Adsense

Selasa, 8 November 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Filem Cinta Kura-Kura

Posted: 08 Nov 2011 01:10 AM PST

Tentang Film "Cinta Kura-Kura"

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya…

Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani. Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani.

Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Trailer Filem Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Papa I Love
  • Imej Seksi Chomell Fana dalam Carta Blockbuster
  • Sekitar Shooting IKON MALAYSIA @ CENTRO, SOOKAA, KL Sentral
  • Eksplorasi Gunung Pertama Malaysia
  • Cerita Dongeng Asia di TV2
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Dato' Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Filem Perempuan Berkalong Sorban
  • Video Adik Hadziq Tom Tom Bak Baca Skrip Filem Syurga Cinta
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Cinderella Moden Versi Korea Di TV2

    Posted: 08 Nov 2011 12:58 AM PST

    Cinderella Moden Versi Korea Di TV2

    Dongeng Cinderella terkenal di seluruh dunia dan dalam berkongsi kisah menarik tentang puteri raja yang cantik dan baik hati itu, masing-masing cuba mengadaptasikannya dalam versi dan bahasa sendiri supaya lebih dihayati penonton.

    Terkenal dengan pesona pelakon-pelakonnya yang cantik dan tampan dan menjadi kegilaan ramai, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama bersiri terbaharu Cinderella dalam versi Korea bertajuk Cinderella's Stepsister mulai 17 November 2011, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.00 petang di TV2.

    Cinderella's Stepsister

    Menerusi 30 episod siarannya, siri Cinderella's Stepsister yang menampilkan pelakon hebat seperti Moon Geun Young, Seo Woo, Chun Jung Mying, Tae Cyeon, Lee Mi Sook, Kim Gab Soo dan Kang Sung Jin ini pastinya mengujakan penonton dengan jalan cerita menarik di samping babak-babak romantis antara pasangan kekasih dan kasih sayang serta kekeluargaan yang dekat di hati mereka.

    Bakal mengisi slot Kristal yang mula menerima sambutan ramai dengan siri Pasta yang disiarkan sebelum ini, kisah yang telah dimodenkan dan diadaptasi dari cerita Cinderella ini mengangkat cerita seorang gadis yang cantik dan baik hati.
    Ceritanya bermula apabila Eun Jo yang telah kehilangan bapa dan ibunya menemui cinta baru dengan seorang lelaki yang juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Hyo Sun. Eun Jo berpindah apabila ibunya berkahwin dengan lelaki tersebut.

    Di rumah tersebut, Eun Jo cuba untuk menyesuaikan diri namun dia tidak dapat menipu diri sendiri. Dia berasa tidak selesa lebih-lebih lagi dengan kehadiran adik tirinya, Hyu Sun. Hyu Sun disenangi oleh bapa dan ibu tirinya dan situasi itu menjadikan Eun Jo tidak berpuas hati.

    Bagi Eun Jo, dia berpegang kuat dengan kenyataan bahawa Cinderella tidak akan disayangi oleh ibu tiri dan Hyo Sun telah memecahkan tradisi tersebut apabila disayangi oleh semua.

    Lalu terlintas di fikiran Eun Jo ingin melakukan sesuatu tetapi apakah yang patut dilakukan oleh Eun Jo terhadap Hyo Sun?

    konflik dalam Cinderella Stepsister

    babak romantis Cinderella's Stepsister

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Traveloque Awal Ashaari di FOUR SEASON GARDEN EVERLAND
  • Photo Everland Theme Park by Samsung di Korea
  • Kisah Lagenda Bawang Merah Bawang Puteh Versi Lelaki Dalam Merah Putih
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Valley of The Wind Korea
  • Traveloque Awal Ashaari di Safari World Everland Korea
  • Traveloque Awal Ashaari di Bird Park Everland Korea
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seorak Cable Car
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seoraksan National Park
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Suwon Korea
  • Gambar Awal Ashaari di Alpensia Pyeongchang Korea
  • Full content generated by Get Full RSS.