Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Lisa Surihani di Malam Gala Filem Ombak Rindu Posted: 01 Dec 2011 11:01 PM PST Gambar Lisa Surihani di Malam Gala Filem Ombak Rindu Budiey nak ucap tahniah buat pelakon cun, Lisa Surihani yang telah terpilih sebagai salah seorang daripada lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika ini. Lisa Surihani tidak menggangap anugerah itu mempunyai agenda politik, sebaliknya melihatnya sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaiannya dalam dunia lakonan. Sudah menonton filem Ombak Rindu? Kalau korang yang dah tonton, pasti akan geram dengan karakter Mila yang diperan oleh Lisa Surihani. Menurut Lisa, beliau sangat menantikan komen dari peminat kerana wataknya kali ini sangat lain dari apa yang dilakonkan sebelum ini. Ternyata ramai yang berpuas hati dan jika kita baca betul-betul novel ni, kita tak rasa nak benci sangat watak Mila ni kerana kita faham jalan ceritanya memang begitu. Lisa berharap agar peminat filem boleh faham dengan setiap karakter kerana bukan mudah untuk membawa sebuah naskah novel ke layar perak. Good luck, Lisa! Tags: Lisa SurihaniClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Voize Independent Music Awards 2011 Posted: 01 Dec 2011 10:31 PM PST Tahniah buat penyanyi Andi Merican yang telah tercalon dalam VIMA 2011. Andi tercalon dalam kategori Best Pop Song, Best R&B Acts, Best Mixed Genre dan Best MTV for 'SOLO'. Congrats Andi! Kalau tak silap, Yuna pernah menang anugerah ini beberapa tahun sudah. VIMA adalah singkatan dari Voize Independent Music Awards yang dianjurkan untuk semua penyanyi dan pemuzik indie. Berbanding dengan anugerah komersil yang lain, pemilihan VIMA bergantung sepenuhnya terhadap kualiti muzik artis tersebut tanpa mempunyai unsur 'biased', dan focus mereka lebih kepada artis yang mengamalkan corak pemasaran independent. Yang lebih menarik, anugerah ini melibatkan bukan sahaja artis Malaysia, malah di sekitar Asia Tenggara dan Asia. Baru-baru ini Budiey sempat menemubual Andi… Apakah perasaan you bila dapat tahu nama tercalon? Apa Pendapat you tentang anugerah ini? Harapan Andi? Untuk mengundi, korang boleh ke SINI For more info on the awards and full nominees do checkout: http://bitemymusic.com Tags: TemubualClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |