Adsense

Selasa, 17 April 2012

Zon Artis

Zon Artis


‘Saya Sudah Melangsaikan Bayaran Bob Kuman’ – David Teoh

Posted: 17 Apr 2012 06:23 PM PDT

"Bukan janji, tetapi pasti saya sudah melangsaikan semua bayaran lakonan yang dibintangi Bob Kuman. Kalau benar lakonannya belum dibayar, saya minta dia segera berjumpa saya dan akan memberikan tambahan 10 peratus faedah terhadap bayaran tertunggak seperti didakwa,"

DAVID TEOH Itu kata penerbit filem terkenal, David Teoh menjawab tuduhan Bob Kuman yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak di Hulu Langat, Selangor pada penghujung tahun 2010.

Harian Metro semalam melaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya sehingga dia terpaksa berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.

Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Bob Kuman itu sambil memberitahu yang pihaknya sudah pun melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi berjumlah RM5,000 ketika melawat Bob Kuman di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur tahun lalu.

Zon Artis: Kami tidak tahu kenyataan siapa yang betul dan siapa yang salah. Hanya mereka yang tahu cerita sebenar mengenai dakwaan berhubung bayaran yang dibangkitkan oleh Bob Kuman itu. Kami hanya menyampaikan sahaja. Apa-apa pun, mari sama-sama kita doakan agar Bob Kuman segera sembuh.

Related Posts with Thumbnails