Nuffnang

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Miley Cyrus Sudah Bertunang?

Posted: 26 Mar 2012 08:24 AM PDT

Artis Popular Miley Cyrus telah mengemparkan para peminatnya apabila fotonya, memaparkan kukunya yang baru diwarnakan ke akaun Twitter nya telah mencetuskan perbualan hangat apabila terdapat sebentuk cincin pada jari Miley Cyrus.



Dengan foto tersebut tercetuslah pelbagai persoalan dan ada yang mengatakan kekasihnya itu adalah Liam Hemsworth sebagai tunangnya.


Pada entri Twitter tersebut, Miley menyatakan bahawa dia sangat menyukai warna kuku yang baru dibuatnya.



"Saya begitu teruja dengan kuku yang dibuat oleh @jennahipp! Ia membuatkan ia kelihatan cantik dan klasik! Lihatlah!," kata Miley dalam entri berkenaan.

Dalam pada itu Miley turut menyatakan perasaan sayangnya terhadap Liam dalam entri berkenaan.

"Saya hidup dengan tiga orang yang sangat menyayangi diriku, seorang kekasih yang kacak, keluarga dan 5.2 juta peminat-peminat yang dicintai," katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini menurut sumber, Miley masih lagi merahsiakan perkara tersebut tetapi telah pun merancang ke arah perkahwinan.

"Liam begitu menyayangi Miley. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi penyanyi itu dan mereka pernah berbincang untuk mendirikan rumah tangga bersama," ujar sumber itu.

Persoalannya sekarang adakah Miley sudah bertunang atau sebaliknya?



Video Miley mahu tinggalkan Akaun Twitternya..

Rumah Mawi kena rompak kerugian bernilai RM 10,000 dilarikan

Posted: 26 Mar 2012 07:26 AM PDT

Rumah banglo Mawi yang dianggarkan 2 juta, telah dimasuki perompak, dalam keadaan yang begitu kucar kacir, Asmawi hanya kedengaran " JANGAN BISING.. BERIKAN DUIT, EMAS, itu lah kata-kata yang diungkapkan oleh perempok yang pecah masuk kediamannya yang terletak di BANGI GOLF RESORT kira-kira jam 4.30 kejadian tersebut berlaku.

Mengikut laporan TV3 menerusi Buletin 1.30, Mawi dan ahli keluarganya telah di'ikat dan barangan bernilai lebih RM10,000 telah di'larikan oleh perompak.



Berikut adalah petikan yang telah dipetik dari sinarharian

Menurutnya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat dan isterinya, Nora'Asikin Rahmat membuka pintu kerana menyangkakan ada kecemasan ekoran neneknya Salmah Sahan, 77, tidur di bilik sebelah.

"Ekin buka pintu dan tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku sebelum terkejut diacukan parang ke leher oleh salah seorang daripada tiga penjenayah yang berdiri di pintu bilik utama.

"Seorang daripada mereka sedang menggeledah bilik sebelah sementara tiga lagi membawa nenek ke bilik kami dan mengikat kaki dan tangan saya, isteri, nenek mertua dan ibu mertua, Fatimah Saad, 55 yang berada di dalam bilik utama ketika itu," katanya.

Mawi berkata, perompak tersebut merampas rantai emas yang dipakai neneknya dan juga wang tunai serta empat telefon bimbit dianggarkan kerugian yang dialami sekitar RM10,000.

Beliau berkata perompak kemudian melarikan diri menerusi tingkap di bahagian dapur.

Mawi, yang masih trauma dengan kejadian itu, berkata beliau dapat menyelamatkan dirinya dan anggota keluarganya dengan membuka ikatan menggunakan giginya.

"Selepas itu saya terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk membuat laporan," katanya.

Mawi berkata beliau beliau tidur lewat selepas pulang daripada promosi Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Johor Baharu kira-kira 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan bagi rompakan berkumpulan dan rompakan bersenjata.


Mawi menunjukkan rumah mawi dirompak

Diharapkan Mawi serta keluarga tabah menghadapi dugaan yang tidak diduga ini, dan biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas ini, PDRM pastinya menjalankan tugas yang terbaik kes ini.

Wayne Rooney Rembat Peminat Berusia 9 tahun

Posted: 25 Mar 2012 08:41 PM PDT

Pada mulanya agak terkejut apabila membaca satu artikal dari Yahoo Enttertainment bahawa Rooney telah merembat bola secara liar pada peminat berusia 9 tahun ketika menyaksikan perlawanan United melawan Wolves.

Rooney cukup kecewa diatas kejadian tersebut selepas kejadian memanaskan badan. Walaubagaimanapun Rooney mengaku bahawa selepas kejadian tersebut dia tidak mengetahui bahawa peminat cilik Manchester United mengalami kecederaan di pergelangan tangan Jamie Thomas selepas ia berjaya menghalang bola dengan tangannya

Thomas tetap menonton perlawanan separuh masa pertama tapi selepas itu dikejarkan ke khemah rawatan kecemasan selepas lengannya membengkak pada waktu rehat.

Petugas perubatan mengejarkan kanak-kanak itu ke hospital dengan tangan yang dipakaikan plaster penyokong.


Rooney tidak menyedari insiden itu namun sebaik menyedarinya, dia menggunakan laman Twitter memohon maaf kepada kanak-kanak terbabit dan berjanji akan menghantar hadiah istimewa.

"Saya mohon maaf. Saya sedang menulis surat dan akan menandatangani baju yang bakal dihantar ke rumahnya." Thomas menonton wira Unitednya di separuh masa pertama bersama bapanya Andy, yang memberi kenyataan kepada akhbar Shropshire Star: "Dia agak terkejut tapi tiada apa-apa berlaku kepadanya dan saya tidak rasa insiden itu akan membuatkannya menjauhkan diri daripada menonton perlawanan lain."

Walau bagaimanapun perlawanan tersebut telah berpihak kepada Machester United berkesudahan United menang keadtas Wolves, 5-0 Ahad lalu.

Rowan Atkinson (Mr Bean) Terima Filem Indonesia jadi Pocong

Posted: 25 Mar 2012 08:16 PM PDT


Rowan Atkinson kini lebih memberi perhatian filem di Indonesia berbanding Malaysia betul ker? Pelakon terkenal siri komedi "Mr Bean", Rowan Atkinson bakal terjun ke dunia perfileman Indonesia apabila dia akan bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram terbaru Depe.

Depe nyata gembira kerana berpeluang berlakon dengan pelawak terkenal Rowan Atkinson.

"Ya, sekarang ini saya tengah buat penggambaran untuk filem terbaru. Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berlakon bersama dengan Rowan Atkinson,"ujar bekas isteri Saipul Jamiell kepada KapanLagi.

Depe turut memberitahu bahawa filem ini akan diberi judul "Mr Bean Kesurupan Depe".

"Dalam filem ini nanti, Rowan memegang watak sebagai pocong. Kebetulan anak saya, Gabriel sangat suka pada Rowan. Jadi ini adalah peluang untuk saya berlakon bersama dia,"kata Depe.

Sementara itu, ketika Depe ditanya tentang berapa jumlah bayaran yang dikeluarkan penerbit filem, KK Dheraj untuk mendapatkan Rowan Atkinson untuk ke dunia filem Indonesia, Depe enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan