Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pengacara Persembahan & Penyampai Anugerah ABPBH2011

Posted: 14 Feb 2012 11:01 PM PST

Seperti yang Budiey war-warkan kepada anda di Twitter dan Fanpage Budiey.com, pada petang ini jam 3 petang telah berlangsungnya satu lagi sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. Tujuan sidang media diadakan adalah untuk mengumumkan barisan pengacara, tema penganjuran, senarai artis yang akan buat persembahan dan juga selebriti yang akan menyampaikan anugerah di malam berprestij itu.

Sidang media kali ini juga telah menampilkan fesyen-fesyen yang sesuai dengan tema yang ditetapkan dan ia digayakan dengan elegan oleh beberapa selebriti ternama. Antaranya Fouziah Gous telah mengenakan rekaan Wanpa.

Hanya tinggal sejam saja lagi sebelum acara bermula! Debarannya kian terasa. Siapakah yang bakal mengacara ABPBH 2011? Siapa yang bakal membuat persembahan? Desas-desus mengatakan senarai persembahan kali ini sangat panjang ya! Siapakah yang bakal menggegarkan persada hiburan negara pada malam kemuncak ABPBH 2011? Pergh! Semua orang dah tak sabar nak tunggu ni.

Oh ya, Berita Harian juga selaku penganjur akan mengumumkan tema untuk ABPBH2011 pada hari ini.

Seperti anugerah yang lain, ABPBH memang tak lepas akan buat beberapa sidang media. Jadi, ini adalah sidang media yang ketiga untuk ABPBH2011 yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland pada 8 April 2012 ini. Korang ada tiket ke belum? Ha, nak tiket ada caranya. Korang carilah sendiri ya. Hehe.

Sidang media sebelum ini telah pun mengumumkan senarai penuh finalis atau TOP 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang dilihat masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan setiap calon ada peluang menang. Ini bergantung kepada undian daripada pembaca dan peminat. Jadi, korang kenalah undi sebab minat saje tak penting ya. Undi yang penting.

Antara artis yang datang awal ialah penyanyi yang baru bertunang iaitu Farhan dan pereka fesyen Fitri AF2. Wah! Nampak makin berseri wajah Farhan selepas bertunang ya.

PC ABP 3

Juga tak ketinggalan kumpulan anak muda yang diketuai oleh Adam ini iaitu VIP turut hadir. Dengarnya, mereka akan buat persembahan.

PC ABP 3

Pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Sheera juga turut hadir. Beliau adalah pengacara untuk anugerah ABPBH kali ini.

Sharifah Shahirah

Pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian:

  1. Sharifah Shahira
  2. Raja Azura
  3. Didie Alias
  4. Zizan Razak

Tahniah! kepada ke-empat-empat pengacara ini, Sharifah Shahira, Raja Azura, Didie Alias & Zizan Razak kerana dilantik jadi hos Anugerah Bintang Popular 2011. Sila lakukan yang terbaik agar penonton tak akan bosan nanti. Sorry ya, Johan yang kira King of Pelawak kat Malaysia takde dalam senarai. Sedih!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Gambar Kartini Pengacara 3R Musim Terbaru di Anugerah Skrin 2007
  • Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
  • Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2007
  • Senarai Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular 2011
  • Gambar Kak Engku di Sidang Media Kilauan Emas
  • Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira Pengacara ABP 2008
  • Selebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010
  • Profile Jimmy Shanley Pengacara Trek Selebriti
  • Trivia: Beg Kuning Penyampai Radio Mana ni
  • Pengalaman Manis Aizat di New Zealand dalam Aizat Gegar NZ

    Posted: 14 Feb 2012 09:58 PM PST

    Ini khusus buat pembaca budiey.com yang meminati penyanyi remaja berbakat besar Aizat Amdan, apa kata anda tanda atau mark kalendar anda bermula 20 Februari 2012 ini kerana TV9 akan menayangkan pengembaraan, perjalanan, segala detik manis dan kenangan pahit masam kelat Aizat semasa berada di New Zealand bersama dengan keluarga tahun lepas dan segalanya dirakam menjadi sebuah program berbentuk traveloque.

    Jyea! Budiey pun tak sabar nak tonton sebab Budiey pun juga pernah ke sana. Tapi kali ini, nak tengok pengalaman Aizat sebab tengok pada trailer tu, memang gempak siot!

    Aizat

    Program realiti terbitan oleh syarikat pengurusan Aizat sendiri iaitu Kasi Gegar Entertainment itu akan disiarkan pada jam 10.30 malam dalam slot 9X, yang mana slot terbaru ditujukan khas untuk golongan remaja.

