Adsense

Selasa, 17 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto: Neelofa Anggun, Bak Permaisuri Di Kota Paris!

Posted: 17 Apr 2012 11:10 PM PDT

Pertama kali melihat foto terbaru Neelofa ini, kami sendiri terpegun dengan seni fotografi yang cuba diketengahkan oleh Annas Easkey.

Apa tidaknya, Annas berjaya mengubah imej stereotaip Neelofa kepada seorang gadis yang boleh membuatkan setiap jejaka terpegun dan terpancar sinar kesucian di wajah Neelofa pada setiap gambar yang ada.

Untuk para peminat Neelofa, anda bolehlah menatap sungguh-sungguh wajah Neelofa selepas ini ya. Biar gambar menceritakan segalanya.

Foto: Felix AF3 Dikurniakan Cahaya Mata Pertama

Posted: 17 Apr 2012 10:40 PM PDT

Kalau isteri Nabil dikhabarkan sudah hamil lebih 5 minggu, lain pula ceritanya di Sabah. Felix Agus, pelajar dari Akademi Fantasia 3 telahpun bergelar bapa kerana pada 13 April yang lepas, dia telah dikurniakan cahaya matanya yang pertama.

Menurut sumber, Felix dikurniakan seorang bayi lelaki dan selamat dilahirkan di sebuah hospital di Kota Kinabalu. Apa yang lebih menarik, selang 10 hari selepas Felix menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-30, dia dikurniakan pula hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya.

Untuk pengetahuan, Felix Agus dan Lydia Larius Gojih, 27, telah berkahwin pada 17 September tahun lepas di sebuah gereja di Sabah. Apa pun, tahniah dari OHBULAN! untuk Felix ya!

sumber : myartis