Adsense

Rabu, 30 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Shuib (Sepahtu) Bintangi Filem “Man Sewel Datang KL”

Posted: 30 May 2012 11:26 PM PDT

Bukan nak memperlekehkan kejakunan orang kampung ketika mereka menjejakkan kaki buat kali pertama ke kota metropolitan, Kuala Lumpur. Jauh sekali mahu menghina mereka yang menetap di kampung. Ini hanyalah interpretasi seorang pengkarya terhadap subjek utama filem ini yang digambarkan sebagai seorang lelaki kampung yang berperangai gila-gila atau lebih tepat dengan gelaran 'sewel' menyampaikan keterujaannya apabila pertama kali sampai ke Kuala Lumpur. Sudah tentu elemen komedi bakal menguasai hampir keseluruhan jalan cerita kerana pemegang watak 'Man Sewel' itu ialah salah satu anggota kumpulan lawak popular Malaysia, Shuib 'Sepahtu'.

Filem 'Man Sewel Datang KL' ini menyentuh kisah seorang pemuda kampung, Osman atau Man (Shuib 'Sepahtu') yang mengikuti teman sekampungnya, Salim (Razali Hussain) pulang ke KL. Man yang sememangnya berperangai gila-gila sangat teruja apabila tiba di KL. Man tinggal bersama Salim yang banyak mengajarnya selok belok kehidupan di KL. Namun, segalanya berubah apabila Man mula mengenali kawan Salim iaitu Nadia (Julia Ziegler). Banyak duit perbelanjaan yang diberikan ibu Man dihabiskan untuk Nadia.

Apabila ibunya menyekat duit perbelanjaan Man, Man mula terpaksa mencari sumber rezekinya sendiri di KL. Nadia pula semakin tamak meminta duit dari Man. Man akhirnya pulang ke kampung namun hampa apabila mengetahui teman istimewanya, Siti Khadijah (Rafidah Ibrahim) sudah menjadi milik orang lain. Pulang ke KL semula, Man dikejutkan dengan tuduhan seorang lagi teman sekampungnya yang mengatakan Salim mempunyai muslihat jahat terhadap Man.

Selain Shuib 'Sepahtu', Razali Hussain, Julia Ziegler dan Rafidah Ibrahim, filem ini turut dijayakan oleh pelawak wanita terkenal, Rosnah Mat Aris dan penampilan istimewa, isteri Shuib sendiri iaitu Siti Sarah Raisudin. Bakal menemui penonton pada hari ini (31 Mei), filem komedi ringan yang mempunyai mesej kebaikan yang ingin disampaikan tentu akan menghiburkan penonton yang inginkan hiburan santai. Selain itu, penonton juga berpeluang menyaksikan kumpulan May yang turut membuat penampilan khas melalui filem ini. Lebih bermakna, satu peratus dari tiket pembelian penonton untuk filem ini akan disumbangkan kepada Tabung 4B Prihatin. Selamat menonton sambil menderma!

Awal Ashaari Sambut Hari Lahir Scha Al-Yahya Kali Pertama Lepas Kahwin

Posted: 30 May 2012 10:12 PM PDT

Mungkin sambutan hari lahir Scha pada tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Mana tidaknya, ini adalah tahun pertama Scha menyambut hari lahirnya sebagai seorang isteri.

Scha telah dilahirkan pada 30 Mei dan kini pelakon dan juga model ini sudah pun berusia 29 tahun. Sambutan hari lahir Scha telah diadakan disebuah tempat yang dirahsiakan dah hanya dihadiri oleh rakan-rakan media yang rapat saja.

Apa pun, walaupun terlambat sehari, OHBULAN! disini mengucapkan selamat hari lahir kepada Scha Al-Yahya dan semoga berbahagia bersama Awal Ashaari hingga ke akhir hayat.