Adsense

Khamis, 11 Ogos 2011

Zon Artis

Zon Artis


Kenyataan Rasmi JAKIM – Produk SimplySiti Halal

Posted: 11 Aug 2011 07:29 PM PDT

STATUS HALAL PRODUK SIMPLYSITI

Masih ingat lagi dengan isu produk SimplySiti yang dikatakan haram? Kalau masih ingat baguslah. Kalau tak ingat atau masih tak tahu apa-apa mengenainya, takpe. Dan setelah beberapa ketika isu itu hangat diperkatakan di laman-laman blog, Facebook dan Twitter, pihak SimplySiti akhirnya mengedarkan kenyataan rasmi dari Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang kandungannya seperti kat bawah ni.

1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.

2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.

3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).

4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.

Jadi, dengan kenyataan daripada pihak JAKIM ini jelaslah yang produk SimplySiti selamat dan halal digunakan oleh pengguna yang beragama Islam. Tiada lagi keraguan.

P/S: Kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun ini

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Joey Kembali ‘Bujang’, Sah Bercerai Talak Satu

Posted: 11 Aug 2011 03:34 PM PDT

JOEY BERCERAI TALAK SATU

Joey yang pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Watie Elite telah kembali 'bujang' selepas Mahkamah Rendah Syariah Kajang memutuskan lafaz talak yang dibuat olehnya lebih setahun lalu sebagai sah.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada penghakimannya juga memutuskan bahawa tidak berlaku rujuk antara Joey dan isteri selepas Joey bersumpah bagi menafikan dakwaan yang dibuat oleh isterinya (kini bekas isteri).

Berikut petikan sumpah Joey yang kami salin dari mStar Online:-

Saya tidak pernah melafazkan rujuk kepada isteri saya pada 8 Jun 2010 atau pada bila-bila masa sekali pun selepas perceraian. Sekiranya saya berdusta dengan sumpah ini, maka laknat Allah akan menimpa ke atas diri saya di dunia dan akhirat.

Selepas Joey melafazkan sumpah tersebut, Hakim Syarie memutuskan bahawa dia dan isterinya sah bercerai talak satu kali pertama.

Selepas selesai perbicaraan, bekas isteri Joey sempat berpesan:-

Saya hanya nak pesan kepada artis-artis wanita, jika banyak lagi lelaki lain, jangan ambil suami orang. Tolong cari yang lain, jangan runtuhkan rumah tangga orang lain dan biarkan anak-anak kecil tanpa bapa.

So, kepada artis-artis di luar sana, ingat pesan bekas isteri Joey ni yer.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.