Adsense

Rabu, 14 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Sah! Yuna Dilantik Sebagai Duta Produk Olay.

Posted: 14 Sep 2011 11:16 PM PDT

Pernah dilantik sebagai duta produk Canon, nampaknya rezeki sekali lagi memihak kepada Yuna apabila dia dilantik sebagai duta produk penjagaan kulit, Olay.

Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble, Ellie Xie berkata, Yuna dipilih sebagai duta jenama Olay kerana mereka merasakan penyanyi berbakat ini adalah seorang pengguna yang tahu akan kriteria & keistimewaan produk Olay.

"Yuna juga berada di dalam lingkungan umur yang tepat di mana kebanyakan wanita yang berumur sekitar 25-an adalah lebih terbuka dengan penjagaan kulit, melawan kesan penuaan. Menurut laporan Olay Beauty, 65% daripada wanita yang terlibat dalam kaji selidik telah mengalami tanda awal kesan penuaan, namun kebanyakan daripada mereka (85%) tidak menyedari kesan penuaan tersebut.

"Tambahan lagi, Yuna mencerminkan imej wanita Olay – seorang wanita yang mempunyai peribadi, yakin diri dan proaktif," ujar Ellie menerusi lampiran siaran media kepada OHBULAN!

Yuna, mengakui dia mengalami kesan penuaan apabila mencecah umur 21. Katanya, kesan lingkaran gelap bawah mata, kedutan dan tona warna yang tidak sekata mula kelihatan ketika mencecah umur tersebut.

"Kebanyakan wanita Asia teruja dengan produk pemutihan sehingga terlupa bahawa kulit memerlukan pelembab, pelindung sinar UV dan pemakanan yang sihat agar kulit tampil cantik. Dan, produk Olay Total Effects mengandungi ramuan yang mampu melawan 7 tanda penuaan dalam sebiji botol," tambah Yuna lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eksklusif : Isu Kolagen Buat Pian Cecupak Terasa Seperti Diaibkan.

Posted: 14 Sep 2011 09:18 PM PDT

"Dah dah lah cerita ni aku berkata benar kerana janji aku pada Allah. Ni  ada statement menjatuhkan Pian. Baca dan fikir apakah sebenarnya mereka nak pada kita? Hamba Allah ni terus menerus aibkan aku. Aku dah cakap aku silap, kenape tak beri peluang aku berubah? Aku dah tak gunakan kolagen malah aku membuangnya," demikianlah luahan hati Pian Cecupak yang memberikan respon terhadap spekulasi yang dipaparkan dalam sebuah web gosip, baru-baru ini.

Pian Cecupak turut memuat naik sekeping gambar sebagai bukti bahawa dia telah membuang kolagen, sekaligus menafikan sebarang spekulasi yang tercetus di laman gosip berkenaan.

"Ini bukti aku buang kolagen," kata Pian Cecupak di laman Facebooknya.

Tambah Pian lagi, "aku bercakap perkara benar. Sepatutnya pihak berkenaan bertanya kepada Pian, tak perlu buat andaian yang bukan-bukan. Terima kasih kepada pihak itu kerana mengaibkan aku lagi.

"Sekarang, aku tunjukkan kebenaran. Manakala, pihak itu tidak jumpa aku pun, main tulis suka hati buat andaian. Dan, aku maafkan kamu, tapi hanya Allah yang akan mengadili kalian apabila tiba masanya."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...