Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Baby Tomok Bernama Arrianshah Akid Posted: 30 May 2012 04:58 PM PDT Penyanyi Tomok, 28, mendapat anak lelaki yang sangat comel apabila isterinya Rahayu Abbas (Ayu), 32, selamat melahirkan bayi berkenaan di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 6.03 petang, Selasa. Gambar baby Tomok telah pun diupload ke Facebook miliknya pada petang hari Selasa lalu. Ramai respon dari peminat dan Budiey sendiri lihat betapa bayi ini sangat sihat, sempurna dan sangat comel. Tengoklah pipinya. Tembam sangat. Sesiapa yang melihatnya mesti geram nak cubit pipi baby Tomok ni. Tomok atau nama sebenarnya Shah Inderawan Ismail, 28, berkata, anaknya lahir dengan berat 3.33 kilogram itu diberikan nama Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan. Tomok bersyukur apabila proses kelahiran berjalan lancar. "Alhamdulillah, semuanya selamat. Inilah detik paling gembira dalam hidup saya, apabila isteri dan anak saya sihat. Lebih bererti, saya diberi kesempatan untuk melihat proses bersalin sejak awal, serta diberi peluang untuk memotong sendiri tali pusat bayi itu. Ia pengalaman yang sangat bermakna," katanya yang dipetik daripada akhbar Berita Harian. Tambah Tomok, dia terpaksa akur bahawa tanggungjawabnya kini lebih besar dan harus memikul peranan sebagai suami dan bapa. Inilah anak lelaki Tomok yang bernama Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan. "Sebagai seorang lelaki, saya tahu tanggungjawab besar saya sebagai suami dan bapa. Selain sibuk dengan kerjaya, saya akan mengutamakan keluarga dan berjanji untuk bekerja keras demi kebahagiaan kami sekeluarga. Sebenarnya kesempatan melihat kesukaran seorang isteri bersalin menimbulkan rasa insaf buat saya sehingga menitiskan air mata. Inilah pengorbanan seorang isteri yang sepatutnya kita hargai," katanya. Tomok dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai tahun lalu. Gambar kredit dari Instagram Isma AF7 yang juga merupakan kakak kepada Tomok. Seronok betul tengok Isma dukong Arrianshah. Tags: Gambar, TomokClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Jojo Struys Terbit Album Untuk Menghilangkan Stress Posted: 30 May 2012 06:23 AM PDT PADA usia 36 tahun, Jojo Struys yang memiliki wajah keanak-anakan cukup lincah dan cergas. Mengakui dirinya obses dengan gaya hidup sihat, dia sering memenuhi masa dengan pelbagai aktiviti kecergasan, senaman dan spiritual. Bagi wanita jelita kelahiran Singapura ini, kekal sihat dan cergas keutamaannya. Menghiasi dunia peragaan di Asia Tenggara, kepetahannya berbicara menjadikan Jojo pilihan sebagai pengacara di pelbagai majlis. Di samping itu, Jojo juga pernah bertugas sebagai deejay di sebuah stesen radio popular selain mengendalikan rancangan televisyen seperti Jojo's Ticket to Wellbeing dan sebuah program kesihatan yang dikenali sebagai Vitagen & Marigold Health Buzz. Lulusan Universiti Curtin Perth, Australia ini cukup percaya bahawa kecantikan datang daripada tubuh yang sihat dan cergas. Bagi mengekalkan kesihatan diri, Jojo mengamalkan senaman yoga, mendengar muzik dan mengurus stres.
Bahkan, ketika kunjungan penulis dan jurugambar ke kediaman beliau baru-baru ini, kami diajak mendengar album 'muzik relaxing' oleh Jojo Struys. Sambil memejamkan mata, kami mendengar suara Jojo yang mengajak pendengar berehat dan melepaskan semua bebanan masalah. Selingan muzik berunsurkan bunyi alam sekitar sangat menenangkan. Cara ini dikenali sebagai meditasi untuk merehatkan badan. Katanya, ia boleh meningkatkan kapasiti peparu dan melancarkan aliran darah.
Tambah Jojo, album tersebut boleh didapati di 124 cawangan Starbucks seluruh negara pada akhir Mei ini. Jika kita mengintai kediaman Jojo, segalanya dihiasi dengan warna semula jadi. Jojo lebih selesa dengan warna seperti krim dan coklat. Dia mahu menjadikan kediamannya tempat berehat. Pada masa lapang, Jojo lebih suka bermain piano kerana dia percaya muzik merupakan salah satu terapi stres.
Sebagai seorang selebiriti, Jojo suka berfesyen dan apa yang dipakai setiap hari bergantung kepada moodnya.
Dari segi pemakanan, Jojo lebih gemar mengamalkan sikap bersederhana.
Jojo bagaimanapun mengakui bukanlah seorang yang akan menghukum diri dan mengelakkan sesuatu makanan apabila teringinkan sesuatu. Tags: Album Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |