Adsense

Selasa, 31 Mei 2011

borak kosong

borak kosong


"Saya telah membunuh anjing saya - ha, ha."

Posted: 31 May 2011 09:00 PM PDT

Brutal betul budak ni...
saya petik dari kosmo online

POPRAD, Slovakia - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun merakam aksi dia menggantung anjing peliharaannya dan menyiarkan gambar-gambar tersebut di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja berkenaan, Kamil Hric menulis di akaun Facebooknya: "Saya telah membunuh anjing saya - ha, ha."

Gambar tersebut menunjukkan anjing berkenaan cuba meronta semasa ia digantung di ampaian, manakala Hric melihat kejadian itu sambil ketawa.

Hric yang berasal dari Poprad ditangkap selepas beberapa orang pengguna Facebook memaklumkan kejadian itu kepada polis. Hric dilaporkan memberitahu pendakwaraya: "Apa masalahnya? Ia cuma seekor anjing. Saya membunuhnya untuk berseronok." - Agensi

Di Britain ada pencarian ahli parlimen paling seksi

Posted: 31 May 2011 08:30 PM PDT

Macam-macam..
saya petik dari myMetro

Luciana Berger,

LONDON: Sebuah laman sesawang yang menyediakan ruang kepada pelayar mengundi memilih Ahli Parlimen Britain paling seksi kini popular di Internet.

Untuk mengundi, pelayar perlu melawat sexymp.co.uk dan di situ dipaparkan dua gambar Ahli Parlimen untuk dipilih.

Pelawat juga diminta menyatakan pilihan Ahli Parlimen mana yang diingini jika diberi peluang mengadakan hubungan seks.

Hasil undian itu kemudian digunakan untuk memilih ahli politik paling menarik.

Sehingga malam tadi, wakil Parti Buruh, Luciana Berger, berada di tempat teratas, mengatasi Tories Penny Mordaunt dan Charlotte Leslie.

Bagi tokoh lelaki, seorang lagi wakil Parti Buruh, Chris Evans, berada di puncak, diikuti Tory Zac Goldsmith dan Tristram Hunt.Laman sesawang itu dibina bintang siri realiti Made In Chelsea, Francis Boulle.

Katanya, walaupun menjangkakan ada pihak yang kurang senang dengan pengundian berkenaan."Bagaimanapun, bukan tujuan saya untuk menyakiti sesiapa," katanya. - TS
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Doktor di denda serta diberi amaran kerana tercabut gigi sihat

Posted: 31 May 2011 07:00 PM PDT

Kesilapan manusia..
saya petik dari Berita Harian

gambar hiasan

SINGAPURA: Seorang doktor gigi didenda S$3,000 (RM7,337.48) dan diberi amaran kerana tersilap mencabut dua batang gigi sihat seorang pesakit di Pusat Pergigian Nasional (NDC). 

 Dr Debbie Hong Pooi Mun, pakar bedah gigi NDC, mengaku bersalah selepas didakwa Jawatankuasa Disiplin Majlis Pergigian Singapura (SDC). 
 Dalam kes itu, Dr Hong tersilap mencabut dua gigi pesakit berkenaan pada Mei 2007– satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian bawah. 

 Menurut kenyataan SDC semalam, Jawatankuasa Disiplin berpendapat kesilapan mencabut gigi adalah perkara serius. Kesilapan itu boleh dielakkan jika Dr Hong lebih teliti ketika menjalankan tugasnya. 

 Hukuman yang dikenakan ke atas Dr Hong dibuat setelah mengambil kira faktor lain dan kesediaannya mengaku bersalah. 

 Selain didenda S$3,000 dan diberi amaran, Dr Hong juga diperintahkan membayar kos proses disiplin. 

 Sementara itu, NDC semalam turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. 
 Selain daripada memohon maaf, NDC juga memberikan rawatan pembetulan lanjut kepada pesakit berkenaan dan kosnya dibiayai sepenuhnya oleh pusat terbabit. 

 Menurut siasatan yang dijalankan, kesilapan itu berpunca daripada kesilapan identiti pesakit dengan borang rawatan  
dilampirkan dengan resit nombor pesakit yang salah. – Agensi

Kesian...Ibubapa sakit mental sorok mayat bayinya didalam stor

Posted: 31 May 2011 06:45 PM PDT

Kesian bayi yang tak berdosa tu..
saya petik dari myMetro

SUNGAI SIPUT: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan mati dipercayai akibat didera ibu bapanya yang sakit mental sebelum mayatnya ditemui di dalam stor, penuh kesan luka dan lebam pada tubuh dan dibalut dengan kain batik berwarna merah.

Mayat bayi itu ditemui bapa saudaranya di rumah sewa dihuni pasangan berkenaan di Taman Muhibbah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Ketika mayat bayi itu ditemui, ibu bapanya tanpa reaksi sedih memberi alasan mereka tidak tahu anak mereka sudah mati dan memberitahu bayi itu 'disimpan' selepas didapati tidak bergerak sejak jam 11 pagi kelmarin.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual burger pernah mendapat rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, sebanyak dua kali dan isterinya juga dikatakan turut mengalami masalah serupa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Ernest John berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa saudara mangsa yang dibuat di Balai Polis Sungai Siput pada jam 2.41 pagi semalam.

Bercakap kasar,mencarut di tempat awam akan didenda di Australia

Posted: 31 May 2011 05:00 PM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, MELBOURNE – Warga Australia menyukai gaya bicara yang sederhana tapi baru-baru ini kecenderungan itu ditetapkan dalam hukum yang akan membatasi gaya bicara seseorang.

Hukum itu bakal membolehkan polis untuk menjatuhkan denda di tempat bagi mereka yang diketahui menggunakan kata-kata sumpah seranah. Kota kedua terpadat di Australia itu dijadualkan menyetujui sebuah undang-undang baru minggu ini, di mana polis dapat menjatuhkan denda hingga 240 dolar Australia kepada orang-orang yang menggunakan kata-kata atau frase yang menyinggung.

Jaksa Agung Victoria Robert Clark mengatakan, denda tersebut mirip dengan denda yang diberikan bagi mereka yang tertangkap memecutt atau parkir ilegal, yang akan mengurangi beban polis.

"Ini akan memberikan polis alat yang mereka perlukan untuk dapat bertindak melawan perilaku buruk semacam itu di lokasi kejadian, daripada harus membawa pelaku ke pengadilan dan menghabiskan waktu dan wang dalam prosesnya," kataya.

Namun bahkan para pengacara utama negara juga mengakui jika mereka kadang-kadang menyumpah. "Kadang-kadang saya menggumamkan sesuatu seperti orang lain juga mungkin," katanya kepada radio ABC.

"Tetapi hukum ini tidak ditujukan untuk itu, hukum ini ditujukan pada perilaku yang menjengkelkan, sikap ofensif atau menyerang di depan umum yang membuat hidup tidak menyenangkan bagi orang lain," demikian Robert Clark.

Sosej digunakan untuk ganti pen touch screen phone

Posted: 31 May 2011 11:01 AM PDT



sumber gambar : stomp.com.sg

Pelik...Tumbuhan yang boleh menanam dirinya sendiri

Posted: 31 May 2011 10:01 AM PDT

VIVAnews - Para peneliti dari University of California, Berkeley, menemukan fakta adanya benih tumbuhan yang boleh menanam dirinya sendiri. Tumbuhan bernama Erodium cicutarium, yang memiliki keunikan ini.

Erodium cicutarium adalah tumbuhan berbunga yang termasuk dalam family Geranium. Tanaman ini biasanya tumbuh di iklim hangat.

Benih tumbuhan yang juga dikenal dengan sebutan Redstem filaree ini mengubur diri dengan cara memutar. Berputar seperti mesin penebuk, Redstem filaree bergerak ke bawah untuk menempatkan dirinya di tanah.

Keunikan ini pertama kali dipublikasikan dalam Journal of Experimental Biology. Dalam jurnal ilmiah itu disebut, saat buah menumbuh, bibit dalam keadaan basah. Namun ketika bibit mengering, muncul untaian bibit yang kemudian akan bergerak memutar spiral seperti mesin penebuk.


Gigi Palsu Selamatkan Datuk yang Tertembak di Wajah

Posted: 31 May 2011 09:25 AM PDT

TEMPO Interaktif, Brazil -Seorang lelaki tua Brazil yang tertembak di wajahnya lepas dari kematian ketika gigi palsunya menyekatkan peluru yang menuju otaknya.

Seorang pegawai hospital mengatakan bahawa Zacarias Pacheco de Moraes, 81 tahun, ditembak pada hari Khamis saat bekerja di sebuah bar miliknya di kota kecil Alta Floresta.

Jose Marcos da Silva yang dikutip oleh website G1 Globo TV hari Sabtu mengatakan bahawa peluru itu akan menembus otak Moraes jika tidak mengenai gigi palsunya. Peluru itu kemudian tinggal di tenggorokannya.

Pegawai itu mengatakan peluru itu tidak akan dikeluarkan segera kerana operasi saat ini akan terlalu berisiko.

Silva mengatakan pesakit dalam keadaan stabil, tetapi dalam bahaya kehilangan bahagian dari penglihatannya kerana lintasan peluru. Silva tidak menjelaskan keterangannya lebih lanjut.

Kerana terlampau tinggi kanak-kanak ini tak dapat memesan menu kanak-kanak

Posted: 31 May 2011 08:00 AM PDT

TEMPO Interaktif, Sekelompok pelajar berusia 11 tahun tidak boleh memesan menu makanan untuk kanak-kanak di sebuah restoran Cina, The Real China, di Cheltenham, Gloucester, Inggris. Penolakan itu lantaran tinggi badan mereka dinilai melebihi ketentuan.

Anak-anak itu ditolak kerana tinggi mereka lebih dari 4 kaki atau sekitar 138 centimeter. Mereka diberitahukan tidak boleh mendapatkan diskaun menu anak-anak berusia di bawah 12 tahun kerana tinggi mereka melebihi batas ketinggian.

Chen Hunag, Manager Operasi Real China, meminta maaf kepada mereka. Dia menjelaskan, di restoran ini kadang-kadang mengukur tinggi anak-anak pada sebuah tanda di dinding. Itu dilakukan untuk mengetahui apakah tinggi mereka mencapai 140 centimeter. "Saya mengira, ini menjadi tidak fair jika ternyata mereka anak 11 tahun yang terlihat seperti anak 12 tahun," ujarnya seperti dilapor Daily Mail, Isnin, 30 Mei 2011.

Seorang anak, Molly Champhion-Pinchin, marah dan kecewa dengan kejadian itu. Sebab, ia sudah menanti acara makan-makan itu. "Mereka tidak mengukur kami, mereka langsung memperkirakan tinggi kami," ujarnya.

Anak-anak itu telah merancangkan makan siang spesial untuk merayakan ujian akhir sekolah. Mereka ingin makan makanan sekali bayar yang boleh makan sepuasnya seharga 3,95 poundsterling . Setelah ditolak, akhirnya mereka pindah ke McDonald's.

Nenek Molly, Tessa, mengatakan sangat kecewa. "Saya tidak pernah mendengar sebelumnya tentang mengukur tinggi (untuk memesan makanan)," ujarnya

Aneh betul mata kucing ni

Posted: 31 May 2011 07:00 AM PDT

Dua ekor anak kucing milik Ismail (49) warga Desa Luwung, Kecamatan Beji, Pasuruan ini berbeza dengan kucing-kucing lainnya. Kedua kucing ini masing-masing mempunyai warna bola mata yang berbeza. Yakni berwarna kuning dan biru muda.

 Keanehan pada bola mata sepasang kucing jantan dan betina itu semakin jelas apabila didekati. Tampak bola mata sebelah kanan berwarna kuning sedangkan sebelah kiri berwarna biru muda. Posisinya pun sama di antara keduanya.

 Saat detiksurabaya.com, Selasa (31/5/2011) berkunjung ke kediaman Ismail, nampak kedua kucing tersebut sangat lucu. Usianya yang baru 3 bulan membuat kedua binatang itu nampak manja saat dipegangi pemiliknya.

 "Yang putih ini laki namanya Apus, kalau yang hitam (kombinasi hitam-putih, Red.) perempuan namanya Empus," kata Ismail sambil menggendong kedua kucingnya.

 Bahkan, menurut Ismail, pada malam hari bola mata kucing miliknya yang berwarna biru muda berubah berubah merah seperti warna darah. "Kalau malam hari warnanya menjadi merah seperti darah," katanya.

 Bukan hanya itu, dua anak kucing yang dilahirkan oleh induk yang sama tersebut juga punya keistimewaan lain. Mereka boleh menjatuhkan cicak yang di dinding hanya dengan melihatnya.

 "Tak tahu apakah kerana matanya yang seperti ini, tapi bokeh menjatuhkan cicak hanya dengan melihatnya," terang pengusaha bekas tayar itu.

 Kerana keistimewaan yang dimiliki binatang peliharaannya, ayah empat anak ini mengaku sangat sayang pada kedua anak kucingnya. Ia bahkan tak segan memanggil kedua kucing tersebut dengan panggilan 'nak'. "Anak-anak juga sangat sayang," kataya.

Sarjana Cari Kerja di Tepi Jalan

Posted: 31 May 2011 06:00 AM PDT


Kecewa kerana tidak mendapatkan pekerjaan dengan bayaran sepatutnya dan sesuai bidang ilmu yang di pelajari, Dianez Smith melakukan aksi di jalan. Wanita berusia 26 tahun ini berdiri di pingir jalan Washington, DC, AS, ketika jalan sibuk. Di depan dadanya, terpampang sebuah kad besar bertuliskan, "Saya baru lulus kuliah dan sedang mencari kerja. Resume tersedia."

 Ketiks aksinya, Smtih mengenakan pakaian rapi berupa kod bergaris biru dan kasut tinggi hitam. Dia telah menyerahkan 17 lamaran pekerjaan kepada siapa pun yang bersedia memberikannya kesempatan.

 "Saya benar-benar memerlukkan pekerjaan. Saya perlu agar hidup layak," kata Smith seperti dikutip dari Huffingtonpost, Selasa (31/5/2011).

 Smith, yang lulus pada Mei 2010 dari Universiti Arcadia dengan gelar sarjana seni studio (studio art), sebenarnya sudah memiliki pekerjaan. Ketika ini, dia bekerja sebagai penjual basikal di Performance Bike, Rockville. Tapi bekerja penuh waktu dengan bayaran USD8 se jam, dinilai sangat tidak cukup.

 Smith harus membayar pinjaman biaya kuliah USD75 ribu dan hutang kad kredit USD3 ribu.

 Smith bukan satu-satunya lulusan perguruan tinggi yang tidak mendapatkan pekerjaan selayaknya. Minggu lalu, profesor di Universiti Rutgers, Carl Van Horn merilis kajian berjudul "Unfulfilled Expectations: Recent College Graduates Struggle in a Troubled Economy." Kajian yang dilakukan atas orang muda yang lulus dari perguruan tinggi pada 2006 dan 2010 menyatakan, kekhuatiran akan hutang merebak.

