Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Yana Samsudin di Karpet Merah ABPBH2011

Posted: 09 Apr 2012 09:16 PM PDT

HOME | Arkib | Tentang Penulis | Hubungi | XML Sitemap | Advertise | Disclaimer | Subscribe | Add to bookmark (Ctrl+D)

© 2007 - 2012 Budiey.com (Sensasi Selebriti)

Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.

Sensasi Selebriti dijana oleh WordPress 3.3.1

Budiey Mencari 10 Pembaca ke Tayangan Eksklusif BERANI PUNYA BUDAK

Posted: 09 Apr 2012 06:56 PM PDT

Kepada #Budieyators yang teringin sangat nak menghadiri Majlis Tayangan Eksklusif Filem BERANI PUNYA BUDAK bersama pelakon-pelakon seperti Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak & lain-lain lagi, jomlah join peraduan ni. Mana tahu, untung nasib dapat 2 tiket untuk join!

Kalau anda boleh hadir, nah! Ini antara peluang anda untuk menjadi penonton pertama menyaksikan filem aksi komedi terbaru yang pasti happening ni.

Filem BERANI PUNYA BUDAK arahan Afdlin Shauki ini membariskan pelakon seperti Afdlin Shauki yang membawa watak sebagai Tong,  Johan Raja Lawak sebagai Detektif Azlan, Awie sebagai John, Nabil Ahmad sebagai adik John, Sharifah Sofia memegang watak sebagai Meaw & ramai lagi lah.

Sinopsis BERANI PUNYA BUDAK

Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.

Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?

Saksikan kisah seterusnya dalam filem aksi komedi, BERANI PUNYA BUDAK di pawagam bermula 26 APRIL 2012!

"Kalau takut dipukul gangster, jangan berumah dekat rumah gengster…"

Poster Berani Punya Budak (resize)
Sensasi Selebriti – Budiey.com ingin memberikan 5 pasang pass PERCUMA (10 tiket) untuk pembaca budiey.com #Budieyators yang boleh menghadirkan diri di Tayangan Eksklusif Filem  BERANI PUNYA BUDAK yang akan diadakan pada:
Hari & Tarikh:
Hari Khamis | 12 April 2012
Masa:
7 malam

Tempat:
Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara

BAGAIMANA CARANYA?

1. Jawab soalan ini:

Sebutkan Fan page Berani Punya Budak

Saya ingin hadir di Majlis Tayangan Eksklusif Filem Berani Punya Budak kerana… (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi di emel anda:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

11 April 2012

Tajuk Email: Saya Mahu Ke Tayangan Eksklusif Filem Berani Punya Budak - Budiey.com

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Keputusan juri adalah muktamad.
  6. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom tonton trailer filem BERANI PUNYA BUDAK

Fan page Berani Punya Budak : www.facebook.com/beranipunyabudak

Berani Punya Budak

Berani Punya Budak

Berani Punya Budak

Berani Punya Budak

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Berani Punya Budak
  • Sinopsis Poster Filem Berani Punya Budak
  • Trivia: Belakang Siapa Ini?
  • Budiey Mencari 30 Pembaca ke Majlis Tayangan Eksklusif Filem AL-HIJAB
  • Video Klip Lagu Jika Engkau Pergi Imran Ajmain
  • Jawapan Trivia: Nabila Huda HOT!
  • Sinopsis Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin
  • Budiey Mencari 10 Pembaca ke Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK
  • Gambar Julia Ziegler di Festival Filem Malaysia 21
  • Gambar Seksi Fasha Sandha di Pelancaran Majalah Lisa
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan