Adsense

Isnin, 13 Jun 2011

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Keputusan penuh AF9 Hazama dinobatkan sebagai juara

Posted: 12 Jun 2011 05:32 PM PDT

hazama af9 juaraAkhirnya Akademi Fantasia 9 (AF9) sudah melabuhkan tirainya semalam di Dataran Putrajaya, Konsert akhir AF9 semalam menyasikan Hazama telah dinobatkan sebagai juara AF9 yang juga Akademi Fantasia yang terakhir buat selama-lamanya.. Hazama telah menewaskan 4 peserta yang lain dengan jumlah undian sebanyak 45%… ini bermakna hampir separuh daripada pengundi telah memilih Hazama untuk dijadikan sebagai juara AF9 yang terakhir..

Dibawah adalah keputusan penuh pemenang AF9 setelah undian ditutup;
1) Hazama – 45%
2) Lena – 28%
3) Fina – 15%
4) Azri – 12%

Hazama yang juga Juara Akademi Fantasia 9 telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro, sebuah kamera Sony Handycam bernilai 3,299 serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root.

Lena yang menjadi Naib Juara pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 serta hamper dan wang tunai sebanyak RM2,000 sumbangan Power Root.

Tempat ke-3 yang dimiliki oleh Fina pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 serta hamper dan wang tunai sebanyak RM1,000 sumbangan Power Root.

Manakala Azri yang mendapat tempat ke-4 hanya membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 beserta sebuah piala sumbangan Astro serta sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499..

MyGosip ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.. Apa yang pasti, kesemua meraka adalah pemenang tiada yang pengalah..

keputusan penuh akademi fantasia 9 af9

Menuju puncak dinyanyikan buat kali terakhir semalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.