Adsense

Sabtu, 9 Julai 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Siti Nurhaliza Beri Hadiah Peribadi di Malam Gala SimplySiti

Posted: 09 Jul 2011 07:26 PM PDT

Pertama sekali nak ucap tahniah buat Faizal Ismail yang berjaya mengendalikan Malam Gala SimplySiti dengan jayanya semalam. Celotehnya macam biasa memang tak boleh blah, mesti ada yang nak ketawa. Momen paling best masa Faizal ni excited naik sheikh masa nak memperkenalkan para pemuzik dan beliau terus terang berhajat besar nak berduet dengan Dato' Siti.

VIDEO Gelagat Hos Faizal Ismail di Malam Gala SimplySiti

Apa-apa pun, show semalam memang best. Budiey puas hati tengok. Tiada masalah teknikal yang besar berlaku walaupun ada beberapa kali mikrofon tak berfungsi. Itu perkara biasa dan tak dapat dielakkan dalam mana-mana majlis grand seperti ini.

Mungkin apa yang Budiey boleh highlight di sini, satu kelainan masa sesi cabutan bertuah di Malam Gala SimplySiti, di mana pemenang bertuah tidak dipilih melalui nombor yang dicabut tapi melalui beberapa cara. Antaranya beberapa biji bola kecil dilemparkan kepada penonton, siapa yang dapat tangkap bola kecil tu, maka dia yang akan dapat hadiah.

Antara hadiah yang diberikan, set produk SimplySiti, tiket untuk menyaksikan perlawanan Arsenal dan yang paling suprise, Dato' Siti dengan rela hati memberikan sebuah beg tangan berjenama Prada yang memang menjadi sentimental value kepada hadirin. Dan… pemenang bertuah yang dapat beg tangan berwarna coklat itu ialah Mizi dari Karangkraf. Tahniah Mizi.

VIDEO Dato' Siti Nurhaliza Hadiah Beg Prada di Malam Gala SimplySiti

Tahniah Mizi, anda memang selalu bertuah. Yang penting, dapat beg tangan yang harganya dalam RM5,000 ke atas. Kalau tak silap Budiey la. Beg tangan tu dikatakan dibawa oleh Siti Nurhaliza di majlis-majlis keramaian dan masa dia shopping. Kalau Budiey dapat beg tu, Budiey simpan dalam frame, buat khazanah. Tapi kalau tak nak gak, buatlah offer dengan pembida kat internet. Mesti ramai yang berebut nak belikan.

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

Mungkin pemenang segan nak bawak beg tangan Siti Nurhaliza ni, so dia suruh Nana dari Karangkraf yang bawak. Memang sesuai lah, si Nana ni memang fanatik dgn Siti Nurhaliza. Semua lagu dia hafal.

IMG_4907

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam
  • Aizat Amdan, Ana Raffali & Amy Search di Malam Gala SimplySiti
  • Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru SimplySiti Vogue Edition
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • Siti Nurhaliza Buat Rawatan Akupunktur Untuk Dapat Anak
  • SimplySiti Sasar Pasaran Indonesia
  • Dato' Siti Nurhaliza Lancar Kempen Wajah-Wajah SimplySiti
  • Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid @ Malam Gala Teater Patung Kertas
  • Dato' Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Aidilfitri SimplySiti
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru SimplySiti Vogue Edition

    Posted: 09 Jul 2011 07:03 PM PDT

    Seperti yang Budiey telah war-warkan beberapa hari lepas dalam Twitter dan blog ini, akhirnya semalam SimplySiti berjaya melangsungkan Malam Gala SimplySiti sempena meraikan ulangtahun SimplySiti yang pertama. Semuanya nampak berjalan dengan lancar. Sungguh meriah dan seramai 4,500 orang telah memenuhi Dewan Agong Tuanku Cancelor, UiTM Shah Alam.

    Dato' Siti katanya sangat risau kalau-kalau tak ramai peminatnya datang memandangkan semalam ada perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur. Banyak jalan ditutup tapi alhamdulilah, ianya tak menjejas langsung Malam Gala malah, Budiey rasa peminat setia dan pengguna SimplySiti berpusu-pusu datang untuk menyokong serta menyaksikan persembahan Siti.

    Semalam juga mencatat lagi satu sejarah buat SimplySiti di mana 2 produk terbaru iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition dilancarkan dengan penuh gimik di mana produk ini diperkenalkan sejurus selepas Siti mendendangkan lagu pembukaannya. Tahniah buat SimplySiti!

    Produk terbaru ini dikatakan akan memberi dua pilihan dan dua gaya buat pengguna yang ingin mendapatkan kesan solekan menarik sempena musim perayaan yang akan tiba tak lama lagi. Ia hadir dalam pek dan beg eksklusif dengan tiga produk iaitu gincu bibir Gorgeous Lip Color, pemerah pipi Shimmer Blush dan pembayang mata Duo Eye Shadow. Ianya diformulasi khas dengan SPF 15, vitamin E dan minyak jojoba untuk kesihatan dan kecantikan kulit korang. Masa sidang media, Siti cakap, kedua-dua produk ini boleh didapati di pasaran mulai awal Ogos ini.

    VIDEO Gimik Pelancaran: Dato' Siti Nurhaliza dibonceng Datuk K di Malam Gala SimplySiti

    Gimik opening juga Budiey kira grand la juga di mana Dato' Siti dibonceng oleh Datuk K menaiki motor tajaan dari Naza Motor. Walaupun Budiey pernah tengok gimik macam ni di Konsert Kemuncak Suria FM, kali ini nampak lain sebab ianya menjadi simbolik kepada minat terbaru Siti Nurhaliza di mana Siti sekarang ni memang gemar bersiar-siar naik motor.

    Siti Nurhaliza

    Siti Nurhaliza

    Siti Nurhaliza

    Siti Nurhaliza

    Siti Nurhaliza

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • SimplySiti Sasar Pasaran Indonesia
  • Dato' Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • 10 Fakta Menarik Projek Terbaru Siti Nurhaliza untuk SimplySiti
  • Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam
  • Siti Nurhaliza Buat Rawatan Akupunktur Untuk Dapat Anak
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Sidang Media Pelancaran Sity Avita
  • Siti Nurhaliza Beri Hadiah Peribadi di Malam Gala SimplySiti
  • Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Aidilfitri SimplySiti
  • Gambar Fara Fauzana di Rumah Terbuka SimplySiti
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.