Adsense

Sabtu, 2 Julai 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) Imam Muda Hassan juara IMAM MUDA 2

Posted: 01 Jul 2011 09:48 PM PDT



Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim kedua (IM2) selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah, di sini, Jumaat. Kemenangan tersebut melayakkan Hassan membawa pulang hadiah tajaan biasiswa penuh pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah serta wang tunai RM55 ribu.


Dia juga menerima sebuah iPad, telefon bimbit, voucer Perabot Jati bernilai RM15 ribu, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital dan trofi.

Manakala Nazrul menerima biasiswa pengajian di universiti yang sama, kereta Proton Persona dan wang tunai sebanyak RM20 ribu. Pemuda dari Johor ini juga menerima voucer Perabot Jati bernilai RM10 ribu, pakej umrah, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.

Sementara itu, lapan lagi peserta yang sudah tersingkir menerima biasiswa pengajian di universiti yang sama, pakej umrah, iPad, pakej percutian, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.
-Sumber : mStar

Ps: Alhamdulillah.. Tahniah kepada Imam Muda Hassan. :)

4 Langkah Senang untuk menjadi LANUN macam JACK Sparrow!

Posted: 01 Jul 2011 05:17 PM PDT


Kenal tak Jack Sparrow?? Lanun paling femes..dari movie Pirates of the Caribbean..Nak jadi macam Jack Sparrow ni?? Mari ikut 4 langkah senang ini...:-P 

(Gambar) Juhara Ayub berbaju kebaya

Posted: 01 Jul 2011 11:11 AM PDT



Gambar dibawah ini merupakan gambar pelakon, Juhara Ayub yang berbaju kebaya dan bertudung. Memang manis dan sejuk mata memandang. Juahara memakai pakaian ni bersempena lakonannya untuk pementasan dalam teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan mulai 6 Julai hingga 12 Julai ini di MaTIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Juhara melakonkan watak utama, Halimah yang juga kisah perjalan hidup pengasasa perniagaan berasaskan herba, Jamu Mak Dara (JMD), ibu Halimah Shuib. Nak tengok lebih lanjut, g lah tengok nanti yer. :)

Sumber : ManggaOnline

(GAMBAR & VIDEO) Noh & Mizz Nina Selamat Diijabkabulkan

Posted: 01 Jul 2011 11:08 AM PDT


Noh dan Nina selamat dinikahkan.
PETALING JAYA: Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman,31.
Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 10.20 malam, Jumaat.
Manakal bapa Noh, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias bertindak sebagai saksi kepada kedua-dua pengantin.
Turut serta menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail.
Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.
Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, "Playbook" dan cincin.
Menurut Noh, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.
"Saya berdoa supaya kami kekal selamanya. Selepas ini kami merancang untuk berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu.
"Percutian ini juga dikira sebagai masa rehat memandangkan jadual kerja kami begitu padat dengan aktiviti seni sebelum majlis ini (nikah)," katanya.
Bagaimanapun Nina belum memikirkan untuk memperoleh anak dalam masa terdekat.
"Kalau nak diikutkan, kami merancang untuk menerima seorang anak selepas dua tahun perkahwinan kami bagi mengukuhkan kerjaya.
"Tetapi jika rezeki itu datang lebih awal, kami tidak menolak," ujar Nina.
Pada majlis nikah itu, Noh mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane.
Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan.
Kemudian, pasangan ini akan diraikan pada sebuah resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan pada 6 Julai ini manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.
Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama bekerjasama menyanyikan lagu Kurnia ciptaan Noh pada 2008 dan cinta mula berputik setahun selepas itu.



(GAMBAR) Tomok Dan Rahayu Selamat Bernikah

Posted: 01 Jul 2011 11:03 AM PDT

Tomok dan Rahayu selamat dinikahkan. Foto - SHAARI CHEMAT
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.
Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11.
Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.
Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat.
Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis nikah bertemakan bidadari itu
Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).


Sumber:mstar

Jemputan Perkahwinan Nurul Syuhada Terhad

Posted: 01 Jul 2011 10:58 AM PDT

Nurul Syuhada bersama kekasihnya, Raja Amir.
PETALING JAYA: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, akan mengadakan majlis pernikahannya dengan seorang pegawai bank , Raja Amir Raja Azwa,29, pada 23 Julai depan untuk tetamu jemputan sahaja.

Sumber pihak TV3 yang dihubungi memberitahu majlis persandingan akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan pihak media terpilih.
Manakala, upacara pernikahan akan dijalankan seminggu lebih awal.
"Kad undangan sudah diedarkan tetapi majlis tersebut untuk ahli keluarga, kenalan rapat dan pihak media tertentu sahaja. Ia disebabkan tempat agak terhad," ujar sumber itumStar Online, di sini, Khamis.
Dalam pada itu, majlis sebelah pihak perempuan dijangka akan berlangsung pada September atau Oktober depan di Rembau, Negeri Sembilan iaitu kampung halaman Nurul.
Sementara itu, Nurul Syuhada yang dihubungi untuk bercerita tentang majlis itu tidak dapat memberi komen lanjut kerana perkara itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak TV3 terlebih dahulu.
Sebelum ini pengacara tersebut memberitahu telah mengenali bakal suaminya sejak dua tahun lalu dan rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lepas.
Dia juga pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.


sumber:mstar