Adsense

Rabu, 14 Disember 2011

Sensasi

Sensasi


Kisah Belalang Emas dan Nabi Ayub A.S

Posted: 13 Dec 2011 10:55 AM PST

Diceritakan, ketika Nabi Ayub AS sedang mandi tiba-tiba Allah SWT mendatangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis lengan bajunya agar belalang jatuh.

Lantas Allah SWT berfirman: "Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?"
Nabi Ayub AS menjawab: "Ya benar, wahai Sang Pencipta! Demi keagungan-Mu apalah makna kekayaan tanpa keberkahan-Mu."

Kisah di atas menegaskan betapa pentingnya keberkatan atau keberkahan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kekayaan tidak akan membawa erti tanpa ada keberkahan. Dengan adanya keberkahan, harta dan rezeki yang sedikit akan bolehterasakan mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkahan rezeki yang meskipun banyak akan terasakan sempit dan menyusahkan.

Agar rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita menjadi berkah, Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak sedekah. Sabda Rasulullah SAW:
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah."

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan:
"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhanku, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah'. Yang satu lagi menyeru, 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya'."

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah SWT. Orang yang kedekut dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak ada keberkahan. Jadi, sejatinya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab, menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah, dan sebaliknya menahannya adalah celaka.

Kanak-Kanak Iraq yang menyaksikan pembunuhan keluarganya

Posted: 13 Dec 2011 10:46 AM PST

samar hassan

Samar Hassan,seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun, menjerit dan bercucuran darah setelah tentera Amerika melepaskan tembakan ke kereta keluarganya di bandar utara Tal Afar pada bulan Januari 2005. Gambar ini diambil oleh Chris Hondros, seorang fotografer dari the Getty Images. Chris Hondros sendiri akhirnya terbunuh semasa konflik di Misurata, Libya baru-baru ini.

samar-hassan

Selepas 6 tahun berlalu, Samar Hassan tidak pernah mengetahui bahawa kejadian tersebut telah rakam oleh seorang jurugambar.

Dan pada bulan May lalu dia ditunjukkan gambar-gambar mengenai kejadian tersebut melalui laptop seorang saudaranya.

Inilah reaksi Samar hassan melihat gambarnya semasa kanak-kanak

Catatan : Sejak perang Iraq bermula, ramai tentara Amerika kemudian menjadi tertekan, stress, gila….. kerana tidak pernah menyangka bahawa perang yang mereka jalankan ternyata membuat ramai kanak2 Iraq mengalami penderitaan yang luar biasa..

Transformasi Mekap: Perempuan mekap jadi Lelaki

Posted: 13 Dec 2011 10:29 AM PST

Haha perempuan nak mekap untuk menyerupai lelaki...
Yang belah kiri adalah perempuan and yg kanan adalah lelaki yg ditiru..amacam?same tak??




















Ahmad Dhani kerap bekam sehingga hilang banyak darah dan hampir pitam

Posted: 13 Dec 2011 10:15 AM PST


Dipetik daripada laporan Kapan Lagi, Dhani dikejarkan ke hospital selepas hilang keseimbangan dan hampir pitam selepas bangun daripada tidur.

Selepas pemeriksaan dijalankan terhadap penyanyi Dewa 19 ini, doktor mendapati sel darah Dhani berada di angka 7 daripada angka normal iaitu 12 serta telah kehilangan 1.5 liter darah merah. Malah doktor turut memberitahu beberapa kemungkinan perkara itu berlaku iaitu sama ada berlakunya pendarahan dalam badan atau kelainan darah.

Menurut sumber rapat Dhani, dia memberitahu bahawa sebanyak 100cc darah dibuang setiap kali penyanyi berusia 39 tahun melakukan terapi bekam.

Walaupun disaran melakukan pemindahan darah dengan segera untuk mengelak daripada pitam, Dhani tetap enggan melakukannya kerana tidak mahu darahnya bercampur dengan darah orang lain.

Oleh itu peguam Dhani, Lidia Wongso telah menyuruh kliennya bertemu Prof. Dr. Budi Warsono iaitu pakar hematologi di Surabaya untuk pemeriksaan lanjut.