Nuffnang

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


9 Gambar Aiswarya Rai Gemuk dikritik

Posted: 25 May 2012 07:13 AM PDT

Gambar dahulu dan terkini Aishwarya Rai gemuk
Akhir wanita tercantik didunia juga pemenang Miss Universe, Aishwarya Rai sedang bergelut dengan masalah berat badan yang melampau setelah artis tersebut melahirkan seorang cahaya mata. Rata - rata penduduk India yang dahulunya begitu menyanjungi kecantikkan beliau kini berdepan dengan cemuhan bahawa dia 'menjatuhkan maruah India' diatas ketidakupayaan beliau untuk kembali ramping dan kurus lebih lebih lagi beliau telah dijadikan idola terkenal pada masyarakat India, malah di dunia.

Hampir enam bulan masih lagi kekal dengan tubuh badan berisi, Aish mula dikritik peminat apabila gambarnya yang ketika itu dengan dagu berlapis tersebar di internet.

Foto yang terpampang di laman sesawang itu kini dilihat sebanyak 500,000 kali dengan pelbagai komen negatif dan kecaman terhadap kemunculan terbaru aktres itu.

Walaupun menerima banyak komen negatif, namun Aish masih disokong peminat-peminatnya yang lain.

Ikuti 9 raut wajah artis tersebut :








Gambar Nora Danish Mabuk atas Katil Fitnah!

Posted: 24 May 2012 09:17 PM PDT


Inilah yang perlu ditempuh oleh artis artis kita apabila zaman kita dikelilingi dengan maklumat alam maya dan teknologi yang canggih. Keunggulan maklumat alam maya ini, sungguh hebat dan kuasanya cukup mutlak sekiranya maklumat yang disampaikan kurang tepat dan jelas.

Baru baru ini gambar Nora Danish Mabuk yang didakwa baru balik Umrah hanyalah Fitnah dan Provoke lebih. Gambar tersebut memang memperlihatkan kainnya terselak kemas dan majoritinya mengatakan gambar yang tersebar itu adalah Nora Danish.

Gosip Liar mengesahkan gambar tersebut merupakan Nora Danish bersama rakan-rakannya yang mabuk di sebuah kelab malam di Bali, Indonesia.

Spekulasi yang didakwa oleh satu laman website popular diMalaysia hanyalah gosip semata-mata kerana menurut sumber terdekat Nora Danish, gambar ini merupakan koleksi gambar yang diambil ketika dia bersama keluarga bekas suaminya,  Jejai. Dan gambar itu bukan lah di kelab malam. Jadi ternyata la gosip Nora Danish mabuk di salah satu kelab malam itu salah dan jauh meleset.


Gambar Didakwa Nora Danish Mabuk
Pada ketika itu, kebetulan Nora Danish memakai seluar pendek ala amoi seolah-olah menunjukkannya hanya memakai seluar dalam. Rasanya tak salah jika Nora Danish nak baring berehat setelah penat seharian berjalan-jalan di Bali. Cuma seluar yang dipakai agak pendek.
Sekiranya benar Nora Danish mengenakan seluar pendek, perkara ini tidak perlu jadi isu besar kerana itu adalah hak peribadi dari segi pakaian diantara Nora Danish dan Bekas Suaminya terutama bercuti di negara lain.

KONSERT THE LEGENDARY CONCERT 2012 | GABUNGAN 4 LAGENDA

Posted: 24 May 2012 08:42 PM PDT


4 Lagenda terkenal tanahair kini telah bergabung bagi menjayakan konsert The Legendary Concert 2012- Dulu, Kini dan Selamanya anjuran Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd ketika G.A.M sedang melayari laman website MAYBANK2u (www.maybank2u.com.my).

Nama artis terlibat terdiri daripada Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid, Amy Search dan Jamal Abdillah. Pemilihan artis ini berdasarkan  pada keupayaan, populariti dan komitment kepada masyarakat sejak bergelar anak seni sehingga namanya terpahat dimulut peminat sehingga kini.

Peminat-peminat yang ingin melihat konsert ini bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang sudah mula dijual pada harga RM100, RM200, RM300 dan RM600. Untuk maklumat lanjut tentang konsert ini, sila layari www.legendary.my

Berikut adalah Jadual Konsert Jelajah The Legendary Concert 2012 :

    Kota Kinabalu, Sabah (5 Mei 2012)
    Pulau Pinang (19 Mei 2012)
    Johor Bahru (26 Mei 2012)
    Kuching (23 Jun 2012)
    Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun 2012)

Lebih menarik, konsert ini bakal menjelajah ke lima lokasi berbaza yang dimulakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Mei ini diikuti Pulau Pinang (19 Mei), Johor Bahru (26 Mei), Kuching (23 Jun) dan sebagai penutup, empat penyanyi ini akan menggamatkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun depan.

Menurut sumber G.A.M terima, hampir kesemua tiket VIP yang berharga RM600 habis dijual sejak sebulan lalu. Ini merupakan petanda positif bahawa konsert ini menjanjikan persembahan terbaik pada hari tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan