Adsense

Isnin, 16 Mei 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambit Akui Tidak Beri Komitmen Terhadap KMJ

Posted: 15 May 2011 07:16 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Gambit Saifullah mengakui tidak dapat memberi komitmen terhadap latihan teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ)yang bakal di pentaskan pada 27 Mei hingga 5 Jun ini sehingga namanya terpaksa digugurkan oleh pihak produksi.

Gambit berkata, terlalu sibuk dengan projek milik produksinya membuatkan dia gagal untuk menyertai sesi latihan yang dilakukan sepanjang bulan Mei ini.

"Saya terima keputusan mereka untuk menggugurkan saya dalam teater tersebut jika itu adalah yang terbaik buat teater itu.

"Saya mengaku tidak dapat memberi komitmen dan fokus terhadap sesi latihan tersebut kerana mempunyai bebanan tugas lain iaitu ingin menyiapkan klip video, penyanyi Prima Yinn untuk pasaran luar negara," katanya kepada mStar online, di sini, Ahad.

Gambit diminta mengulas tentang penggugurannya dari produksi teater muzikal KMJ kerana kurang bersedia dan tidak beri komitmen pada keseluruhan produksi.

Perkara tersebut juga telah menyebabkan tempatnya digantikan dengan pelakon baru Arjee Lee.

Sementara itu, dia juga mengaku mempunyai komitmen terhadap sebuah telefilem dan ditambah dengan beberapa masalah peribadi menyebabkannya hilang fokus.

"Bulan ini banyak perkara yang mengganggu saya termasuk masalah peribadi yang menyebabkan saya tidak dapat untuk menumpukan perhatian pada sesi latihan.

"Saya juga terlibat dengan telefilem Perempuan Bergaun Pengantin yang dijangkakan habis penggambaran pada 18 Mei ini," katanya.

Ketika ditanya tentang kesediaan berlakon teater, Gambit menganggap dirinya mampu untuk melakukannya namun tidak mempunyai masa yang cukup untuk latihan yang panjang.

"Saya boleh berlakon teater dan sudah bersedia untuk itu cuma masa latihannya yang hampir setiap hari itu bertembung dengan jadual dan komitmen lain,

"Bagaimanapun, Insya-Allah jika diberi peluang di masa akan datang saya akan cuba memberikan yang terbaik," katanya.

Bagaimanapun menurutnya, proses keguguran tersebut dibuat secara baik melalui hasil perbincangan kedua-dua belah pihak.

Jehan Miskin, Aril Zafriel dan Amylea Kunjungi Pembaca mStar

Posted: 15 May 2011 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Jehan Miskin, Aeril Zafrel dan penyanyi Amylea membuat kejutan apabila hadir ke rumah peminat bertuah Aminah Ibrahim, 66, untuk bersarapan pagi.

Ketiga-tiga selebriti tersebut amat teruja apabila kedatangan mereka disambut dengan pelbagai juadah makanan.

Menurut tuan rumah, Aminah Ibrahim, 66, kehadiran selebriti ini bagaikan sebuah mimpi menjadi kenyataan kepadanya yang sememangnya merupakan peminat kepada ketiga-tiga selebriti tersebut.

"Ini kali pertama saya rumah kami dikunjungi dengan artis dan saya rasa sangat terharu dan gembira sekali.

"Saya berharap kehadiran artis ini menjadi inspirasi kepada anak saya yang berhasrat untuk bertapak dalam bidang yang sama," katanya ketika ditemui selesai majlis tersebut.


Deejay Naim membaca nota yang ditulis oleh Mak Su kepada anaknya.
Aminah atau lebih mesra dipanggil Mak Su telah menghantar penyertaan untuk acara Bersarapan Pagi bersama mStar dan Suria FM yang bertujuan untuk memberi kejutan kepada anak lelakinya, Mohd Kamil Affendi.

Sementara itu, Jehan menganggap acara ini merupakan aktiviti yang sihat dan mampu merapatkan hubungan artis dengan peminat dengan lebih rapat.

"Rasa ngantuk saya hilang apabila bertemu dengan keluarga ini, mereka terlalu baik hati dan melayan kami dengan baik.

"Saya tumpang gembira melihat mereka gembira dapat berjumpa kami, secara keseluruhannya ia tidak seperti yang saya jangkakan," katanya.

Dalam pada itu, Amylea berkata sangat teruja dan ini merupakan pengalaman pertama berjumpa dengan keluarga peminat secara lebih dekat.

"Kebiasaannya kita berjumpa peminat secara ramai-ramai di restoran atau kedai makan tapi kali ini secara lebih dekat.

"Saya tidak sangka pula mereka beri layanan sebegini dan menyambut kedatangan kami dengan mesra," katanya.


Jehan, Pak Su dan Aeril.
Aeril pula berkata, pengalaman pertama ini sangat bermakna kerana pertama kali menyertai aktiviti seperti ini.

"Ini kali pertama saya ikut acara sebegini dan ia sangat seronok. Walaupun terpaksa bangun awal pada hari tidak bekerja tapi ia berbaloi," katanya.

Manakala bagi penyampai Suria FM, Naim, acara seumpama ini memberi peluang kepadanya memperkenalkan diri kepada pendengar.

"Acara ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara selebriti dan peminat. Secara tidak langsung juga dapat mempromosi stesen Suria FM kepada pendengar baru," katanya.

Sarapan Pagi Bersama mStar dan Suria fm yang ditemani dengan selebriti popular bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara pembaca, pihak akhbar dan selebriti.

Malah pembaca akhbar Mingguan mStar berpeluang menerima kejutan apabila artis popular terpilih akan hadir untuk bersarapan pagi di rumah mereka bersama geng mStar dan juga deejay popular Suria FM.

Acara ini akan diadakan setiap dua minggu sekali bermula 10 April sehingga 22 Mei depan.

Untuk menyertai kejutan ini, para pembaca dikehendaki mengisi borang penyertaan dengan mendapatkan akhbar Mingguan mStar yang diedarkan sekitar Lembah Klang pada setiap Ahad (diterbitkan bersama Sunday Star).

Menerusi borang tersebut, pembaca dikehendaki menulis maklumat peribadi berserta sebaris ayat yang mudah dan hantarkan kepada pihak kami untuk pemilihan.

Pemenang bertuah akan dihubungi oleh pihak penganjur dan mereka berpeluang untuk menerima kunjungan artis pada suatu pagi di hari minggu yang indah.

Noh Garang Bertempat

Posted: 15 May 2011 07:14 AM PDT

ORANG sering kali menganggap vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh merupakan seorang yang berlagak, degil dan gemar cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang yang berada di sekelilingnya.

Benar, sikapnya lebih senang berterus terang. Namun, karakter Noh bukanlah seperti yang disangka.

Tanyalah sesiapa sahaja yang rapat dengannya atau pengikut Hujan, Raingers, pasti mereka akan berkata Noh seorang yang 'gila-gila' dan sering menceriakan suasana.

Faham dengan keadaan dan pendapat umum yang tidak semestinya berpihak pada diri, tunang kepada penyanyi Mizz Nina itu menerima segala kritikan dengan hati terbuka.

"Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Tapi selalunya orang yang tidak kenal saya akan berfikiran negatif tentang diri saya.

"Lagipun saya tidak boleh nak puaskan hati semua orang. Bagaimanapun, saya tetap menerima pendapat orang untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik berbanding sebelumnya," tuturnya memulakan bicara.

Sepanjang sesi fotografi diadakan di kedai pakaian Morning Rocket, Kuala Lumpur tidak susah sebenarnya untuk berkomunikasi dengan penyanyi ini.

Bercerita lanjut mengenai karakter diri Noh, dia mengakui ada masanya dia akan menjadi seorang yang garang apabila melakukan sesuatu yang berkaitan dengan kerja.

"Ya, saya garang bertempat. Saya hanyalah insan biasa yang ingin berkarya dan akan melakukan sesuatu perkara jika ia dirasakan betul," tegasnya.


Nina, penyejuk hati

Sejak mengenali Nina atau nama sebenarnya, Syazrina Azman pada awal tahun lalu, Noh akui, tunangnya itu telah banyak mengubah dirinya daripada pelbagai segi.

Rasa bertuah memiliki penyanyi yang popular dengan lagu "What Are You Waiting For" itu, Noh amat berharap agar perancangan untuk menikahi Nina pada 1 Julai depan dapat dilaksanakan dengan baik.

"Jujurnya, Nina merupakan penyejuk hati saya. Dia telah mengurangkan panas baran, bahasa percakapan, tingkah laku serta menjaga kesihatan saya.

"Kalau nak diikutkan, macam-macam lagi perkara yang telah dia buat dan saya bersyukur kerana mengenali dan bakal memilikinya," tutur Noh.

Tidak sampai dua bulan lagi, majlis pernikahan Noh dan Nina bakal berlangsung, Noh sudah tidak sabar untuk menanti hari bahagia tersebut.

Malah katanya, dia juga tidak sabar merasai gelaran dan tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Sebagai seorang lelaki, saya sentiasa mencari jalan untuk memantapkan diri dari segi persediaan saya untuk menghadapi gelaran sebagai seorang suami.

"Kawan-kawan dan orang di sekeliling pun sudah banyak menasihati. Alhamdulillah, saya bersyukur juga kerana ramai yang menyokong dan sentiasa berada di sisi.

"Kerana mereka jugalah membuatkan saya berasa mudah untuk menghadapi hari perkahwinan serta penjagaan rumah tangga nanti," ujarnya.

Hujan semakin 'mengganas'

Tanyalah mana-mana penyanyi, mereka tidak mungkin pernah terfikir mampu memperoleh pelbagai kejayaan dengan sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi.

Begitu juga dengan Noh serta ahli kumpulannya yang lain, populariti dan kejayaan merupakan perkara terakhir yang akan difikirkan.

Bagi anak kelahiran Sarawak ini, Hujan hanya ingin menghasilkan muzik yang terbaik untuk diperdengarkan kepada sesiapa sahaja yang sudi ingin mendengarnya.

"Kalau nak tahu, untuk memiliki sebuah "band" bernama Hujan pun kami tidak pernah terfikir. Apatah lagi mahu menjadi popular dan berjaya dalam industri muzik tempatan. Semua ini berjalan dengan sendirinya.

Tambah Noh, perjalanan muzik Hujan sepanjang lima tahun ini mencerminkan cara pergerakan mereka di mana mereka terpaksa melalui turun naik pergerakan industri muzik dan pada masa yang sama mempelajari kesilapan yang telah dilakukan.

Ditanya pula apakah kepuasan maksimum mereka saat membuat persembahan di khalayak umum, kata Noh dia seronok dan terhibur apabila melihat wajah-wajah penonton menyanyi bersama-sama dengannya.

Sementara itu, sengaja bertanya andai kata Noh bukan seorang pemuzik apakah pekerjaan yang mungkin akan dilakukan, seloroh Noh dia mungkin bekerja di restoran makanan segera, KFC.

"Senang untuk saya makan ayam.. Hahahahaha. Bukanlah macam tu... Mungkin saya menjadi seorang tukang masak kerana ingin mengikut jejak seperti emak saya yang memang cekap bila bab memasak." katanya.

Apa kata Noh?

- Garang

Garang adalah perkataan yang berbeza dari ladang.

- RempitKalau memandu di malam Sabtu, mesti nampak ramai kelibat mat rempit "berracing" dekat Duke Highway.

- GitarSaya terbeli gitar di Perancis.

- Bila sedihBila sedih bukan tajuk lagu 'Bila Aku Sudah Tiada'.

- PolitikSaya bosan bila nak selak surat khabar banyak berita tentang politik yang melampau-lampau dan tak logik.

- Kanak-kanakPerangai saya dan ahli kumpulan Hujan yang lain kadang- kadang macam perangai kanak-kanak.

- Irama Malaysia

Saya suka lagu Nirmala, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.

- HobiSaya obses dengan animasi Jepun.

Amar Baharin amal makanan rebus

Posted: 15 May 2011 07:14 AM PDT

PADA mulanya, pelakon Amar Baharin mahu bergelar seorang model. Tetapi hajat tersebut tidak kesampaian apabila ketinggiannya tidak mencukupi.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang pemuda berusia 26 tahun itu untuk mengekalkan bentuk badan sasa persis seorang ahli bina badan.

Bekas peserta program realiti Anak Wayang ini semakin dikenali setelah muncul dalam drama bersiri Kau Dan Aku di Astro Ria.

Menyentuh tentang perkembangan kariernya, Amar sedang menjalani penggambaran drama bersiri Laila Manja untuk slot Legenda di TV3 yang dijangka akan disiarkan pada Jun ini.

Dia juga sedang menantikan kemunculan dua dramanya berjudul Mimi Mencari Cinta untuk Astro Warna (saluran 132) dan Tanah Kubur (Astro Oasis- saluran 106).

Dengan karakter ceria dan tidak menyombong diri, Amar mudah didekati dan bertegur sapa dengan sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

Bercerita sedikit tentang latar belakang Amar, dia merupakan graduan jurusan kejuruteraan elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.Disangka ambil dadah

"Dulu, saya kurus dan cengkung sehingga disangka mengambil dadah. Sehingga apabila memasuki universiti, baru saya teringin membina badan.

"Saya selalu bercampur dengan pelajar jurusan sains sukan dan melakukan 'work out' bersama-sama.

"Selepas itu, saya melihat pertandingan pencarian model di sebuah akhbar. Bagaimanapun selepas melihat syarat-syarat kelayakan, tinggi saya tak lepas.

"Alang-alang saya fikir saya nak kekalkan bentuk badan sasa dengan selalu membuat latihan membina otot. Saya juga perlu menjaga disiplin yang betul dan mengawal pemakanan," kata Amar kepada OopStarz!.

Menyentuh tentang pemakanan, Amar mengurangkan makanan berminyak, bergula dan tidak mengamalkan makanan berkarbohidrat.

"Saya gemar makan pasta dan spageti kerana bagus untuk diet. Kadangkala jika makan nasi seminggu sekali, saya mengamalkan beras perang.

"Lauk pula, saya mengambil lauk yang direbus dan ayam bakar. Selain itu, saya suka makan ayam yang dimasak dengan sup tetapi saya hanya merasa sedikit kuah sup itu.

"Apabila sibuk dengan penggambaran, saya susah jaga disiplin soal makan sebab terpaksa menikmati makanan yang disediakan oleh pihak produksi. Bagaimanapun, saya mengurangkan kadar pengambilan makanan dan banyak minum air kosong," katanya lagi.

Amar juga mementingkan tidur yang mencukupi. Katanya, golongan dewasa perlu mempunyai waktu tidur berkualiti selama enam jam iaitu dari pukul 10 malam hingga 6 pagi.

Disebabkan hari-harinya kadangkala terdedah dengan penggunaan kosmetik, Amar menggunakan percikan air oksigen untuk menyegarkan muka dan kulit tampil bersih.

"Saya akan bersih muka dengan pencuci muka dan menyembur muka sebelum tidur. Apabila bangun pagi, saya meregangkan otot badan dan bergayut pada palang sebanyak 15 kali.

Buat rawatan muka

Jangan ada yang tidak tahu, Amar pernah mengikut kawan wanitanya membuat rawatan muka.

"Saya pernah buat rawatan stim muka untuk mengeluarkan bintik putih dan bintik hitam. Tetapi mata saya tak tahan sehingga air mata meleleh dan sukar bernafas.

"Sejak insiden itu, saya jarang melakukan rawatan muka. Tetapi saya mengamalkan multi-vitamin. Saya juga tidak perlu risaukan tentang penjagaan muka kerana muka saya tiada masalah kulit," beritahunya.

Di dalam beg sandang Amar, dia akan pastikan membawa satu bedak kompak untuk hilangkan lingkaran gelap dan memastikan penampilan wajahnya sentiasa rapi.

Baginya kecantikan wanita atau lelaki perlu seimbang sama ada dari segi pemakanan, senaman dan penampilan.

"Kadangkala ada orang yang kerap makan tetapi tidak mahu bersenam. Ada juga yang tidak mahu makan kerana takut gemuk. Tetapi sebenarnya orang itu rugi sebab tidak menikmati makanan dengan baik.

"Selain itu, saya nasihatkan agar setiap orang berehat dengan secukupnya dan cari masa untuk tidur," katanya yang menganggap jenama barangan yang dipakai perlu sesuai dengan taraf hidup artis itu.

AF9: Kay Tersingkir

Posted: 15 May 2011 07:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Adik kepada penyanyi Diddy Hirdy, Kay atau nama sebenarnya Nur Khaidir Bin Muhd, 22, terpaksa akur dengan keputusan meninggalkan pentas Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) selepas diumumkan tersingkir oleh pengacaranya, Aznil Nawawi, malam tadi.

Persembahan Kay yang membawakan lagu Stand By Me oleh Ben E. King ternyata gagal menarik perhatian penonton apabila mendapat undian terendah sebanyak 11 peratus (%).

Menurut Kay, dia akur dengan keputusan tersebut memandangkan dirinya juga tidak puas hati dengan persembahan yang ditonjolkan.

"Apapun, saya bersyukur kerana berjaya bertahan selama enam minggu dan semua ini hasil sokongan yang kuat daripada pengundi, keluarga dan abang saya, Diddy.

"Untuk minggu ini, saya tahu banyak kelemahan yang berlaku pada persembahan saya dari segi vokal dan pergerakan persembahan, rasa macam tak berjalan dengan lancar," katanya selepas siaran langsung progran realiti berkenaan di Studio Astro, di sini.


Saat tersingkir...
Bagaimanapun, tambah Kay, perjalanan nyanyiannya tidak akan terhenti di situ sahaja dan ingin berjuang melakar nama di dalam industri muzik tenpatan.

Pada malam itu, Hazama meraih undian tertinggi sebanyak 21%, diikuti pula dengan Fina (15%), Lena (14%), Nera (13%), Erul (13%) dan Azri mendapat undian 12%.

Selain itu, Aznil turut mengumumkan kejutan baru dimana pada minggu hadapan, pelajar yang membuat persembahan terbaik akan diberikan imuniti dimana ia dapat menyelamatkan pelajar tersebut daripada tersingkir walaupun mendapat undian terendah.

Kata pengetuanya pula, Amy search, dengan imuniti tersebut, dia berharap agar keenam-enam pelajar itu dapat akan menunjukkan prestasi yang bagus dan membuat persembahan yang terbaik.

"Sejak kemasukan Hazama dan Fina, kita dapat lihat pelajar-pelajar lain mula bekerja keras agar tidak tenggelam diantara satu sama lain.

"Saya percaya, dengan format imuniti ini, mereka akan bekerja lebih keras lagi untuk merebut peluang tersebut. Mala, bermula minggu depan, para pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran menerusi lagu yang diberikan," ujarnya.


Persembahan artis jemputan Faizal Tahir
Sementara itu, para pelajar telah membuat persembahan mereka bersama iringan pemain-pemian muzik profesional di bawah pimpinan Aubrey Suwito.

Penyanyi Faizal tahir telah dijemput membuat persembahan di awal konsert dengan membawakan lagu Karma dan turut bertindak sebagai pengkritik undangan pada malam tersebut bersama dua pengkritik tetap, Hattan dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy).

Konsert AF9 bersiaran secara langsung di Astro Ria menerusi saluran 104 setiap Sabtu pada pukul 9 malam.

Zizan Nin Jadi Jurujual Buat Peminat

Posted: 15 May 2011 07:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Demi peminat, pelakon Zizan Nin telah meluangkan masa selama dua jam bersama seramai 40 orang peminat bersempena dengan majlis Up Close And Personal With Zizan Nin di butik Lewre di Mid Valley, di sini, Sabtu.

Pada majlis tersebut, Zizan turut menjadi 'jurujual sementara' melayan peminat-peminatnya yang ingin mencuba dan membeli kasut di butik tersebut.

Menurut Zizan yang pertama kali meraikan peminat-peminatnya secara peribadi, majlis tersebut bersempena dengan hari lahirnya yang jatuh pada 17 Mei depan.

"Ini merupakan pertama kali saya meluangkan masa bersama peminat. Sebanrnya saya tak nak terlalu fokus tentang hari jadi saya.

"Nanti, tak fasal-fasal peminat pening hadiah apa yang perlu mereka belikan kepada saya.


Zizan Nin
"Justeru itu, saya membuat konsep, peminat-peminat diberikan layanan istimewa dan menerima beberapa hadiah khas daripada saya," katanya.

Tambah Zizan, tujuannya menghadkan jumlah kehadiran peminat ialah kerana inginkan suasana yang lebih personal agar dapat mengenali setiap mereka dengan lebih dekat.

"Sepanjang lapan tahun saya berada dalam industri hiburan, saya akui, antara saya dan peminat-peminat, memiliki satu jurang yang agak jauh.


Zizan bergambar bersama peminat sebelum majlis bersurai.
"Bila buat majlis seperti ini, saya terkejut ada di kalangan mereka tahu serba serbi tentang diri saya dan ini membuatkan saya terharu dan ingin meneruskan acara sebegini di masa akan datang nanti," katanya yang bakal muncul di kaca televisyen menerusi drama Panggilan Arwah menerusi saluran Astro Citra pada 29 Mei depan.

Pada majlis tersebut, peminat-peminat Zizan diberikan kad ahli Lewre Concept secara percuma.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan termasuklah acara cabutan bertuah, kuiz soal jawab dan Model Search Catwalk dimana peminat yang membeli barangan Lewre memperagakan barangan tersebut dan dinilai sekali gus dapat membawa pulang hadiah daripada Pensonic, Estee Lauder, Aramis Designer & Fragrances, Dermalookz, Secret Garden, A Cut Above dan celeb Nexus premium Community.

Maharaja Lawak: Amir Tak Sangka Disingkir

Posted: 15 May 2011 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peserta Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23 tidak menyangka bahawa dirinya disingkir, selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu ketujuh program tersebut, Jumaat.

Amir yang sering dianggap gagal mempersembahkan lawak yang berkualiti bagaimanapun, menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

"Walaupun persembahan saya dianggap tidak lawak, saya percaya orang masih terhibur dengan persembahan saya.

"Lagipun saya rasa, penonton suka dengan persembahan saya. Apa-apa pun, saya akur dengan keputusan ini," katanya yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.

Selepas penyingkiran tersebut, pengacaranya, AC Mizal, membuat pengumuman bahawa semua peserta Maharaja Lawak yang tersingkir sebelum ini berpeluang untuk kembali ke program itu semula menerusi Undian Masuk di laman Facebook rasmi Maharaja Lawak iaitu www.facebook.com/MaharajaLawak .


Barisan peserta yang berjaya meneruskan pertandingan Maharaja Lawak pada minggu hadapan.
Kata Amir, undian masuk tersebut sudah pun dijangka akan berlaku dan berharap mendapat peluang kedua untuk membuat persembahannya jika dirinya diundi.

Format Undian Masuk itu sekaligus memberi peluang kepada kumpulan Wai, R2, XN3, Alex, Jihan termasuklah Amir beraksi pada minggu hadapan.

Pada malam pertandingan tersebut, kumpulan Jambu telah mendapat markah tertinggi sebanyak 60 peratus (%), kumpulan Jozan (58%), kumpulan Sepah (54%), Nabil (52%), kumpulan Balas (42%) dan Man mendapat markah 40%.

Persembahan pada malam itu bertemakan silent comedy dan antara peserta yang mendapat pujian daripada pihak juri ialah kumpulan Balas, Jambu, Jozan dan Sepah.

Bagaimanapun, persembahan Nabil yang dinanti-nantikan itu gagal memikat hati penonton.

Program Maharaja lawak disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna pada setiap Jumaat.