Adsense

Rabu, 17 Ogos 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Hebat! Main game maybank facebook dan menang duit kongsi RM25,000

Posted: 16 Aug 2011 06:45 PM PDT

Salam,


Waahhhh sejak dah nak raya nie, macam-macam promosi atau duit raya nak bagi kat rakyat malaysia nie. Siapa kata hidup kat malaysia ni susah nak cari duit. Siap ada orang nak bagi duit ada la. Lagi 2 minggu kita akan beraya pada tahun 2011 nie. Kali ini giliran MAYBANK plak nak bagi duit raya kat korang semua. Kalau nak bershoping, boleh la korang join maybank punya promosi nie.


Tak susah nak join maybank gaming nie. Korang 'LIKE' maybank facebook page nie lepas tu korang kena main game yang ada dalam page tersebut. Bila dah main dan dapat kumpul mata terbanyak, mungkin sebahagian tunai dalam RM25,000 tu bakal milik anda. Kan senang???


Nak cuba dan tengok rezeki anda untuk RM25,000. Tak susah, duduk depan komputer je dan main game. Insyaallah kalau ade rezeki korang akan dapat duit raya maybank nie. Cuba la yea.


Eksklusif!!! Gambar mesra nabil dan bakal isteri

Posted: 16 Aug 2011 03:41 PM PDT









Bayi ganjil seperti makhluk asing

Posted: 16 Aug 2011 03:37 PM PDT


ADO EKITI - Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

"Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey," katanya.

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.

Bayi itu tidak mempunyai otak.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

- Agensi

Pejabat baharu Apple seperti piring terbang

Posted: 16 Aug 2011 03:36 PM PDT


CUPERTINO, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa lakaran gambar pejabat baharu syarikat Apple yang mengeluarkan komputer iPad dan telefon bimbit iPhone didedahkan kelmarin.

Pejabat baharu penyelidikan dan pembangunan itu dibina menyerupai sebuah piring terbang.

Foto kampus itu yang bakal dibina di sini didedahkan oleh arkitek Britain, Norman Foster dalam satu mesyuarat majlis perbandaran sebelum ia tersebar di Internet.

Kampus berkenaan yang digelar AppleSaucer, terdiri daripada sebuah bangunan pejabat serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di tapak seluas 260,000 meter persegi.

Ia merupakan bangunan kaca empat tingkat berbentuk bujur dan berkonsepkan mesra alam yang mengelilingi sebuah taman dan boleh menempatkan 13,000 kakitangan Apple.

Antara kemudahan yang bakal dibina termasuk sebuah auditorium korporat berkapasiti 1,000 tempat duduk, pusat kecergasan, loji janakuasa mesra alam dan tempat letak kereta.

Syarikat Apple diasaskan oleh Steve Jobs yang merupakan antara bilionair di dunia. - Agensi

Laman web untuk lelaki tua cari gadis

Posted: 16 Aug 2011 03:35 PM PDT


WASHINGTON - Satu laman web, SeekingArrangement.com mengatur janji temu untuk golongan lelaki kaya mencari pasangan.

Ia merupakan salah satu daripada laman web yang memaparkan golongan lelaki tua untuk mencari gadis yang lebih muda.

Laman itu mendedahkan akaun bank si lelaki tua dan elaun bulanan yang boleh diberikannya kepada seorang wanita.

Lelaki yang berminat akan membuka akaun dengan bayaran AS$50 (RM149) dan tambahan sebanyak AS$1,000 (RM2,981) setahun.

"Orang ramai bertemu, mereka berunding dan berasa serasi. Jika kedua-dua mereka tidak menyukai di antara satu sama lain, tiada apa-apa perkara yang akan berlaku," kata pengasas laman itu, Brandon Wade. - AFP

Paderi gay pertama Malaysia kahwin di New York

Posted: 16 Aug 2011 03:35 PM PDT


KUALA LUMPUR - Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.

Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.

Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.

Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).

Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.

"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. - Reuters

Penggodam komputer tunjuk perasaan

Posted: 16 Aug 2011 03:33 PM PDT


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Empat stesen kereta api bawah tanah di sini ditutup buat sementara kelmarin dalam satu tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh kumpulan penggodam komputer, Anonymous berhubung kekejaman polis dan kebebasan bersuara.

Sebelum ini perkhidmatan kereta api bawah tanah utama di sini menutup rangkaian telefon bimbit di beberapa stesen kereta api bawah tanah pada Khamis lalu untuk mengelakkan para penunjuk perasaan daripada menganjurkan protes berhubung tindakan polis menembak mati seorang lelaki pada bulan lalu.

SEORANG wanita yang merupakan anggota penggodamkomputer memegang poster dalam tunjuk perasaan menuntut kebebasan bersuara di Stesen Sivik, San Francisco, California kelmarin.

"Tindakan ini adalah untuk menutup mulut orang ramai," kata seorang aktivis berusia 41 tahun, Carlos Wilson yang hadir untuk membantah kekejaman polis dan penutupan rangkaian telefon pada minggu lalu.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan muncul di sebuah stesen kereta api semasa waktu puncak pada pagi kelmarin tetapi mereka bersurai selepas pihak berkuasa menutup stesen kereta api berkenaan.

Tidak lama kemudian, tiga lagi stesen kereta api bawah tanah ditutup kerana penuh sesak dengan penunjuk perasaan.

Polis berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini walaupun sejumlah anggota polis tiba di lokasi kejadian dengan memakai seragam dan kelengkapan antirusuhan.

Anonymous merupakan kumpulan penggodam antarabangsa yang pernah menceroboh sistem komputer di kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia selain beberapa agensi kewangan utama seperti PayPal, MasterCard dan Visa.- Reuters

Amah Datuk larikan RM300,000

Posted: 16 Aug 2011 03:19 PM PDT


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian hampir RM300,000 apabila sejumlah barangan kemas dan wang tunai miliknya dilarikan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Taman Mutiara Gombak 2 dekat sini pada Sabtu lalu.

Kehilangan barangan kemas, wang tunai serta beberapa barangan berharga lain disedari oleh isteri ahli perniagaan itu pada pukul 8 malam hari kejadian.

Antara barangan yang didakwa hilang ialah jam tangan jenama Rolex, Omega, Salvatore Ferragamo dan wang tunai berjumlah RM7,500.

Sejurus sebelum barang-barang berharga itu disedari hilang, pengawal keselamatan kediaman Datuk itu ternampak salah seorang amah di situ meninggalkan rumah majikannya dengan menaiki sebuah teksi selepas memberi alasan untuk membuang sampah.

Pembantu peribadi Datuk itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, amah yang dikenali sebagai Rospita, 20-an baru dua bulan bekerja di situ.

Menurut Zamri, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mempunyai dua pembantu rumah warga Indonesia dengan Rospita ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja seperti mengemas dan membersihkan rumah.

Seorang lagi amah ditugaskan untuk memasak serta menjaga dua orang anak majikannya yang berumur dua dan empat tahun.

"Dia dipercayai menyorok barang-barang yang hendak dilarikan di dalam baju yang dipakai," katanya semasa ditemui pemberita di Balai Polis Batu 6 Gombak dekat sini semalam.

Nikah : Chef Wan Mahu Nazri Tidak Terburu-Buru

Posted: 16 Aug 2011 03:18 PM PDT


PETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menasihati anaknya Mohd. Nadzri,30, supaya mengenali pasangannya dengan lebih mendalam sebelum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga.

Chef Wan berkata, untuk mengahwini seseorang bukan seperti menukar baju, sebaliknya anaknya itu perlulah mengenali hati budi seseorang wanita terlebih dahulu.

"Sebagai ayah saya hanya boleh menasihati dia supaya memilih pasangan yang tepat untuk masa depan rumah tangganya dan tidak tergopoh gapah untuk berkahwin semata-mata menurut kehendak hati," katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari New Zealand, di sini, Selasa.

Chef Wan berada di negara itu sebagai duta makanan mewakili Malaysia di Wellington on the Plate Food Festival, Auckland.
Riz bersama Ana Dahlia

Beliau diminta mengulas mengenai pengakuan Nadzri atau Chef Riz yang mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon Ana Dahlia.

Riz turut berkata dia sedang memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius termasuklah soal berumah tangga.

Chef Wan memberitahu Riz perlu mengambil masa untuk mengenali diri Ana Dahlia sepenuhnya termasuklah keluarga pelakon wanita itu.

"Saya nasihat agar mereka tidak terburu-buru (untuk berkahwin) dan perlu mengambil masa untuk mengenali hati budi dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Mencari pasangan tidak hanya memandang kepada paras rupa tetapi juga hati budi seseorang itu yang akan kekal selamanya," jelasnya

Sepah Tidak Berpecah, Cuma Salah Faham

Posted: 16 Aug 2011 03:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Sepah, Shuib mengakui terkilan dengan kontroversi kononnya mereka akan berpecah selepas memenangi pertandingan Maharaja Lawak lalu.

Jelasnya, apa yang dimaksudkan dengan berpecah adalah tiada halangan untuk menerima tawaran secara berseorangan dalam mana-mana persembahan atau lakonan.

"Pertama sekali saya ingin terangkan bahawa kami tidak berpecah, saya rasa ada salah faham dari kenyataan yang dikeluarkan daripada salah seorang anggota Sepah.

"Apa yang cuba mereka sampaikan ialah kami boleh berpecah-pecah jika mendapat tawaran persembahan pentas atau berlakon dan bukan semestinya bertiga," jelasnya ketika ditemui di rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.

Kata Shuib, disebabkan khabar angin tersebut dia menerima beberapa panggilan daripada peminat tidak dikenali yang meluahkan rasa kecewa mereka.

"Lebih terkilan apabila ramai peminat yang telefon saya untuk meluahkan rasa kecewa mereka kerana telah berhabis duit mengundi kumpulan kami dalam Maharaja Lawak lalu.

"Saya rasa bersalah dengan mereka kerana mereka ingin melihat Sepah terus berada di industri ini secara berkumpulan bukan secara solo.

"Jujurnya, saya akui kami tidak akan kuat jika bergerak sendiri tanpa salah seorang daripada kami," tuturnya.

Dalam pada itu, Shuib akui ada beberapa tawaran yang tidak dapat dipenuhi ketiga-tiga mereka atas sebab-sebab tertentu.

"Kami sudah berkawan lama dan berjanji tidak akan menyekat rezeki masing-masing.

"Jika salah seorang daripada kami sibuk dan tidak dapat menyertai, kami tetap akan meneruskan persembahan biarpun berdua atau seorang," katanya.

Anita Baharom Jual Popiah Dalam Pantang

Posted: 16 Aug 2011 03:16 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Anita Baharom yang sedang berpantang selepas melahirkan anak keduanya, Mohamad Dhia Iskandar pada 12 Julai lalu mengakui amat seronok menjual popia mini 'crispy' sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Walaupun sedang berpantang, ia tidak menghalang Anita untuk mengisi masa lapangnya dengan berniaga secara kecil-kecilan ketika berada di rumah.

"Sekarang ini saya sedang bercuti panjang daripada karier seni selepas melahrikan Iskandar.

"Saya hanya membuat perniagaan ini sekadar suka-suka disebabkan tiada aktiviti apabila anak saya tidur. Lagipun saya membuat perniagaan ini sendirian dan perlu bijak bahagikan masa dengan anak-anak," ujarnya kepada mStar Online.

Katanya, setakat ini banyak tempahan yang diterima daripada rakan-rakan artis dan teman rapat.
Mohamad Dhia Iskandar dilahirkan pada 12 Julai lalu. - Foto ihsan ANITA

Biarpun tidak menang tangan, dia masih menerima tempahan popia yang dijual dalam dua perisa iaitu Horlicks dan Milo.

"Saya masih mengambil tempahan dan setiap balang dijual pada harga RM7 (kecil) dan RM18 (besar)," katanya lagi yang akan pulang beraya di kampungnya di Sungai Petani, Kedah dan Johor Bahru (sebelah suami) pada tahun ini.

Menyentuh tentang karier seni, Anita yang mesra dengan panggilan Ita ini terpaksa memilih kerja yang memudahkannya membawa anaknya bersama kerana dia tidak mempunyai pembantu rumah.

"Selepas empat orang pembantu rumah berhenti kerja, saya sudah serik untuk mengambil pembantu rumah lagi sebaliknya menguruskan rumah dan anak sendiri dengan bantuan suami.
Anita menjual popiah mini 'crispy' sepanjang bulan Ramadan ini.

"Buat masa ini saya belum menerima apa-apa tawaran berlakon kerana sibuk menjaga anak yang sedang menyusu badan.

"Mungkin jika ada tawaran nanti, saya akan mencari pembantu peribadi untuk menjaga anak kerana saya akan membawa anak bersama-sama di lokasi penggambaran," ujarnya yang gembira dengan kelahiran Iskandar yang melengkapkan sepasang anak perempuan dan lelaki.

Hasil perkahwinan selama enam tahun dengan Mohd Ismadi Ismail, pasangan ini turut dikurniakan anak perempuan bernama Syifa Dhia Nurina, 4.

Sementara itu bagi mereka yang ingin membuat tempahan popia bolehlah menghubungi 012-2485811.

Putus Cinta Tak Halang Mimi & Jojoe Jadi Sahabat

Posted: 16 Aug 2011 03:15 PM PDT


PETALING JAYA: Awal bulan Ramadan lalu membuka lembaran sedih buat pasangan Shamimi Amalina Norhisham (Mimi) dan Nur Hasan Baias (Jojoe) dari kumpulan One Nation Emcees yang baru putus cinta selepas beberapa tahun bersama.

Bagaimanapun, hubungan mereka masih rapat dan mesra seperti dulu memandangkan mereka masing-masing bergerak dalam satu kumpulan.

"Kami mengambil keputusan untuk berkawan sahaja dan memikirkan tentang diri masing-masing. Kami membuat keputusan ini setelah sama-sama berbincang dan merasakan ia suatu yang terbaik setakat ini.

"Namun kami tidak menolak andainya kami ada jodoh dan bercinta semula," kata Mimi.

Sementara Jojoe yang turut mengakui perihal tersebut tidak banyak menceritakan tentang hubungan yang telah berkubur itu sebaliknya gemar berbual tentang lagu terbaru mereka.

"Kami tiada masalah antara satu sama lain dan masih boleh bekerjasama untuk membuat persembahan.

"Terbaru, kami baru sahaja muncul dengan lagu baru berjudul Psiko," kata Jojoe.

Pasangan itu ditemui sewaktu rakaman Melodi Raya 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Yusry Tolak Spekulasi Nikah Lisa Surihani 2012

Posted: 16 Aug 2011 03:13 PM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim menolak dakwaan kononnya akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lisa Surihani pada tahun hadapan seperti mana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian pada Sabtu lalu.

Pihak KRU Studios dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini, Selasa berkata, laporan berita berkenaan adalah tidak benar dan ia mungkin berlaku salah faham.

"Akibat laporan berkenaan, Yusry telah dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan berita tersebut khususnya tentang beliau dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa Surihani pada tahun 2012.

"Dengan ini Yusry ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataannya Yusry turut menambah pihaknya masih belum berbincang mengenai isu perkahwinan dan meminta semua pihak agar tidak keliru dengan pendedahan yang dibuat akhbar berkenaan.

Katanya, pada masa akan datang dia akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya dengan Lisa Surihani kepada peminat termasuk pihak media untuk mengelak sebarang spekulasi.

Sabtu lalu sebuah akhbar yang memetik kenyataan Yusry dengan melaporkan pengarah filem Karak itu membayangkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan selepas gagal dengan perkahwinan pertama bersama aktres Erra Fazira.

David Arumugam Tidak Tahu Guna Twitter, Facebook

Posted: 16 Aug 2011 03:13 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika kebanyakan artis galak menggunakan laman sosial Twitter dan Facebook untuk berkomunikasi dengan peminat, berbeza sekali dengan penyanyi dari kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam, 61.

Dia akui dengan faktor usia dan kesusahan mengikuti arus kemodenan masa kini membuatkan dirinya tidak menggunakan dua medium komunikasi popular masa kini.

"Saya tidak perlukan Twitter dan Facebook untuk diri sendiri tetapi ada individu lain yang menguruskan laman sesawang rasmi Alleycats dan mengemas kini setiap aktiviti serta maklumat tentang kumpulan ini.

"Jika ada e-mel daripada peminat, dia akan maklumkan kepada saya seperti seorang peminat dari England yang baru sahaja menghubungi saya selepas kali terakhir kami berjumpa pada tahun 1986 semasa saya membuat persembahan di Pulau Pinang," katanya dalam satu temu bual di Crossroads Lounge, Hotel Concorde, di sini, Isnin.

Biarpun tidak berinteraksi dengan peminat di alam maya, namun ke mana-mana sahaja dia pergi pasti ramai yang menegur dan mengambil peluang untuk merakamkan gambar tanpa mengira bangsa dan usia memandangkan kumpulan ini sudah ditubuhkan sejak 43 tahun lalu dan menghasilkan 30 buah album.

Tambahnya yang popular dengan lagu Sampaikan Salam dan Sekuntum Mawar Merah: "Saya akui seorang yang old school dan tidak pernah berasa teruja untuk belajar melayari Facebook dan Twitter yang menjadi kegemaran ramai.

"Sebaliknya, saya lebih selesa berjumpa dengan peminat dan mengalu-alukan mereka datang ke tempat saya selalu membuat persembahan seperti di Spark Club, Petaling Jaya atau di mana-mana acara korporat dan perkahwinan.

"Terbaru, saya akan membuat konsert berjudul "Sampaikan Salam" di Istana Budaya, pada 16 hingga 18 September ini dan mengharapkan ramai peminat yang datang nanti."

Bercerita tentang peminatnya, ada juga pasangan yang jatuh cinta dan berkahwin disebabkan lagu Alleycats yang lebih banyak berkisar tentang cinta.

"Saya pernah dikunjungi sepasang peminat dari Singapura dan mengatakan mereka bercinta disebabkan lagu Alleycats ketika membuat persembahan di Planet Hollywood Kuala Lumpur," ceritanya.

Katanya, pendengar lebih mudah menyerap lagu-lagu Alleycats dan diminati sehingga sekarang kerana liriknya yang mudah, menyentuh perasaan dan mempunyai kaitan dengan kehidupan sesiapa sahaja.

Beralih kepada "Konsert Sampaikan Salam", ia merupakan konsert kali kedua Alleycats di Istana Budaya selepas tahun 2008. David akui teruja dan menjangkakan konsert itu akan menjadi persembahan yang menarik.

"Konsert ini terbahagi kepada tiga segmen iaitu segmen berkonsepkan 1Malaysia. Saya akan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil dengan iringan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya.

"Segmen kedua adalah 'Tribute To Loga' yang mana saya, Glen dan anak Loga iaitu Dasha akan menyanyikan lagu-lagu popular penyanyi itu seperti Suratan, Jika Kau Bercinta Lagi dan Berjuta Batu.

"Untuk segmen terakhir saya akan menyanyikan lagu-lagu popular saya dalam bentuk "medley" sehingga konsert ini selesai selama dua jam. Untuk melebihkan masa kepada nyanyian, saya akan mengurangkan sesi berinteraksi dengan peminat," ujarnya lagi tentang konsert anjuran Aktif Mestika (AM) Event Management itu.

Memandangkan banyak lagu popular yang bakal dinyanyikan, David dan pengarah muzik konsert itu, Eddie Marzuki menetapkan untuk menyanyikan tiga hingga empat buah lagu yang berlainan pada setiap malam.

"Saya juga akan menjadikan konsep konsert ini lebih seronok dengan membuka peluang kepada peminat memilih lagu permintaan," jelasnya.

Peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 dan RM450 dengan menghubungi www.ticket2u.biz di talian 03-41478600. Sebanyak RM5 daripada harga setiap jualan tiket akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna).

Dalam perkembangan lain, David juga dalam baru selesai merakam semula lagu Andainya Aku Pergi dengan penyanyi muda Caprice yang diberi nafas baru dan judul baru iaitu Andainya Aku Pergi 0.10.

"Saya tertarik dengan idea pemuda ini yang baru pulang dari Amerika Syarikat dan ingin membikin lagu tersebut dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

"Sekarang ini lagu tersebut telah dirakamkan dan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Saya tidak kisah untuk berduet dengan mana-mana penyanyi muda selepas ini asalkan mereka mengusulkan cadangan kepada syarikat rakaman saya, Universal Music.

"Saya juga berhasrat untuk menghasilkan album baru sebelum tamat kontrak dengan Universal Music pada Februari tahun depan," jelasnya lagi.

Selain itu, dia juga bakal muncul dengan filem ketiganya berjudul Nasi Lemak 2.0. Dalam filem arahan Namewee itu, dia melakonkan watak peniaga rempah yang mempunyai anak perempuan jelita lakonan Nadine Ann Thomas.

Eman Manan Rasa Pelik Asyik Dapat Watak Utama

Posted: 16 Aug 2011 03:11 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon berkarisma Eman Manan mengakui berasa teruja apabila ditawarkan watak kecil dan tambahan dalam filem komedi romantik terbaru, Karipap Karipap Cinta (KKC) arahan Othman Hafsham.

Kata Eman, selama hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan tanah air, dia juga berasa pelik kerana penerbit dan pengarah drama dan filem hanya menawarkannya watak utama atau hero dan bukan watak-watak kecil atau sampingan dalam sesebuah produksi.

"Selama hampir 30 tahun bergelar pelakon, saya pun pelik kerana pihak penerbit dan pengarah drama atau filem tidak berani menawarkan watak kecil atau tambahan kepada saya sehinggalah Hafsham menghubungi untuk filem ini.

"Hakikatnya, saya cukup teruja kerana untuk pertama kalinya saya mendapat watak sampingan sebagai Datuk Razali Bunari. Ia watak yang ringan, bersahaja dan tidak sukar untuk dijayakan," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Apabila diusik adakah senario itu berlaku kerana kredibiliti yang terbina pada jenamanya sebagai pemenang pelakon lelaki terbaik sebanyak lima kali, Eman berkata, sebagai seorang pelakon adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menerima apa saja watak yang sesuai tidak kira besar atau kecil.

"Jika kita lihat di Holllywood atau industri filem luar, pelakon-pelakon besar pun berlakon watak-watak kecil atau undangan dalam filem-filem tertentu.

"Saya seorang pelakon yang akan menjayakan apa saja watak yang menarik jika kena pada caranya, tidak kiralah watak besar atau kecil," terangnya.

Bercerita tentang perancangannya selepas ini, Eman mengakui teringin untuk membintangi filem yang keluar daripada kepompong lazim industri seni tempatan.

"Kita lihat pembikinan filem pada hari ini, asyik filem yang lebih kurang sama saja diterbitkan dengan alasan untuk memenuhi selera penonton.

"Mana karyawan kita tahu bahawa filem sebegitu yang dimahukan penonton jika kita tidak mencuba untuk menawarkan karya-karya yang lebih besar dan menuntut kita berfikir seperti filem-filem luar.

"Sebab itu, saya sudah lama tidak berlakon filem kerana tiada yang berkenan dan berbeza," katanya.

Deejay Lin Buat Album Sahut Cabaran Peminat

Posted: 16 Aug 2011 03:10 PM PDT


PETALING JAYA: Bagi memenuhi permintaan peminatnya, penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid (Dj Lin) bakal muncul dengan album mini tidak lama lagi.

Menurut Lin, dia sudah memilih komposer terkenal dan tidak asing dalam industri muzik namun terpaksa merahsiakan namanya sehingga satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat nanti.

"Sekarang ini, saya sedang dalam proses pembikinan dan bakal memasuki rakaman suara tidak lama lagi kerana terganggu dengan masalah tonsil.

"Saya telah memilih beberapa buah lagu berkonsep cinta dan jiwang atas permintaan daripada peminat yang selama ini banyak menyokong kerjaya saya dalam bidang penyiaran," katanya kepada mStar Online.

Jelasnya, niatnya membikin album hanya sekadar menunjukkan tanda penghargaan kepada peminat.

"Peminat mengenali saya menerusi program "Suria Cinta" yang lebih banyak berkisarkan tentang cinta jadi sebab itu saya memilih lagu-lagu seperti itu dan kebetulan komposer tersebut juga gemar mendengar program saya, jadi lebih mudah untuk kami bekerjasama.

"Atas perbincangan, lirik lagu itu juga ada kena-mengena dengan perjalanan karier saya.

"Saya juga sentiasa mengambil cakna suara-suara peminat yang sentiasa mendoakan kejayaan dan memberikan sokongan padu. Jadi, saya akan cuba menyahut cabaran ini dan bersedia untuk memenuhi hasrat mereka," katanya.

Kata Lin, program kerjasama buat julung kali antara TV3 dengan Suria FM itu menjalani rakaman sepanjang bulan Ramadan ini di restoran-restoran sekitar Lembah Klang dan sebuah restoran di Seremban, Negeri Sembilan.

"Setiap episod akan menjemput seorang artis, deejay Suria FM dan pemenang yang mendengar Suria FM untuk berbuka puasa sama-sama di sebuah restoran yang ditetapkan," katanya.

Selain itu, dia juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama 200 peminat termasuk anak-anak yatim pada 20 Ogos ini di Sawarabina Café, Tasik Titiwangsa.

Para peminat yang berminat boleh menghubungi 012-3542454 (Su) dan setiap orang akan dikenakan RM30.