Nuffnang

Gosip Artis Malaysia

sumber :-

Gosip Artis Malaysia


Lufya 'Hadiahkan' Lagu Ketuhanan Buat Zarina Anjoulie

Posted: 24 May 2012 08:29 PM PDT

Lufya
KUALA LUMPUR: Penyanyi Lufya Omar, yang terlibat dengan kontroversi pergaduhan bersama Zarina Anjoulie Lavocah telah mendedikasikan lagu single terbarunya, Doaku, bagi tujuan berdamai.
Lufya berkata, dia mahu Zarina menghayati lagu yang berbentuk ketuhanan itu dan dapat memaafkan antara satu sama lain, bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 21 Julai depan.
"Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu.
"Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu 'Doaku' untuknya," kata penyanyi itu lagi.
Pada pertengahan April lalu, sebuah blog hiburan menyiarkan kenyataan Lufya di mana ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina dan hal tersebut menyebabkan dia pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil 'Anju' yang jelas merujuk kepada pelakon itu.
Kemudian, Zarina melancarkan 'perang' terhadap Lufya sebagai respons terhadap artikel berkenaan menerusi akaun Twitter miliknya dan mengejek penyanyi berkenaan dengan panggilan yang tidak enak didengar.
Tambah Lufya, walaupun dikutuk hebat oleh pelakon seksi itu, dia menerima dengan tenang dan ia juga sebahagian daripada promosi untuk dirinya kepada peminat-peminat yang baru ingin mengenalinya.
Mengenai lagu Doaku, ia merupakan lagu ciptaan pertamanya selepas single pertama,Diam, yang dikeluarkan pada tahun lalu.
"Lagu ini teramat istimewa buat saya kerana ia merupakan ciptaan sepenuhnya oleh saya dengan bantuan penyusun muzik, Rafikconcept.
"Idea lagu tersebut adalah berkonsepkan ketuhanan juga datangnya dari saya di mana saya ingin menceritakan perasaan diri yang mahukan petunjuk ke arah yang diredhai.
"Alhamdulillah, setakat ini saya menerima respons yang positif apabila meletakkan lagu tersebut di laman Youtube," tuturnya.
Dalam pada itu, Lufya berkata, memandangkan dia ingin memberi sepenuh perhatian terhadap karier nyanyiannya itu, dia terpaksa berehat seketika daripada aktiviti lakonan.

- ---

Fizz Fairuz Tidak Salahkan Almy

Posted: 24 May 2012 08:28 PM PDT

Fizz Fairuz anggap kenyataan Almy Nadia mengenai keretakan hubungan mereka tidak disengajakan atau ditokok tambah oleh pihak tertentu. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
KUALA LUMPUR: Aktor Fizz Fairuz menegaskan bahawa dia enggan menyalahkan kekasihnya Almy Nadia atas kenyataan aktres itu yang mendakwa hubungan mereka kini berada di ambang perpisahan.
Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 32, berkata dia tidak kesal dengan kenyataan Almy kepada akhbar Berita Minggu pada Ahad lalu kerana aktres itu mungkin tertekan dengan kontroversi hubungan mereka.
"Saya tidak salahkan Almy. Mungkin dia terlebih cakap kerana orang tuanya sudah bising (dengan status hubungan Fizz dan Almy) sehingga menyebabkan dia mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Sebenarnya tidak ada-apa yang berlaku dan tiada masalah dalam hubungan kami. Kami baru saja bermain badminton bersama pada malam semalam (malam Selasa)," katanya dalam nada bergurau.
Fizz berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Ibu Rafflesia bersama 20 selebriti di Hotel Royal di sini, malam Rabu lalu.
Dalam kenyataan Almy kepada akhbar mingguan itu Ahad lalu, dia menyifatkan hubungannya dengan Fizz boleh diibaratkan seperti retak menanti belah kerana mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia tidak lagi diendahkan oleh aktor itu.
Ditanya mengenai punca atau faktor yang menyebabkan Almy mengeluarkan kenyataan tersebut, Fizz berkata dia tidak pasti di sebalik tindakan aktres itu.
Almy Nadia
"Saya pun tidak berkesempatan untuk membaca kenyataan itu lagi. Tidak pasti pula jika dia terlepas cakap atau melatah kerana terlalu beremosi atau mungkin kenyataan itu sudah ditokok tambah (daripada fakta sebenar).
"Saya sedar terlalu banyak persoalan mengenai status hubungan kami ditanyakan oleh media sejak beberapa tahun lalu dan ia pasti menimbulkan tekanan kepada dia dan keluarganya," jelas pemenang trofi Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu.
Sempat diusik adakah dia akan mengotakan hasratnya untuk memperisterikan Almy, Fizz berkata dia tidak dapat memberikan sebarang kepastian kerana dia tidak mahu menjanjikan sesuatu yang berada di luar kawalannya.
"Ini (jodoh) semua ketentuan Tuhan. Saya tidak boleh janjikan apa-apa kerana saya tidak suka membuat janji. Tunggulah sehingga ibu saya pulang daripada umrah dulu dan minta petunjuk di sana," kongsinya.
Dalam laporan mStar Online pada 21 Mei lalu, kedua-dua pelakon itu enggan memberikan ulasan apabila ditanya mengenai kenyataan Almy yang mendakwa hubungan mereka berada di ambang perpisahan.
Sebelum itu, Almy dalam kenyataan bertarikh 9 Mei mengakui sangat terkejut selepas mendengar laporan kekasihnya itu berhasrat untuk mengahwininya pada tahun ini.
Bagaimanapun, aktres berusia 26 tahun itu tidak dapat memberi sebarang reaksi kerana tidak mengetahui apa-apa mengenai hasrat Fizz itu.

- ---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan