Adsense

Khamis, 11 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Video : Kanye West Terjatuh Ketika Persembahan Di Norway!

Posted: 12 Aug 2011 12:18 AM PDT

Kanye West, 34 tahun yang juga seorang penyanyi, produser, dan penulis lirik yang berasal dari Amerika telah dirakam terjatuh ketika membuat persembahan di Bergen, Norway. Dia yang sedang menyanyi pada ketika itu sedang melompat-lompat dan secara tidak sengaja telah terjatuh. Atas dasar profesional, dia kembali menyanyi semula untuk menghiburkan peminatnya.

Sebelum ini, dia muncul penuh konstroversi di festival Big Chill, UK mengatakan,

"I walk through the hotel and I walk down the street, and people look at me like I'm (expletive) insane, like I'm Hitler,"

Apa-apa pun, layankan video rappers yang popular dengan album 'The Blueprint' ini diatas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gambar : Shuib Sepah & Siti Sarah Teruja Sambut Anak Lelaki

Posted: 11 Aug 2011 11:41 PM PDT

Siti Sarah Raisuddin & Shuib daripada kumpulan lawak Sepah kini gembira dengan kehadiran anak lelaki yang dijangka akan dilahirkan sekitar bulan November 2011. Kehamilan yang kini berusia 6 bulan disambut dengan penuh kesyukuran, apatah lagi Shuib sememangnya menginginkan anak lelaki.

"Saya terlalu gembira apabila doktor mengesahkan anak lelaki yang dikandung oleh isteri dalam keadaan sihat. Saya amat teruja menjadi seorang bapa, tak tahu nak gambarkan macam mana," kata Shuib kepada pihak media.

Ahmad Didad atau Uwais Alqarni dipilih sebagai nama-nama pilihan untuk anak sulung mereka. Menurut Shuib, Ahmad Didad merupakan nama seorang pendebat Islam yang bijak, manakala nama Uwais Alqarni merupakan nama seorang lelaki yang amat taat pada ibunya sehinggakan semua doa dimakbulkan tuhan.

Setelah berbincang, Shuib & Siti Sarah memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni sebagai nama anak sulung mereka.

"Kami berdua memutuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni kerana ketaatan lelaki tersebut terhadap ibunya sehingga setiap doa yang dipohon akan dimakbulkan," kata Siti Sarah yang ditemui di Melodi Raya, PWTC, Rabu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.