Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Gambar) Majlis Pertunangan Elly Mazlein & Azmi, Dulu Pengarah Kini Bakal Suami.

Posted: 31 May 2011 09:18 PM PDT

Tahu tak, Elly Mazlein merupakan satu-satunya pelakon & penyanyi yang berjaya mendapat hati kami. Walaupun Elly Mazlein ni boleh dikatakan senior dalam dunia hiburan, tetapi setiap kali kami tonton lakonannya, memang boleh jatuh hati beb!

Berbekalkan raut wajah yang manja serta suara yang lembut, mana-mana lelaki pun akan jatuh hati pada empunya nama Elly Mazlein ini. Kini, Elly Mazlein sudah pun mengikatkan tali pertunangannya bersama Azmi, yang dahulunya pengarah, kini bakal suami. Kami ucapkan tahniah buat Elly Mazlein, walaupun hati ada sedikit sedih.

Elly Mazlein akan melangsungkan perkahwinannya pada Januari atau Februari depan. Kredit gambar buat akhbar kesukaan kami, MStar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siti Nurhaliza Nafi Beli Penthouse RM20 Juta

Posted: 31 May 2011 08:33 PM PDT

Timbulnya gosip seumpama ini untuk artis berprofil tinggi seperti Datuk Siti Nurhaliza bukanlah perkara yang janggal. Ceritanya, sebuah portal hiburan berkongsi cerita mengenai sebuah penthouse mewah yang berkedudukan di hadapan KLCC, mempunyai keluasan 7000 kaki persegi, kononnya dibeli oleh Siti Nurhaliza pada harga RM20 juta!

Menurut gosip tersebut, beberapa penghuni kondominium mewah berkenaan pernah terserempak dengan kelibat Datuk Siti Nurhaliza di dalam lif yang dipercayai tinggal di tingkat 40.

Dan, perkembangan gosip ini mendapat perhatian Siti Nurhaliza. Melalui laman Twitter, Siti Nurhaliza menafikan gosip tersebut dengan berkata, "Salam, alangkah nikmatnya namun itu gosip sahaja. Jangan terpedaya ya."

Kenyataan balas Siti Nurhaliza mengenai gosip tersebut sekaligus menutup desas-desus pemilikan rumah mewah tersebut. Tetapi, pada kami, memang tak hairan pun kalau Siti Nurhaliza boleh memiliki rumah mewah tersebut. Iyalah, suaminya pun ahli perniagaan terkenal, kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan