebudayaan Thailand meminta penjelasan daripada produser rancangan mencari bakat yang menayangkan seorang peserta wanita melukis menggunakan payu daranya disiarkan ke seluruh negara.
Menteri Kebudayaan, Sukumol Kunplome berkata, "Masyarakat mengkritik rancangan ini dan kami perlu mendapatkan jawapan." 
Ahad lalu, peserta untuk rancangan "Thailand's Got Talent", membuka baju dan colinya sebelum mencurahkan setin cat warna di payu daranya, di mana dia kemudian menggosok payu daranya di atas kanvas di hadapan juri yang memandang dengan mulut terbuka dan penonton bersorak.

Dia diundi untuk melepasi pusingan seterusnya oleh dua juri lelaki, menyebabkan seorang juri wanita merasa resah.



Produser rancangan itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.


Walaupun industri seks di Thailand berkembang, pegawai di negara itu swering mengkritik perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Minggu lalu, Kementerian Kebudayaan Thailand berkata, ia memfailkan aduan polis terhadap penyanyi pop Amerika Syarikat, Lady Gaga, kerana menggunakan bendera Thailand dalam persembahannya bulan lalu dan memakai pakaian yang menjolok mata. - AFP



sumber : myMetro

Penagih juntai anak

Posted: 18 Jun 2012 07:00 PM PDT


BEIJING: Seorang lelaki semalam, menjuntaikan anak perempuannya berusia tiga tahun di tingkap tingkat enam di blok apartmen mereka, selepas bertengkar dengan isterinya.
Lelaki itu membuka tingkap rumah pangsa yang baru diduduki dan duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan budak kecil itu.
Kanak-kanak kecil itu dapat dilihat cuba memeluk lutut bapanya dan menjerit ketakutan.

Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja.



Ibu kanak-kanak itu boleh didengar menjerit dari dalam rumah dan merayunya membawa kanak-kanak itu kembali ke dalam.


Jiran menelefon perkhidmatan kecemasan yang meletakkan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh.

Anggota polis menyerbu flat itu dan mula berunding dengan lelaki berkenaan.

Selepas dia enggan membawa masuk kanak-kanak perempuan itu ke dalam, mereka terus menerpa ke arah lelaki itu dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke tempat selamat.

Kanak-kanak itu dipercayai tidak cedera selepas kejadian itu.

Polis menahan lelaki itu yang dikatakan bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu dan khayal kerana mengambil dadah. - DM



sumber : myMetro

Sayu lihat tangisan ibu

Posted: 18 Jun 2012 06:45 PM PDT


KUCHING: Seorang remaja lelaki membatalkan niat terjun dari tingkat tiga bangunan empat tingkat selepas melihat kelibat ibu dan bapanya yang menangis selain merayu dia tidak meneruskan tindakan berkenaan di Chong Ling Park, Jalan Tabuan, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian jam 8 malam berlaku apabila remaja berusia 18 tahun yang bekerja di rumah urut berdekatan mengambil tindakan nekad itu selepas berdepan tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

Menurut sumber, perbuatan remaja terbabit dilihat orang ramai sebelum menghubungi polis.


"Remaja terbabit menyewa di bilik di bangunan berkenaan, duduk di tepi tingkap, seolah-olah mahu terjun.

"Sebaik menerima panggilan kecemasan, polis mendapatkan bantuan bomba dan penyelamat bagi memujuk remaja berkenaan.


"Apabila semua usaha buntu, polis terpaksa menghubungi keluarga remaja itu sebelum ibu dan bapa lelaki itu tiba beberapa minit kemudian," katanya.



Katanya, dalam keadaan menangis, pasangan suami isteri itu kemudian kemudian bergegas ke tingkat tiga bagi memujuk anak mereka itu supaya tidak meneruskan perbuatan itu.

"Usaha dan pujukan pasangan itu membuahkan hasil apabila remaja terbabit membatalkan niat sambil meluru memeluk kedua ibu dan bapanya," katanya.


Beliau berkata, remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.


sumber : myMetro

Padah mulut celupar

Posted: 18 Jun 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bermulut celupar, cinta tidak berbalas, persaingan dan perasaan dengki menjadi antara penyebab segelintir golongan artis terkenal menjadi mangsa sihir sesama sendiri sehingga mengakibatkan ada di kalangan mereka hidup menderita.
Mendedahkan perkara itu, Pengasas dan Pakar Spiritual Yashfien Herbs Sdn Bhd, Datuk Engku Ansaruddin Agus berkata, disebabkan sihir, ada di kalangan artis yang menemuinya hilang suara, hilang ingatan dan membenci suami. 
"Sihir tidak mengenal sesiapa, angkara jin laknat, manusia tanpa mengenal status sama ada menteri, artis sehinggalah orang biasa boleh menjadi mangsa.

"Seseorang mudah terkena sihir kerana lemah fizikal, semangat dan iman menyebabkan jin mengambil kesempatan merosakkan anak Adam," katanya yang ditemui semalam.



sumber : myMetro

Dibelasah tukar siaran Euro

Posted: 18 Jun 2012 06:15 PM PDT


GEORGETOWN: Akibat menukar saluran televisyen (TV) ketika perlawanan bola sepak Euro 2012 berlangsung, seorang lelaki cedera dipukul pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, di sini, yang tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit menukar saluran televisyen ketika perlawanan di antara pasukan Russia dan Greece, menyebabkan pengunjung pusat hiburan itu tidak berpuas hati.
Jurucakap polis berkata, berlaku pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan beberapa pengunjung sehingga tercetus pergaduhan yang berlarutan hingga ke luar pusat hiburan terbabit.

Menurutnya, polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan berkenaan.



sumber : myMetro

Rintihan janda,dua tahun jadi tawanan bapa saudara

Posted: 18 Jun 2012 06:00 PM PDT


CHEMOR: Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi 'hamba seks' bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai 'menakluk' wanita itu dengan ilmu hitam.
Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang simpanannya.
"Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun," katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan.



sumber : myMetro

Biar cacat kasih tak luntur

Posted: 18 Jun 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Kasih sayang saya terhadap tunang makin bertambah walaupun dia kehilangan sebelah kaki kanan dan kami merancang untuk berkahwin awal tahun depan sebaik keadaannya pulih," kata, Norfaizan Abu Kassim, 27, tunang kepada Mohd Hafiz Zamri, 26, mangsa samun dan tembak dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Seremban-Labu, malam Khamis lalu.
Beliau berkata, mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini, namun terpaksa ditangguhkan memandangkan tunangnya masih dalam keadaan trauma.

Katanya, walaupun tunangnya kehilangan sebelah kaki, tetapi dia tetap cintakan lelaki itu dan mahu dia pulih seperti sedia kala.


"Saya mengenalinya dua tahun lalu sebelum mengambil keputusan bertunang Mac lalu selepas melihat dirinya begitu mengambil berat dan mahu kami disatukan.

"Walau apa terjadi, saya tetap akan berkahwin dengannya dan mahu dia pulih secepat mungkin," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.


Menurutnya, ketika kejadian, dia baru saja selesai bertugas dan berada di pejabat plaza tol sebelum dihubungi rakannya yang memberitahu tunangnya kemalangan.



Katanya, dalam keadaan panik, dia turun untuk melihat kejadian itu dan terkejut selepas melihat tunangnya pengsan dalam keadaan berlumuran darah.

"Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu dan berdoa supaya tunang saya selamat," katanya yang mengambil cuti semata-mata untuk menjaga dan memberi semangat kepada tunangnya itu.


Sementara itu, Hafiz berkata, dia reda dengan apa yang terjadi dan masih trauma selepas ditembak bertalu-talu oleh penjenayah itu.

"Saya hanya ingat diri dikejar dan ditembak penjenayah yang menaiki sebuah kereta sebelum pengsan.


"Saya tersedar ketika berada di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sebelum dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut," katanya.



sumber : myMetro

Reaksi Wajah Seorang Anak Ketika Melihat Sesuatu Yang Tak Mampu Dia Beli

Posted: 18 Jun 2012 05:30 PM PDT

 Hanya melihat dari jauh....

 Melihat dengan lebih dekat....



 "Bila aku boleh dapat agaknya?"







Ternyata aku cuma boleh melihat tanpa dapat merasai....

Besi tertusuk kedalam badan remaja 12 tahun

Posted: 18 Jun 2012 05:15 PM PDT

Kejadian ini sungguh luar biasa dialami seorang remaja yang masih berusia 12 tahun, ketika bermain di sebuah projek bangunan ,dia secara tidak sengaja tertusuk sebatang besi dengan diameter 1,5 cm masuk kedalam tubuh Kalim Ali.

menunggu proses pembedahan di sebuah hospital di Mumbai India

Besi itu tertusuk dengan posisi vertikal dari atas ke bawah sedalam 1 meter sehingga mengenai beberapa organ vital seperti usus besar dan hati.


Namun tidak ada pembuluh darah yang pecah sehingga keadaaanya tidak terlalu buruk. Doktor bekerja keras untuk mengeluarkan batang besi tersebut sehingga pembedahan itu mengambil masa sehingga lebih daripada 3 jam.Dr.Hemanshi Shah mengatakan  remaja itu memerlukan waktu hingga 4- 5 bulan untuk sembuh sepenuhnya.

Dah macam hantu pulak perempuan ni

Posted: 18 Jun 2012 05:00 PM PDT




sumber gambar : stomp.com.sg

Apa yang ditunjukkan oleh lelaki ini kepada teman wanita di tepi pantai?

Posted: 18 Jun 2012 04:45 PM PDT




agaknya apa yang ditunjukkan lelaki ini
kepada teman wanita ini?
jom
kita
lihat
dibawah
ini
v


v


v




rupanya dia melamar kekasihnya....gempak

Aksi bangau culik anak Alligator

Posted: 18 Jun 2012 04:30 PM PDT






Comel..kucing duduk seperti manusia

Posted: 18 Jun 2012 04:15 PM PDT

omel betul kucing ni..
saya petik dari kosmo online

LONDON - Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam.

Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar.

Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.- Agensi

[Pelik] Burung buat sarang daripada paku

Posted: 18 Jun 2012 04:00 PM PDT

Burung buat sarang daripada paku..sesuatu fenomena luarbiasa yang kita lihat dan juga pelik..










Tertelan gunting

Posted: 18 Jun 2012 11:00 AM PDT


Kejadian tertelan duit ,guli atau barang kecil adalah biasa bagi kanak-kanak.Tetapi kalau tertelan gunting bagaimana? Bukan budak tetapi seorang pemuda yang berusia 27 tahun telah tertelan gunting yang berukuran 4in (10 cm).

Kong Lin telah meminjam gunting itu daripada kawannya untuk mencungkil gigi setelah makan tetapi akibat ada dianatara kawannya ynag berbuat lucu ,dia pun ikut ketawa dan tanpa disedarinya gunting itu terlepas dan masuk kekerongkongnya.

Pada awalnya Lin berhasil batuk dan dapat mengeluarkan sedikit bahagian gunting itu.Namun tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya,dia pun dibawa ke hospital di Putian China.

Menurut doktor yang merawatnya Lin kelihatan pucat dan darah sudah bercampur dengan ludahnya dan melalui pemeriksaan x-ray gunting sudah masuk kaedalam kerongkongnya.

Pembedahan itu mengambil masa sehingga 30 minit dan gunting itu berjaya di keluarkan.Dia bernasib baik kerana tidak menglami luka yang teruk di bahagian kerongkongnya.


Gila..lelaki ini jatuh cinta dengan keldai sehingga melakukan hubungan seks dengannya

Posted: 18 Jun 2012 10:30 AM PDT


HARARE: Seorang lelaki Zimbabwe memberitahu mahkamah, pelacur yang dilanggannya tiba-tiba bertukar menjadi keldai.

Walaupun begitu, lelaki terbabit berkata, dia kini benar-benar jatuh hati kepada haiwan berkenaan.


Akhbar The Herald semalam melaporkan, Sunday Moyo juga berpendapat dirinya seekor keldai.


"Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu," katanya.


Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai.


Menurut Moyo, dia membayar AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit.



Bagaimanapun, dia terkejut keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai.


Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental. - AFP

sumber : myMetro

Wow..kanak-kanak 10 tahun dengan 'eight pack' jadi guru fitness

Posted: 18 Jun 2012 10:15 AM PDT


INILAH.COM, Georgia – Menginspirasi sepertiga anak Amerika yang obesiti untuk hidup sihat memang hal baik. Namun, benarkah CJ Senter ini tak berlebihan?

Beberapa pakar medik mulai meragukan peranan CJ dalam mempromosikan kesihatan bagi anak-anak. Ia saat ini dikenal sebagai 'Workout Kid' dan memiliki perut luar biasa hebat sehingga menunjukkan otot-otot eight-pack miliknya.

Namun, harus diakui kerja CJ luar biasa. Ia sudah menjual dan mendermakan hampir 4.500 keping DVD mengenai olahraga. Sambutan anak-anak lain juga luar biasa, meski banyak yang khutir CJ terlalu awal mengenalkan image tubuh ideal.

Dalam sebuah acara, anak berusia sembilan tahun yang diwawancarai mengaku ingin memiliki otot kencang seperti CJ. Ada pula kanak-kanaj 11 tahun yang mengaku turun 5 kg dalam tiga minggu terakhir setelah mengikuti DVD Workout Kid setiap hari.

"Anda boleh keluar dan bersenang-senang. Tapi beberapa anak, baru 10 minit sudah masuk ke dalam lagi kerana malu. Harusnya jika terus berolahraga, tubuh akan berpeluh dan berat badan turun," ujar CJ yang diwawancara dalam acara itu.

Dr Robert Gotlin dari Orthopedic and Sports Program di Rumah Beth Israel Medical Center di New York menyatakan, olahraga sejam sehari sudah cukup. Ia melihat ciri-ciri berlebihan dalam diri CJ yang melakukan tiga hal pada waktu bersamaan.

"Ada gejala cedara otot, tulang dan jaringan yang berpotensi tinggi akan terjadi. Banyak anak yang mengalaminya kerana mereka melakukannya secara berlebihan," ujar Gotlin yang khuatir anak-anak akan mengalami cedera fatal.

Sementara orangtua CJ membela putra mereka, menyatakan anak itu tak melakukannya secara berlebihan dan mereka tak memaksanya. "Satu-satunya yang saya paksakan pada CJ adalah pergi ke sekolah, mendapat markaha tertinggi, menghormati sesama," ujar sang ayah, Carlos.