 Dari 571 lulusan, hampir 60 peratus telah meminjam wang untuk membiayai pendidikan mereka. Penelitian juga menemukan bahawa separuh dari orang muda yang lulus pada 2009, menganggur atau bekerja di bidang pekerjaan yang tidak memerlukan gelar sarjana.

 Selama berdiri di sudut jalan, Smith akhirnya mendapatkan hal yang sudah lama dia cari iaitu pengakuan. "Setiap kali seseorang mengatakan 'nasib baik', semangat saya terangkat," kenang Smith.

Setelah bertemu seorang wanita di pinggir jalan, Smith sudah menjalani wawancara awal di sebuah firma hukum lokal. Smith diminta untuk kembali menjalani wawancara kedua.

 "Saya tidak punya masalah untuk pekerjaan entry-level. Saya tidak ingin memulai pekerjaan pada level menengah. Yang saya inginkan hanya agar hidup senang," kata Smith.

Bila tengok gambar ni,terasa begitu hinanya perangai manusia

Posted: 31 May 2011 05:45 AM PDT



sanggup bersesak-sesak untuk mengambil gambar 'benda' tu sahaja
hina sungguh perangai manusia ini...

Lelaki terhodoh pilihan wanita

Posted: 31 May 2011 04:06 AM PDT

Juara Mr Ugly Austrin Mbewe (tengah) berfoto dengan juara ke-3 Chitova Chezhira (kiri) dan juara ke-2 Kudakwashe Chiramba

HARARE, KOMPAS.com — Pertandingan mencari orang tercantik atau paling kacak sudah biasa. Namun, orang Zimbabwe mengadakan pertandingan orang terhodoh. Tahun ini mahkota orang terjelek itu jatuh kepada Austin Mbewe (30).

Saya merasa sangat terhormat dinobatkan menjadi Mr Ugly. Sejak kecil saya sering diejek orang dan kini semua menyedari ada sisi indah di balik kehodohan saya.


Pada kontes yang diadakan hari Sabtu (28/5/2011), Mbewe mengalahkan dua lawan terberatnya, yakni Kudakwashe Chiramaba (45) yang akhirnya menjadi pemenang kedua dan Chitova Chezhira (39) sebagai pemenang ketiga.

Jumlah peserta untuk memperebutkan gelar Mr Ugly itu sebanyak 15 orang. Mereka dinilai panel juri yang semuanya perempuan.

Pertandingan Mr Ugly 2011 ini merupakan yang ketiga, tetapi jumlah pesertanya menurun kerana tahun lalu pertandingan ini diikuti 30 peserta. Pemilihan lelaki terjelek se-Zimbabwe itu mendapat restu dari Dewan Kesenian Nasional dan Pelancungan Zimbabwe.

"Saya sangat percaya diri dengan penampilan asli saya.Pertandingan ini sangat ketat, tetapi akhirnya hasil kerja saya mendapat hadiah," katanya bangga. Sebagai Mr Ugly, dia berhak atas hadiah sebesar 173 dollar AS serta selimut.

Puncak acara pemilihan digelar di Pagomo Height Leisure Centre di Beitbridge, sebuah kota di perbatasan dengan Afrika Selatan. Acara itu dihadiri ratusan penonton.

Menurut urusetia, awalnya sekitar 15 orang mendaftar untuk memperebutkan gelar Mr Ugly. Namun, beberapa peserta menarik diri kerana merasa tidak percaya diri.

"Pada dasarnya, pertandingan ini hanya untuk fun dan setiap tahun penyelenggaraannya makin besar saja," kata Lovemore Chonzi,jurucakap pertandingan.

Chonzi merasa optimistis lomba tahun depan bakal lebih sukses. "Kami menyediakan banyak hadiah," ujarnya.

Menurut The Herald, nilai Mbewe sangat tinggi. Ketika dia tampil di panggung, majoriti penonton mendukungnya dan yakin bahawa mahkota orang terhodoh bakal direbutnya.

China Akhirnya Memberi Hukuman Mati Bagi Penjual Makanan yang Beracun

Posted: 31 May 2011 03:00 AM PDT

Sebuah hukuman tegas akan dilakukan di negaraChina ini. Setelah menyediakan keranda untuk perasuah, kali ini sesiapa saja yang mencua memproduksi makanan yang tidak sesuai dengan undang-undang standard keamanan makanan di China, harus menyiapkan sebuah keranda untuk dirinya.



Pemerintah China nampaknya dengan cepat meredakan kekhuatiran rakyatnya yang meningkat akhir-akhir ini akibat keraguan akan keselamatan produk-produk makanan yang beredar di lingkungan mereka. Pemerintah mengumumkan bahawa suatu ketika ada seseorang meninggal akibat memakan makanan yang tidak sesuai regulasi keluaran pemerintah, penyedia makanan tersebut akan dikenai hukuman mati. Apabila korban tidak terkena impak mematikan, penyedia makanan dijatuhi hukuman penjara lebih lama dan denda lebih besar.

Juga disebutkan bahawa ada hukuman yang lebih keras bagi pegawai pemerintah yang melindungi penyedia makanan bermasalah atau menerima rasuah dari mereka.

Dari susu ber-melamin, babi yang diberi ubat-ubatan hingga yang baru saja terjadi tembikai yang meledak akibat tambahan bahan kimia. Kes-kes ini membuat panik rakyat di China.

Dari September 2010 hingga April tahun ini, sudah ada 106 orang dituduh melanggar regulasi keamanan makanan. Dua diantaranya yang terlibat dalam kes susu bermelamin sudah menginap di penjara.

Menurut Amnesti Internasional, China adalah negara dengan jumlah orang yang dikenai hukuman mati terbanyak di dunia. Diperkirakan sebanyak 1000 eksekusi terjadi pada setahun terakhir, meskipun pemerintah tidak pernah memberikan informasi rasmi mengenai hal ini.

Gadis di Ukraine ini direjam kerana masuki pertandingan kecantikkan

Posted: 31 May 2011 02:00 AM PDT

KIEV, KOMPAS.com — Seorang gadis direjam (dilempari batu) hingga mati kerana melanggar "hukum syariah" setelah ia ikut pertandingan kecantikan di Ukraine.

Gadis itu, Katya Koren (19), ditemukan mati di sebuah desa di wilayah Krimea, dekat rumahnya. Teman-temannya, sebagaimana dilaporkan The Daily Mail, Isnin (30/5/2011), mengatakan, gadis itu suka mengenakan pakaian-pakaian yang moden dan telah memasuki tujuh kali pertandingan kecantikan. Tubuhnya yang cantik itu dikuburkan di hutan dan ditemukan seminggu setelah ia menghilang.

Polis telah membuka penyelidikan pembunuhan atas kesnya dan sedang menyelidiki ada tiga pemuda Muslim membunuhnya yang menyatakan kematiannya sesuai dengan hukum Islam. Salah satu dari ketiga pemuda itu bernama Bihal Gaziev dan berusia 16 tahun telah ditangkap. Ia mengatakan kepada polis bahawa gadis itu telah melanggar "hukum syariah". Gaziev mengatakan, dia tidak menyesali kematian gadis itu kerana gadis tersebut telah melanggar hukum Islam.

Aneh...Inilah Landak Tanpa Duri .. Satu-Satunya Di Dunia

Posted: 31 May 2011 01:40 AM PDT

Malangnya nasib seekor bayi landak di Norfolk, Virginia. Dia terlahir tanpa duri tajam, yang menjadi ciri khas landak pada umumnya.

Tidak hanya itu, bayi landak itu pun ditinggalkan oleh keluarganya seorang diri.

Betty, landak ini dinamakan oleh seorang anggota pusat penyelamat haiwan.

Doktor spesialis haiwan pun kini sedang meneliti keadaan kulit Betty yang aneh ini.

Betty yang baru berumur enam minggu kini nampak berbeza dan mungkin akan menyeramkan landak-landak lainnya.

Namun, dia pun tidak dapat dilepaskan ke alam kerana kecacatan pada dirinya. Tanpa adanya duri, Betty tidak mampu untuk membela diri terhadap musuh seperti musang dan rubah.

"Keadaan Betty sebenarnya sihat dan semuanya organnya bekerja normal, hanya saja dia tidak berduri," jelas Tonia (47) dari pusat penyelamatan hewan Foxy Lodge, Norfolk, seperti dilansir Dailymail, Selasa (24/5/2011).

"Sehingga kami tidak akan membiarkan Betty hidup bebas di alam kerana dia akan diserang musuhnya. Dia pun akan dijauhi landak lain kerana bentuknya yang aneh. Bahkan dia tidak akan mendapatkan pasangan landak jantan," imbuhnya.

Malangnya Betty, dia akan hidup dengan kesendirian.

Di China ada sekolah khas untuk belajar pikat dan mengahwini jutawan

Posted: 31 May 2011 12:00 AM PDT

Sebuah sekolah di Beijing, akan mengajarkan  bagaimana menjadi orang kaya. Bukan dengan cara biasa seperti belajar kewangan, bisnis atau pelaburan. Melainkan dengan satu teknik yang hanya mungkin dikuasai oleh kaum hawa: Teknik memikat seorang jutawan.

 Pada dasarnya, sekolah ini adalah tempat dimana murid-muridnya belajar bagaimana menggunakan make-up dan berpakaian dengan baik. Namun tujuan utama dari semua pelajaran disini adalah bagaimana membentuk dirimu sebagai pemikat jutawan sejati.

 Semenjak dibuka 10 bulan yang lalu, sudah ada 2800 wanita yang mendaftar ke sekolah ini. Dan sekolah ini juga sudah berhasil menikahkan hampir seramai 30 pasangan.

 "Saya fikir ketika suami saya berbisnis, maka kami melewati masa-masa yang sulit. Setiap bisnis harus melewati tempoh yang sulit hingga akhirnya boleh sukses. Jadi dalam waktu itu, kami berjuang sangat keras sehingga saya bertanya kepada diri saya sendiri, mengapa saya harus mengalami ini? Ketika anak saya akan terlihat berbeza dengan anak lainnya. Jadi saya berfikir apabila saya menikahi lelaki yang lebih kaya, paling tidak saya tidak akan terlalu memiliki banyak kekhuatiran." Ujar salah seorang peserta sekolah ini.

 Sekolah ini juga mengajarkan bagaimana menilai karakter dan keperibadian seorang lelaki dari tingkah laku dan ekpresi wajahnya. Untuk lihat video sila kilk SINI

Wow..fashion show untuk tikus pun dah ada

Posted: 30 May 2011 11:00 PM PDT

Penggemar fashion New York berbelanja besar untuk pakaian tikus peliharaan mereka. Pertama ada gaun anjing, mantel untuk babi mini, dan sekarang pemilik haiwan peliharaan trend ini memesan pakaian kepada designer untuk tikus mereka.

 Tikus terlihat sangat lucu ketika  memakainya. Ia memakai gaun pengantin. Dan penggemar tikus kelmarin berkumpul di New York untuk mengikuti sebuah fashion show. Juga tikus memiliki keperibadian yang menakjubkan. Mereka seperti kucing, anjing dan musang . Tetapi masing-masing juga memiliki karakter individu.

 Penggemar tikus mengajarkan tikur mereka berenang dalam sebuah kolam kecil, melatih mereka belajar bagaimana menari. Mereka sangat cerdas dan memiliki kesamaan karakteristik dengan manusia. "



Wanita ini diam-diam guna sperma beku bekas suaminya

Posted: 30 May 2011 10:30 PM PDT

TEMPO Interaktif, London - Seorang ayah dipaksa untuk membayar bekas isterinya 100 ribu poundsterling untuk membesarkan dua anak yang dikandungnya tanpa persetujuan lelaki itu. Wanita itu telah diam-diam mengambil sperma beku bekas suaminya.

Lelaki 57 tahun itu telah menyimpan spermanya di klinik kesuburan terkenal setelah diberitahu bahawa rawatan ubat untuk arthritisnya boleh membuatnya mandul.

Namun, dua bulan setelah mereka berpisah, dia mengatakan bekas istrinya, 51 tahun, memalsukan tanda tangannya dan menggunakan dana perceraian £ 25 ribu untuk melahirkan seorang anak lelaki dan perempuan melalui bayi tabung di Klinik Bourn Hall, Cambridge.

Lelaki itu mengetahui tentang anak-anaknya tiga tahun kemudian, ketika adik bekas isterinya menelefon untuk mengatakan anaknya sakit di hospital. Pada ketika itu, ia telah menikah lagi dan memiliki dua anak lain.

Lelaki yang tidak disebutkan namanya kerana alasan hukum itu telah memiliki akses terbatas kepada anak-anaknya sejak itu dan menghabiskan hampir £ 200 ribu dalam pertikaian hukum berlanjutan dengan bekas isterinya.

Ketika wanita itu jatuh dalam hutang kerana merawat anak-anak, seorang hakim memerintahkan lelaki itu untuk membayar £ 100 ribu untuk membantu mereka.

Ayah empat anak itu sekarang menyerukan perubahan dalam hukum untuk memastikan tidak ada orang tua lain menderita cubaan yang serupa dirinya.

"Saya terkejut ketika saya mengetahui bahawa dia telah menarik sperma saya tanpa persetujuan saya. Saat itu kami telah berpisah dan akan melalui perceraian," ujar pria itu.

"Itu adalah tindakan yang disengaja untuk membawa dua anak-anak ke dunia ini tanpa seorang ayah untuk merawat mereka. Saya tidak pernah ke klinik saat itu dan saya tidak pernah menandatangani dokumen."

"Saya mencintai anak-anak itu. Saya menghabiskan wang untuk membawa mereka keluar dan membeli mereka pakaian. Namun, ini sebuah biaya yang seharusnya tidak ada. Biaya ini besar."

Lelaki itu menyimpan spermanya di klinik pada tahun 1999 untuk memastikan bahawa dia dan wanita yang dia nikahi pada tahun 1979 itu masih boleh punya anak bersama-sama, seandainya terapi ubat arthritis membuat dirinya mandul.

Mereka bercerai pada Juni 2000. Namun, beberapa minggu kemudian wanita itu mengunjungi klinik dan memalsukan tanda tangannya. Tindakannya memungkinkan dokter untuk menciptakan embrio dari sperma beku dan telurnya.

Dia melahirkan putri mereka pada bulan Juni 2001 sebelum kembali ke klinik dan melahirkan anak mereka pada bulan September 2003.

Pria itu, yang menikah kembali pada tahun 2002, dipaksa untuk memberitahu istrinya saat ini, 32 tahun, yang telah memberinya dua anak perempuan berusia delapan dan tujuh, tentang anak-anak yang lain.

Ia mengatakan saat pertama kali bertemu dengan anak-anak itu-kini berusia sembilan dan tujuh-setelah sang mantan istri menghubungi dirinya dan mengatakan putri mereka telah meminta untuk melihat ayahnya.

Pria itu berkata ketika anak-anak mulai bertanya pada mantan istrinya dari mana mereka berasal, dia mengatakan kepada mereka "kulkas".

Awalnya, ia hanya diizinkan untuk melihat anak-anak itu di sebuah pusat kontak. Namun, sekarang kunjungan rumah setiap dua minggu diizinkan dan mereka menikmati hubungan yang harmonis dengan anak-anak itu