Adsense

Ahad, 25 Mac 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto: Filem “Ombak Rindu” Diabadikan Dalam Bentuk Setem!

Posted: 25 Mar 2012 10:25 PM PDT

Terkejut OHBULAN! apabila mendengar bahawa kini filem "Ombak Rindu" boleh dilihat di setem keluaran Pos Malaysia!

Kalau sebelum ini, "Ombak Rindu" adalah filem yang dihasilkan melalui novel tulisan Fauziah Ashari, kini setem "Ombak Rindu" pula dicetak melalui filem arahan Osman Ali, ironik kan?

Menurut Meow.my, melalui kerjasama antara Tarantella Picture, Astro Shaw dan Pos Malaysia, setem edisi terhad ini telah dicetak sebanyak 1000 unit album setem dan folder koleksi. Setem 'Ombak Rindu" edisi terhad ini telah mula diedarkan di 14 Pos Laju terpilih di seluruh Malaysia. Anda boleh dapatkannya bermula hari ini, 25 Mac 2012.

Namun bagi yang tidak berkesempatan untuk keluar membeli, anda boleh layari Postme.com.my dan terus beli dari sana. Kepada pengumpul setem di seluruh Malaysia, jangan teragak-agak pula ya untuk membeli setem edisi terhad "Ombak Rindu" ini!

Britain’s Got Talent : Duo Opera Charlotte & Jonathan, Pemalu Tapi Berbakat!

Posted: 25 Mar 2012 10:04 PM PDT

Bersedia untuk menghayati suara duo opera yang pemalu dan introvert, Jonathan & Charlotter Jaconelli yang dicungkil bakatnya daripada rancangan realiti Britain's Got Talent.

Bermula dengan sedikit gugup, Jonathan dan Charlotte terus menangkap perhatian penonton dengan lontaran suara di bahagian chorus lagu "The Prayers – Josh Groban & Charlotte Church".

Simon Cowell pada mulanya agak skeptikal dengan persembahan mereka berdua. Bagaimanapun, dia berpendapat persembahan Jonathan masih kuat walaupun jelas gementar di atas pentas.

Tonton video di sini.