Himpunan Kisah Sensasi |
Posted: 30 Nov 2011 11:27 AM PST BAHANA cuba berjenaka tanpa mengambil kira faktor peribadi menyebabkan Sobri daripada kumpulan Bawal Power (BP) ditegur oleh pengkritik tetap Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) pada minggu kelima, Jumaat lepas. Teguran Chef Wan terhadap Sobri ekoran peserta itu memberikan serangan berbaur peribadi terhadap penulis kolum hiburan akhbar mingguan arus perdana, baru-baru ini. Kolumnis hiburan berkenaan, menegur Sobri yang mempersendakan penyanyi yang pernah popular sekitar tahun 1980-an, Zaiton Sameon. BP dinasihatkan agar lebih tumpu kepada bahan lawak, bukan masalah peribadi. Justeru, Sobri yang ternyata tidak berpuas hati terhadap penulisan tersebut, dilihat seolah-olah menjadikan persembahan BP minggu lepas di pentas MLM sebagai platform untuk mencabar dan mengutuk kolumnis berkenaan. Selepas BP mengadakan persembahan, Chef Wan dalam komennya menasihati Sobri agar tidak mengulangi tindakannya yang bukan sahaja tidak profesional tetapi juga lebih cenderung ke arah serangan peribadi. "Sepatutnya perkara sebegini tidak harus berlaku. Apa yang awak lakukan dengan mempersendakan kembali kolumnis tersebut merupakan satu langkah yang tidak bijak. /// petikan utusan /// |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |