Adsense

Jumaat, 3 Jun 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Skuasy sukan pilihan Shahril

Posted:

Skuasy sukan pilihan Shahril

Skuasy sukan pilihan Shahril


SHAHRIL sering menghabiskan masa bersama kawan-kawannya dengan bermain skuasy.


Bermula dengan bola sepak, badminton dan sebagainya, satu persatu sukan yang diceburinya sebelum ini ditinggalkan dek kerana kesibukannya mentelaah di menara gading.

Kini, setelah berjaya menyandang jawatan sebagai pembaca berita di saluran televisyen milik kerajaan, RTM itu, Shahril mencuba pula untuk bermain skuasy, permainan yang menobatkan Datuk Nicole David selaku pemain nombor satu dunia itu.

Kata Shahril, dia mula berjinak-jinak dengan sukan skuasy tidak sampai sebulan yang lalu. Semuanya gara-gara ingin mencuba.

"Saya bukanlah seorang pemain sukan yang bagus. Tetapi hasrat saya mahu mencuba pelbagai jenis sukan itu memang mendalam.

"Sekurang-kurangnya, saya tahu selok-belok dan peraturan yang terdapat dalam sesuatu sukan.

"Setelah hampir sebulan bermain skuasy, saya mula jatuh cinta dengan sukan ini kerana ia menguji ketangkasan tangan dan kaki pada tahap yang lebih tinggi berbanding sukan lain," katanya kepada S3 ketika ditemui di Gelanggang Skuasy, Kompleks Sukan Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur,

Menurut anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan itu, selain menguji fizikal, skuasy memerlukan pemainnya mempunyai fikiran yang tajam bagi menentukan hala tuju bola yang dipukul.

Tambahnya, strategi bermain skuasy dalam menentukan arah bola sangat penting untuk menewaskan pihak lawan.

"Sukan ini amat meletihkan sekiranya bermain secara individu, sebab itulah saya sering bermain secara regu untuk mengelakkan keletihan melampau.

"Kalau ada kawan-kawan yang tidak sibuk, saya akan ajak mereka main bersama sekurang-kurangnya dua jam," tutur Shahril yang merupakan peserta program realiti Penyampai Ikon yang disiarkan di TV1 tidak lama dahulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BEAST mengganas!

Posted:

BEAST mengganas!

BEAST mengganas!

Dalam program Music Bank terbitan KBS World yang juga dapat ditonton oleh peminat Malaysia di saluran Astro 391 minggu lalu, dua lagu daripada album sulung rasmi kumpulan itu berjaya mencuri tempat dalam carta.

On Rainy Days menjuarai takhta manakala Fiction di tangga kelapan.

Bagi yang sudah menonton video muzik Fiction, pasti terpesona dengan koreografi khususnya gaya tari 'kaki sotong' yang mengiringi lagu tersebut.

Memandangkan ini album pertama mereka, banyak kelainan ditawarkan kepada peminat termasuk lagu 'Freeze' yang digubah oleh anggotanya sendiri iaitu penyanyi rap Yong Junhyung. Selain itu ada juga lagu 'Lightless' versi 'unplugged' yang dimuatkan sebagai hadiah istimewa untuk peminat mereka.

Dan bagi peminat mereka di Malaysia, satu lagi hadiah istimewa menanti kerana kumpulan itu sudah pun bersetuju untuk mengadakan BEAST Showcase Live in Malaysia 2011 di Sunway Lagoon pada 8.30 malam, 1 Julai depan.

Walaupun baru sahaja mengadakan konsert bersama 4Minute dan G.Na di Kuala Lumpur pada 13 Januari lalu, kesediaan mereka datang sekali lagi dalam jangkamasa yang singkat seolah-olah menunjukkan ada keserasian dengan para peminat mereka yang digelar BEAUTY di Malaysia!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.