Adsense

Khamis, 29 Mac 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Zarina Anjoulie Sudah Tidak Sabar Mahu Menimang Anak

Posted: 29 Mar 2012 09:53 PM PDT

Tahniah, bukan sebab sudah mahu dapat anak, tapi tahniah Zarina Anjoulie kerana tidak lama lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka pilihan yang OHBULAN! sendiri belum tahu siapakah identiti lelaki yang telah mencuri hati selebriti yang memang dikenali dengan kelantangannya bersuara.

Namun begitu, apa yang lebih menarik, jika orang lain mungkin sudah pening kepala memikirkan macam-macam perkara untuk majlis bersejarah mereka, Zarina Anjoulie pula sudah tidak sabar mahu menimang anak. Dalam kenyataan terbarunya di Twitter, dia telah menulis bahawa dia sudah tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri.

Baguslah kalau begitu, OHBULAN! turut tumpang gembira dengan kenyataan Zarina ini. Apa pun, semoga apa yang diimpikan oleh Zarina akan menjadi kenyataan ya!

Breaking News + Foto : Bangunan Suria KLCC Terbakar!

Posted: 29 Mar 2012 03:36 AM PDT

Foto kredit Malikridhwan

Kebakaran yang tercetus daripada restoran Chinoz menyebabkan pihak pengurusan mengambil langkah keselamatan dengan menyuraikan orang ramai daripada mercu tanda Malaysia, KLCC sebentar tadi.

Berdasarkan trending di Twitter, letupan kecil yang disyaki daripada kebocoran gas di bahagian ruangan dapur Chinoz telah berjaya dikawal oleh pihak berkuasa. Insiden seperti ini merupakan pertama kali yang seumpamanya berlaku.

Difahamkan, tiada kecederaan terhadap pengunjung KLCC dan api berjaya dipadamkan.

Update akan diberitahu daripada masa ke semasa.