Adsense

Jumaat, 27 April 2012

Celebrity News

Celebrity News


Panas : Video Seks Tokoh Politik Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan

Posted: 27 Apr 2012 09:05 AM PDT

Pihak berkuasa Indonesia akan melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan penglibatan dua tokoh politik pembangkang Indonesia dalam satu skandal video seks yang menggemparkan republik ini. Fokus siasatan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana kebenaran penglibatan pasangan tokoh politik daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dalam video tersebut.

Pemimpin lelaki dan wanita dalam video selama satu minit itu didakwa menyerupai Ahli Parlimen Jawa Tengah, Aria Bima dan Ahli Parlimen Kalimantan Barat, Caroline Margareth Natasha. Polis dalam siasatannya akan mengenal pasti punca penyebaran video seks itu termasuk menjejaki pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya di Internet.

"InĂ­ merupakan jenayah siber. Polis akan melakukan siasatan rapi dengan bantuan pakar," kata jurucakap Polis Indonesia, Boy Rafli Amar. Akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan, video berkenaan pernah dimuat naik di dua laman web iaitu kilikitik.net dan indonesiarayanews.com. Aria, bagaimanapun awal-awal menafikan penglibatan beliau dalam video seks itu.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa saya bukan individu yang terlibat dalam video seks itu. Saya masih menyelia laporan media mengenai skandal itu," jelas Aria seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post semalam. Seorang tokoh politik kanan daripada PDI-P, Pramono Anung yang merupakan rakan Aria, menafikan rakan seperjuangannya itu terlibat dalam video seks berkenaan.

"Penampilan fizikal dalam video itu tidak menyamai Aria," tegas Pramono mempertahankan rakannya. Skandal seks melibatkan tokoh-tokoh politik bukan lagi perkara baru di Indonesia biarpun belum ada mana-mana pemimpin yang terlibat dipenjarakan. .

Sumber : Jakarta Post

ZoOm : Dekat seberang pun ada kes macam ini, namun bagi ZoOM sekarang perangai ayam nampak di kaki...tetapi perangai pemimpin hanya mereka yang kenal je tahu.

APA KOMEN ANDA ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

7 Gambar Dan Video Majlis Akad Nikah Fasha Sandha Dan Jejai

Posted: 27 Apr 2012 08:27 AM PDT



Pelakon popular, Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha telah melangsungkan majlis pernikahannya bersama pasangannya Toh Muda Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai yang juga merangkap anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib lebih kurang jam 9.45 malam 27 April 2012.

Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.


Sumber :Blog Cthoney

 Gaya rambut bakal isteri Jejai
 Ruang yang dihias dengan penuh indah berseri dengan dihadiri oleh sanak saudara dan rakan taulan.

 Jejai nampak sudah bersedia memikul tanggungjawap sebagai seorang suami

VIDEO 


ZoOM : Apa kata anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now