Adsense

Sabtu, 2 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kemudi MTV guna resipi sendiri

Posted:

Kemudi MTV guna resipi sendiri

Kemudi MTV guna resipi sendiri



BAGAIKAN satu magis buat Holly Grabarek apabila namanya diumumkan sebagai juara pencarian VJ MTV yang diumumkan pada majlis World Stage Live yang berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Ogos tahun lalu.

Holly,21, menganggap kejayaannya menumpaskan 20 finalis lain dari seluruh dunia yang bersaing bersamanya ketika itu adalah satu cabaran untuk menjadi hos yang lebih baik.

Teruja, gembira dan cemas digaul sebati menjadi rempah melengkapkan penampilannya sebagai jurumudi atau VJ MTV terkini bagi rancangan berkonsepkan muzik video yang serasi dengan golongan remaja itu.

"Sememangnya perasaan gemuruh, gugup dan gementar sentiasa dirasai apatah lagi terpaksa berdepan dengan bilangan penonton yang ramai.

"Kaedah terbaik adalah membiasakan diri dengan skala yang lebih kecil misalnya 5,000 orang dan yakin pada diri sendiri," bicara gadis kacukan Ireland, Jerman dan Cina itu pada pertemuan dengannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, sejak kali terakhir bertemu audiens dalam jumlah yang ramai pada bulan Ogos tahun lalu, Holly sentiasa belajar daripada pengalaman VJ MTV terdahulu umpamanya Denise Keller, Sonia Couling dan pasangan yang sentiasa bergandingan dengannya ketika ini, VJ Utt dari Thailand.

Gandingan serasi

Pasangan yang sama juga akan bergandingan dengan Holly pada 24 Julai ini di i-City, Shah Alam dalam rancangan secara langsung MTV World Stage Live in Kuala Lumpur.

Menurutnya, rakan hosnya itu merupakan sumber inspirasi dan motivasi utamanya ketika mengendalikan rancangan tersebut di depan lensa kamera.

"Mujur adanya Utt yang sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada saya. Nasihatnya, proses belajar dari semasa ke semasa amat penting kerana semakin kerap saya berlatih, lebih bagus kualiti yang akan dihasilkan," tuturnya yang mengakui kehebatan Utt.


GADIS yang memiliki keyakinan diri yang kuat ini percaya pada naluri dirinya.


Jelasnya lagi, hubungan yang serasi sesama pasangan hos memberikan jaminan sesebuah program berjalan lebih relaks, santai dan bersifat semula jadi.

Tatkala ditebak dengan pertanyaan mengenai perbandingan yang mungkin timbul antaranya dan VJ MTV terdahulu, Holly menjawab kayu ukur sebenar terletak dalam naluri dirinya.

"Saya tidak fikir untuk membandingkan diri sendiri dengan VJ MTV sebelum ini, ia sebenarnya lebih bersifat peribadi.

"Jika perkara yang saya lakukan membuatkan saya ketawa, gembira, tenang dan ceria melakukannya, itu sudah cukup untuk melabelkan sejauh mana tahap saya dalam bidang ini," terangnya lagi.

Psikologi ke MTV

Sebagai penuntut jurusan Psikologi, tugasnya mengendalikan rancangan yang berskala besar seperti MTV ibarat berada di persimpangan antara peluang dan risiko.

"Pernah saya merasakan tidak akan ada masa untuk mengulang kaji pelajaran akibat terlalu sibuk dengan penggambaran dan kerja yang akhirnya menyebabkan saya penat, tapi peluang ini tidak akan datang berulang kali jika saya melakukannya sambil lewa," katanya yang bercita-cita menjadi seorang ahli arkeologi atau peguam.

Dalam pada itu, kehidupan bergelar seorang figura yang dikenali ramai sedikit sebanyak mengajarnya berdikari dan membuat keputusan.

"Saya tetap perlu melakukan tugasan sebagai seorang pelajar, menghadiri kuliah dan berkerja. Jadi, saya harus memberikan komitmen dan prioriti dalam masa yang sama," ceritanya lanjut.

Berbicara soal kehidupan sosial setelah bergelar seorang VJ MTV, Holly menegaskan kebanyakan individu yang berada di sekelilingnya masih merupakan insan yang sama.


HOLLY amat berbangga kerana menjadi warga Asia.


"Saya lebih gemar menghabiskan masa terluang bersama dengan kawan-kawan yang sama sebelum saya bergelar seorang VJ.

"Cuma sekarang saya akan berjumpa lebih ramai kenalan baru dan kadangkala ada juga peminat yang menegur saya ketika berada di luar," ceritanya tanpa lokek mengukir senyum.

Diversiti stail dan muzik

Tidak mengehadkan minat dalam berfesyen dan muzik, Holly yang juga memiliki band sendiri yang diberi nama SunnyCloud malah turut menjadikan Shirley Manson sebagai idolanya dalam industri muzik.

"Meluangkan masa bersama dengan band saya yang kesemuanya adalah lelaki merupakan kaedah terbaik untuk saya berhibur dalam kadar yang sangat menjimatkan. Selain itu, kami juga dapat menenangkan fikiran bersama dengan memainkan lagu-lagu kesukaan kami.

"Biasanya kami gemarkan lagu-lagu nyanyian Shirley Manson daripada band Garbage kerana lirik dan iramanya yang sangat menyuntik inspirasi, kadangkala saya tertanya-tanya bagaimana dia mampu menghasilkan lirik yang begitu bermotivasi dan positif," ungkapnya yang sejak kecil menetap di Singapura sedangkan kedua-dua ibu bapanya pula kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Dari aspek fesyen pula, Holly lebih gemar melayari internet terutama laman web www.looklook.nu untuk meninjau perkembangan fesyen terkini.

"Saya tidak suka fesyen selebriti yang selalunya mahal dan sukar diperoleh, biasanya hanya berpandukan fesyen semasa yang dipakai oleh orang ramai sudah memadai buat saya melengkapkan koleksi pakaian dan pada masa yang sama tetap kelihatan menawan," ujarnya yang turut bercita-cita menceburkan diri dalam dunia lakonan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Geisha meraih sukses

Posted:

Geisha meraih sukses

Geisha meraih sukses


MOMO menyuntik elemen vokal buat kumpulan Geisha.


SELEPAS kejayaan album sulung Anugrah Terindah, grup terkenal dari Pekanbaru, Sumatera, Indonesia, Geisha kini tampil mempertaruhkan kelahiran album kedua mereka berjudul Meraih Bintang.

Sebelum ini, single mereka yang berjudul Jika Cinta Dia telah mengangkat nama kumpulan itu dan meraih populariti mega di stesen-stesen radio Indonesia sehingga kini.

Berusia lapan tahun sejak kumpulan itu ditubuhkan pada Disember 2003, pembikinan album kedua bersama 11 lagu baharu yang memakan masa selama sembilan bulan turut memperkenalkan dua single terbaharu - Cinta & Benci dan Remuk Jantungku.

Bagi vokalis Geisha, Momo yang merupakan satu-satunya bunga dalam kumpulan itu, tempoh masa yang agak panjang untuk proses pembikinan album kedua itu puncanya daripada kepadatan jadual persembahan bukan saja di Indonesia malahan di beberapa negara Asia.

"Bagi tujuan mempromosi album pertama dan kedua ini jadual kami sentiasa padat sehinggakan terpaksa mencuri sedikit waktu selepas setiap kali show untuk berbincang mengenai lirik dan irama lagu-lagu album kedua ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Geisha di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Genre muzik pop tetap menjadi landasan utama Geisha bergerak dalam industri hiburan di Indonesia, Hong Kong, Malaysia dan bakal melayarkan sayap ke Thailand tidak lama lagi.

"Album kali ini lebih matang dari segi muzik, vokal dan liriknya dan kehendak kami mahu membawa pendengar bersama mendalami maksud di sebalik setiap lagu," ujar gadis bermata bundar itu sambil ditemani empat rakan lainnya.

Tambahnya, keistimewaan album grup Geisha yang bernaung di bawah Musica Studio itu juga terletak pada penceritaan yang diselitkan di sebalik beberapa buah lagu termasuk kisah kontroversi Ariel Peterpan dan Luna Maya.

"Kelainan juga ditampilkan dalam album ini dengan menyelitkan cerita di sebalik beberapa buah lagu selain mengambil pandangan daripada peminat.

"Sementara, lagu Kerana Mu didedikasikan khas buat Ariel dan Luna Maya sekali gus membuktikan sokongan kami terhadap peristiwa yang terjadi kepada mereka," bicaranya.

Elemen cinta dan perasaan masih menjadi ruji lagu-lagu yang dibariskan dalam album Meraih Bintang. Misalnya menerusi komposisi lagu Pergi Saja yang menyuntik sedikit warna bersama manifestasi dentingan piano mengiringi bait-bait katanya.

Bagi yang gemarkan muzik yang bertempo sedikit rancak dan bertenaga, lagu Cukup Tak Lagi, Aku Bukan Mereka dan Ku Menyerah adalah hadiah terbaik.

Sesuai dengan tajuk album kedua Geisha, harapan mereka mahu meraih sebanyak mungkin peminat di Malaysia selain negara asal mereka, Indonesia.

"Kami ingin mendapat sokongan peminat yang menggemari konsep lagu yang kami berikan dalam industri muzik ini dan semoga mendapat maklum balas positif daripada pendengar," getus Momo mengakhiri bualan.

Geisha dianggotai oleh lima ahli iaitu Momo sebagai vokalis, Roby (gitar), Nard (bass), Dhan (keybord) dan Aan (drum).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyatuan muzik Budi, Brenda

Posted:

Penyatuan muzik Budi, Brenda

Penyatuan muzik Budi, Brenda


BRENDA menangguhkan pengajiannya dalam bidang pergigian demi mengasah bakat nyanyiannya terlebih dahulu.


SYAHBUDIN SYUKUR, 23, atau Budi dan Brenda Anura Lundo Jamin, 17, mungkin nama yang masih kurang bisanya untuk menyengat pendengar di Malaysia atau Indonesia.

Namun, bagi pelantun lagu Inikah Cinta dan Do Re Mi, Budi menyatakan kesediaannya menyumbang bakti dalam bidang seni suara.

"Selepas single pertama Do Re Mi, saya serahkan kepada peminat di kedua-dua buah negara Indonesia dan Malaysia untuk menilai kualiti karya saya itu," kata Budi, anak kelahiran Indonesia itu ketika ditemui usai majlis pelancaran filem Gerimis Mengundang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya yang pernah bergerak bersama grup After Close di Indonesia selama empat tahun, keputusannya untuk bergerak secara solo dirasakan lebih serasi dengan jiwanya.

"Saya bisa memperlihatkan kelebihan diri apabila mula bergerak solo.

"Kini sudah lebih 30 buah lagu berjaya saya hasilkan, bermula daripada penulisan lirik hingga penciptaan lagu," katanya yang sudah menamatkan pengajiannya dalam bidang teknologi maklumat di Dharmajaya, Bandar Lampung, Sumatera Indonesia.

Mencetus genre pop-reggaeneration, tuturnya, konsep muzik berentak catchy dan segar itu semakin menjadi ikutan dan trend semasa.

Namun, atas dasar cintanya dalam bidang muzik, cita-citanya untuk menyambung pelajaran dalam bidang seni dipendam buat sementara waktu untuk meluahkan segala yang terpendam buat peminatnya di kedua-dua negara.

Hampir sama kisahnya dengan penyanyi baru yang dicungkil bakatnya oleh Erama Creative Sdn. Bhd. menerusi Pertandingan Nyanyian Suara Emas JPNIN di Sabah tahun lalu.


BUDI yang sebelum ini menganggotai grup After Close kini lebih aktif berkarya selepas bergerak secara solo.


Dikomersialkan namanya sekadar Brenda, peluang mengikuti pengajian dalam jurusan pergigian dilupakannya seketika walau sentiasa berkalung penyesalan.

"Saya meraih tawaran dalam bidang pergigian di Matrikulasi Labuan, tapi mengorbankan pelajaran untuk terus setia dalam bidang nyanyian atas dasar minat," bicara gadis manis kelahiran Sabah itu.

Bakatnya juga mula dikesan melalui YouTube apabila lagu duetnya bersama S. Welly berjudul Pinirubaan Mogowit Piupusan (bermaksud pertemuan membawa percintaan) dimuat naik dalam laman sesawang itu.

Mula berjinak-jinak dalam bidang seni suara sekitar usianya 13 tahun, Brenda kini sudah punyai single sendiri berjudul Mulut Longkang.

"Am-pop merupakan genre pilihan saya, selain menyanyi saya juga minat menari dan lagu yang dicipta oleh Jasni Mohd. ini amat serasi dengan jiwa saya," jelasnya yang menjadikan penyanyi Filipina, Charice Pempengco sebagai idolanya.

Bakat Budi dan Brenda kini disatukan pula menerusi lagu Gerimis Mengundang yang disusun semula untuk dijadikan runut bunyi filem Gerimis Mengundang hasil kolaborasi Erama Creative Sdn. Bhd. dan Excellent Pictures.

Kata Budi pula: "Adalah satu penghormatan bagi saya untuk menyanyikan lagi Gerimis Mengundang yang punyai pesonanya sendiri dan kini terbukti bahawa lagu merupakan bahasa universal yang menyatukan dua buah negara."

Selain itu, sebuah lagu baharu berjudul Manusia Biasa turut dinyanyikan oleh Brenda dalam filem yang akan memulakan penggambaran di Sabah dan Jakarta itu tidak lama lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.