    Saksikan trailer Aizat Gegar NZ:

    Budiey difahamkan segala rakaman video pengalaman Aizat melancong di New Zealand ini menggunakan khidmat videografi yang cemerlang sekali dari CST Productions. Antara lokasi menarik yang dilawati oleh Aizat bersama 28 orang anggota keluarganya ialah Christchurch, Queenstown, Te Anau, Milford Sound dan Wanaka yang terletak di South Island, New Zealand.

    Rombongan Aizat menggunakan 5 buah campervan dan sebuah kereta untuk ke satu lokasi ke lokasi yang lain sepanjang 10 hari mereka di sana.

    Antara aktiviti menarik ialah antaranya Sky Diving setinggi 15,000 kaki dari atas di Sky Dive, Wanaka, Luge Ride di Skyline Queenstown, Bungee Jumping di AJ Hackett Bungy, Queenstown dan banyak lagi.

    Aizat

    Fuhyooo dapat sijil selepas buat terjun Bungee

    Budiey rasa Budiey dapat rasa keseronokkannya kerana Budiey pernah berkunjung di Skyline & AJ Hackett Bungy di bandar Queenstown tu pada tahun lepas. Memang best betul.

    Selain itu, Aizat juga telah menghiburkan peminatnya yang terdiri daripada pelajar Malaysia di Universiti Christchurch.

    Jadi, Budiey kira program traveloque ini sangat unik dan lain dari apa yang dipaparkan di kaca TV sebelum ini kerana program ini ada unsur-unsur realiti TV dan taklah satu program yang membosankan untuk kita tonton. Sinematografi dan juga visual pelbagai sudut serta gambar menarik yang diambil oleh CST Productions juga banyak membantu menjadikan program traveloque ini wajib ditonton. Tambahan pula ia menjadi satu panduan berguna untuk semua yang mahu melancong ke New Zealand. Manalah tahu, pada masa depan, anda akan ke sana. Jadi senang sikit untuk mengetahui destinasi menarik yang ada kat sana.

    Ditanya tentang peristiwa pelik semasa berada di sana, Aizat memberitahu yang rombongan dikejutkan dengan satu kejadian di mana seluruh bandar Queenstown black-out sebaik sahaja mereka sampai di sana. Panik jugaklah sekejapkan. Risau takut ada bencana alam yang boleh menimpa mereka pada bila-bila masa sahaja. Minta dijauhkan segala bala lah ya.

    Semasa berada di Queenstown pula, Aizat ada buat kejutan untuk umi (ibu Aizat) yang jatuh pada hari tersebut.

    Selebihnya, kalau korang nak tahu apa lagi pengalaman dan merasai keseronokan Aizat di New Zealand, kenalah tonton traveloque ini.

    Sebenarnya, menurut Aizat lagi, ini bukanlah kali pertama Aizat melancong ke luar negara bersama keluarganya, namun jumlah seramai 28 orang tu menjadikan travel kali ini adalah yang paling ramai bilangannya. Keseronokan memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata kerana memang best bila semua berkumpul dan dapat bergerak secara konvoi ke satu tempat ke satu tempat lain bersama-sama dengan naik campervan. Kecoh & happening! Paling exciting bila dapat berpeluang bungy jumping dan terjun dari kapal terbang (sky dive) yang menjadi salah satu aktiviti yang Aizat dah lama teringin sangat nak buat. Cuma apa yang agak sedih apabila Aizat agak sedih bila ayah Aizat tak dapat join trip ini sebab di saat akhir ayah Aizat dapat surat untuk menunaikan ibadah haji.

    Nak tahu lebih lanjut, jangan lupa saksikan Aizat Gegar NZ mulai 20 Februari, Setiap Isnin, 10.30 malam. Saksikan aksi-aksi bertenaga, cemas dan mencuit hati adik-beradik dan sepupu-sepupu Aizat yang menjalankan aktiviti-aktiviti mencabar seperti menaiki speedboat di tengah lautan, terjunan bungee dan mencuba tarian kaum asli Mouri di sana.

    Aizat

    Keterujaan dan semangat berani Aizat begitu teruji dengan keberaniannya untuk terjun dari udara.

    Aizat

    Aizat

    Aizat

    Aizat

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Aizat Amdan di Anugerah Juara Lagu Ke 26
  • Promo: Movie Day Out Bersama Aizat AF5
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Kad Raya Dari Aizat Yang Kreatif
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama
  • Aizat Teruja Mahu Belajar Muzik di United Kingdom
  • Gambar Aizat Amdan di Malam Gala SimplySiti
  • Gambar Aizat di Majlis Pelancaran Album CTKD
  • Poster Preview – Majlis Meraikan Peminat
  • Video Aizat Nyanyi Lagu Kau dan Aku di Pelancaran Anugerah Skrin 09
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan