Nuffnang

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Rumah Mawi dirompak 4 lelaki bersenjatakan pedang samurai

Posted: 26 Mar 2012 01:10 AM PDT

rumah mawi di rompak
kegembiraan Mawi yang baru sahaja menimang cahaya matanya yang pertama diuji dengan kejadian yang kurang menyenangkan.. Rumah banglo Mawi di sebuah kelab golf di Bandar Baru Bangi telah dimasuki perompak yang bertopeng awal pagi tadi.. Rompakan yang berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi telah berjaya melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Semasa Kejadian, Perompak yang memecah masuk melalui pintu belakang rumah Mawi telah mengikat Mawi, Ekin, ibunya dan neneknya.. manakala anak sulung Mawi, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apa kan oleh mereka.. Perompak yang bersenjatakan pedang samurai tu telah memaksa kesemua penghuni rumah menyerahkan barang-barang berharga.. dianggarkan barangan berharga hampir RM10,000. telah berjaya dilarikan oleh perompak tu..

Apa-apa pun kesemua mereka telah selamat sekarang.. MyGosip harap Mawi dan keluarga tabah menghadapi dugaan ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya Secara Live di Propaganza

Posted: 25 Mar 2012 02:56 PM PDT

awal lamar scha
Sesiapa yang menonton Propaganza semalam pastinya perasan yang Awal Ashaari telah melamar Scha Al-Yahya untuk menjadikan Scha Al-Yahya seseorang yang halal buatnya.. Kejutan yang dibuat Awal Ashaari yang diadakan secara langsung tu begitu menyentuh perasaan Scha Al-Yahya sehingga kedua-dua mereka menitiskan air mata.. Walaupun agak terkejut, Scha Al-Yahya tetap menerima lamaran Awal Ashaari dalam keadaan yang sebak dan terpinga-pinga…

Semasa lamaran tu dilakukan, Scha Al-Yahya telah menerima sebentuk cincin berlian dan selepas itu Scha menerima lagi sejambak bunga ros dan seekor patung beruang yang besar.. Awal juga memberitahu yang dia sudah lama menanti hari yang sesuai untuk melamar Scha dan hari itu adalah hari yang paling sesuai sekali kerana hari itu adalah hari ulang tahun percintaan mereka berdua yang ke 2 tahun 6 bulan…

Apa-apa pun MyGosip ucapkan tahniah buat Awal dan Scha.. sama-sama lah kita tunggu 27 mac ni untuk mengetahui tarikh pertunangan mereka pula..

hadiah yang diterima scha sempena lamaran awal
Gambar oleh Haswari Ali

Kalau korang tak sempat nak tengok propaganza tengah hari semalam.. korang boleh la tengok video lamaran awal kepada scha kat bawah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan