Adsense

Khamis, 11 Ogos 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Mizz Nina Sudah Pandai Masak – Noh H.U.J.A.N

Posted: 10 Aug 2011 04:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh gembira dengan kehidupan barunya sebagai suami kepada penyanyi Mizz Nina, lebih-lebih lagi Nina mula rajin memasak untuknya.

Kata Noh, selepas pulang dari berbulan madu di beberapa negara Eropah pada awal bulan ini, Nina mula mempelajari pelbagai masakan.

"Setakat ini, Nina dah mula memasak dan antara kegemaran saya ialah ayam masak kicap dan sambal tumis.

"Biasalah mula-mula masak, ada kurang sana sini dan masin sikit. Setakat ini, dia mengambil 'jalan selamat' dalam menu masakannya. Apa-apa pun, saya suka!" selorohnya.

Selain itu, bercerita mengenai pertama kali berpuasa bersama Nina, kata Noh dia berasa seronok dapat berpuasa bersama, berbeza dengan zaman bujangnya yang kerap bersahur dan berbuka puasa di studio sahaja.

"Biasalah, masa zaman bujang dulu, makan minum kita tak jaga sangat. Memandangkan saya sentiasa tak tidur malam, maka sahur saya seperti masa makan saya yang biasa.

"Bila dah beristeri, barulah saya rasa kembali perasaan bangun tidur untuk sahur dan kemudian, pulang ke rumah secepat mungkin untuk makan bersama," ujarnya.

Sementara itu, Noh memberitahu, selepas pulang dari berbulan madu, dia dan Nina terpaksa mengemas rumah apabila melihat baju-baju perkahwinan mereka merata-rata.

"Selepas melihat baju-baju kahwin yang merata itu, barulah kami sedar, banyak juga baju yang digunakan sepanjang majlis pernikahan dan resepsi diadakan bulan lepas.

"Sampaikan kami terfikir, mungkin kena jual beberapa daripadanya kot," seloroh Noh lagi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.