Adsense

Khamis, 29 Mac 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Keseimbangan cinta Awal, Scha

Posted:

Keseimbangan cinta Awal, Scha


AKSI-Aksi pasangan Awal dan Scha Al-Yahya sewaktu sidang akhbar pengumuman pernikahan mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Bercerita lanjut tentang persiapan perkahwinan mereka, Awal dan Scha memberitahu semuanya berjalan dengan baik dan kini sudah siap hampir 70 peratus.

Mereka cukup bertuah kerana menggunakan perancang perkahwinan terkenal, Flora, etc... yang telah mengatur segala persiapan dengan baik dan lengkap.

Sementara itu untuk kedua-dua majlis itu nanti, Awal dan Scha akan menyarungkan busana daripada koleksi Brides by Syaiful Baharim.

"Kami mengakui tidak dapat mengelak daripada memikirkan tentang tekanan yang perlu dihadapi sepanjang persiapan dilakukan.

"Apatah lagi selepas beberapa majlis perkahwinan sahabat kami berlangsung dengan meriah dan jayanya, ramai yang mahu melihat majlis kami juga seperti itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Ernie tidak tumpang Aiman

Posted:

Ernie tidak tumpang Aiman

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


Ernie selesa mendapat bimbingan daripada Adi ketika rakaman di studio Nar, di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KALAU sebut nama Ernie Zakri, pasti ada yang tertanya-tanya, apakah dia seorang penyanyi atau pelakon dan drama atau lagu apakah dipopularkannya?

Sebenarnya Ernie Zakri atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 20, adalah juara Bintang RTM 2009 dan telah menghasil album sulung berjudul Sinaran pada tahun 2011.

Biarpun bergelar juara namun bintangnya tidak begitu bersinar seperti bakat baru yang dicungkil daripada program realiti terbitan stesen televisyen lain.

Pun begitu Ernie bertuah kerana tujuh lagu daripada albumnya itu dijadikan lagu latar drama bersiri Ashiteru lakonan Afiq Muiz dan Erin Malik yang disiarkan di TV9 sebelum ini.

Antaranya adalah Mau Ingin Bercinta, Bicara Cinta, Ku Perlukan Mu dan Pandangan Bererti.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.