Adsense

Rabu, 14 Disember 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Apple iPhone 4S Launch Events in Malaysia

Posted: 14 Dec 2011 11:02 PM PST

Apple iPhone 4S to be launched in Malaysia by 3 local telcos: Maxis, DiGi, and Celcom at the same day – 16th December 2011. 3 telcos will have own iPhone 4S launch event in the 15th night. Read on for the details.

apple-iphone-4s

Pada hari ini 16 Disember 2011, ya hari ini dalam sejarah la kiranya, di mana telefon bimbit terkenal buatan Apple iaitu iPhone 4S akan dilancarkan serentak oleh 3 syarikat telco utama di Malaysia: Maxis, DiGi dan juga Celcom. Sesiapa yang nak beli, kenalah beratur panjang dan terlebih awal kena pre-register di laman web yang berkenaan.

Ini dia tiga lokasi yang akan menjadi tumpuan peminat iPhone 4S pada malam nanti:

Maxis iPhone 4S launch
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre, Ground Floor, Exhibition Hall 1 (Google Maps)
Date: 16th December 2011
Time: 12:00am – 3:00am

DiGi iPhone 4S launch
Venue: DiGi 360° SoHoKL outlet, Solaris Mont Kiara (Google Maps)
Date: 16th December 2011
Time: 12:00am

Celcom iPhone 4S launch
Venue: La Bodega, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur (Google Maps)
Date: 16th December 2011
Time: Queue starts at 9am (15 Dec), Sales start at 12am (16th Dec)

Adakah anda juga menjadi salah seorang yang akan beratur panjang malam ni?

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Maxis to Bring iPhone 3GS to Malaysia on 31 July
  • Maxis iPhone 4 Malaysia Pakej Plan
  • Creative Advertisement iPhone4 in Japan Subway
  • Harga iPhone 4 Apple di Malaysia (Unofficial)
  • Maxis to Bring iPhone 3G to Malaysia on March 20
  • Maxis Launches iPhone 3GS in Malaysia
  • PRICE MAXIS IPHONE 3G LAUNCH KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
  • TomTom App for iPhone 1.9 now available & Optimised for iPad
  • TomTom App for iPhone optimised for iPad
  • List Data Plan Price iPhone4 Malaysia Maxis
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Sekitar Prebiu Media FIlem Suatu Malam Kubur Berasap

    Posted: 14 Dec 2011 05:51 PM PST

    Pada 13 Disember 2011, jam 8 malam yang lalu Budiey telah menghadiri satu Majlis Tayangan Media untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Boleh dikatakan semua para pelakon utama yang menbintangi filem ini turut hadir. Antaranya ialah Angah Raja Lawak, Along Cham, Azrul Zaidi, Nurul Ain dan juga pendatang baru yang belum diperkenalkan dalam filem lain iaitu Wira dan Faiz Raja Lawak.

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Filem yang diterbitkan bersama oleh Ernie Chen (Penerbit Ekskutif). Lili Salhani bt Ismail (Penerbit) dan Manje (selaku Penolong Penerbit) ini menggandingkan lakonan mantap dari pelakon veteren iaitu Allahyarham Zami Ismail, Acappan dan Ruminah Sidek.

    Uniknya prebiu filem kali ini, media diberi peluang untuk menemubual para pelakon dan pengarah sebelum dan sesudah tayangan filem. Mungkin perkara ini membuatkan media merasa pelik, namun pihak Outloud Studios sengaja untuk memberikan peluang keemasan untuk media mengenali dan memahami sinopsis cerita terlebih dahulu.

    Semasa sidang media selepas tayangan pula, Budiey lihat ramai sekali media yang bertanyakan soalan tentang filem ini kepada pengarah. Maklumlah, ini adalah filem pertama daripada Ernie Chen dan pastinya percubaan kali pertama memberi respon yang pelbagai dari khalayak media.

    Apa-apa pun respon yang diberikan, Budiey nak ucapkan tahniah kepada pengarah Ernie Chen, semua pelakon dan juga krew produksi kerana filem ini akhirnya berjaya menemui penonton mulai 22 Disember nanti di pawagam. Budiey kira tanpa usaha keras, pasti filem ini tidak akan berjaya direalisasikan dan dibawa ke pawagam. Budiey teruja dan tak sabar nak baca rebiu dan ulasan dari rakan media yang lain. Kita tunggu sahaja nanti.

    Penerbit dan pengarah filem SMKB ini berharap filem pertama ini dapat mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan, sekaligus dapat memberikan kepuasan kepada penonton. Ernie Chen juga berpuas hati kerana dapat menyelesaikan filem ini dalam masa yang singkat iaitu 40 hari

    Budiey sempat menemubual beberapa orang pelakon filem yang menjalani pengambaran di 3 buah lokasi iaitu Rawang, Kuang dan Damansara Utama ini.

    Temubual Bersama Ain Filem Suatu Malam Kubur Berasap

    Temubual Bersama Angah Betul ke Makan Cacing?

    Sidang Media Prebiu Media Suatu Malam Kubur Berasap

    Temubual Bersama Ernie Chen Pengarah Filem Suatu Malam Kubur Berasap

    Bak kata pepatah, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu". Begitulah perumpamaan yang molek sekali diberikan kepada Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz dimana mereka dilahirkan daripada rancangan realiti televisyen popular Raja Lawak dan akhirnya mendapat tawaran untuk berlakon filem.

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Kelima-lima mereka berjaya menambat hati pengarah baru dan juga penerbit, Ernie Chen untuk berlakon di dalam filem pertama beliau, "Suatu Malam Kubur Berasap", filem yang bergenrekan seram komedi dan akan ditayangkan kepada orang ramai pada 22 Disember 2011. Lakonan yang mantap dan keserasian diantara mereka sewaktu pengambaran dijalankan amat mengagumkan dan patut dipuji. Malahan, keserasian tersebut turut dilihat selepas mereka selesai pengambaran dan membuatkan lakonan mereka di dalam filem ini menjadi.

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Bagi pendatang baru, Wira dan Faiz Raja Lawak, filem Suatu Malam Kubur Berasap adalah filem pertama bagi mereka dan mereka berasa sungguh teruja dengan filem ini. Menurut Wira, filem Suatu Malam Kubur Berasap dilihat sebagai batu loncatan baginya dan berharap melalui filem ini beliau diberikan lebih banyak peluang untuk terus berada di dalam industri hiburan dengan menonjolkan bakat yang beliau ada.

    Filem Suatu Malam Kubur Berasap juga membariskan pelakon seperti Zac Diamond (X-Factor), Ruminah Sidek, Zami Ismail, Accapan dan pendatang baru Nurul Ain Nordin. Bagi peminat Arwah Pak Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda patut menonton filem ini kerana filem Suatu Malam Berasap adalah karya terakhir beliau.

    Nak tahu apa yang Budiey ceritakan kat sini betul atau tak, kenalah tonton filem Suatu Malam Kubur Berasap mulai 22 Disember ini di pawagam berhampiran dengan anda.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari fanpage Facebook: https://www.facebook.com/suatumalamkuburberasap dan laman web rasmi http://suatumalamkuburberasap.com

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Poster Trailer Filem Suatu Malam Kubur Berasap
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Angah Raja Lawak Suka Makan Cacing?
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Karak
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Apa Tengok Tengok
  • Gambar Ummi Nazeera di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Sekitar Prebiu Media Filem KHURAFAT
  • Full content generated by Get Full RSS.