Berita Harian: Hip |
Posted: 12 May 2011 04:08 PM PDT Hip Kata-kata kurang menyenangkan buat semangatnya membara dalam bidang lakonanBIAR dilabel popular dek susuk tubuh seksi, Lana Nordin tidak pernah melatah, sebaliknya menelan tanggapan buruk segelintir masyarakat dengan hati terbuka. Baginya, kata-kata kurang menyenangkan bukan pembunuh semangat, tetapi membuatkan semakin membakar harapan untuk menonjolkan bakat lakonan. Jika pada awal pembabitan dalam arena seni kira-kira enam tahun dulu sekadar mahu mencuba nasib, kini gadis dari Bumi Kenyalang itu sudah sedia berlakon sepenuh masa dan bakal bergelar produser filem.Tak mungkin berpaling BAKAT dan kebolehan Lana Nordin atau Mazlina Hassan Nordin dalam lakonan semakin disedari hingga tawaran datang silih berganti dengan garapan terbaru, Lagenda Budak Setan: Katerina (LBS2), disusuli filem komedi seram, Ponti vs Omi. "Syukur walaupun awal dulu, perjalanan saya penuh dengan ranjau berduri. Ketika itu tawaran juga terpaksa dihadkan kerana komitmen tugas, namun dalam dua tiga tahun kebelakangan ini, saya semakin aktif berlakon. Membawakan watak pengacau dalam filem LBS2 yang diangkat daripada novel popular, dedah Lana, setiap peranan dianggap punya kelebihan. Katanya, walau kebanyakan watak lakonannya menjurus kepada antagonis, tetapi dia puas. "Setiap pelakon punya kekuatan, barangkali penerbit atau pengarah nampak diri saya lebih menyerlah dengan watak hitam, namun jika diminta membawakan peranan putih, saya mampu menyerlahkan karakter terbabit. "Jika diberi kesempatan, saya teringin membawakan watak wanita teraniaya, gadis kampung atau apa saja peranan yang lari daripada kebanyakan watak lakonan saya sebelum ini," katanya sudah sudah membuka produksi sendiri. Lana berkata, apabila di set penggambaran segala kerja belakang tabir diambil tahu kerana minat mendalam terhadap bidang penerbitan filem. Malah ia juga antara persediaan awal menghasilkan filem sendiri yang dijangka tahun ini yang bakal dikongsi dengan rakan niaganya. "Setiap orang punya cita-cita, begitu juga saya yang mahu bergelar produser. Apabila berlakon, saya belajar semua aspek dengan mendekati individu di belakang tabir termasuk pengurus produksi. "Bagi saya, mereka antara insan yang pakar dalam bidang masing-masing, malah daripada mereka kita dapat mempelajari segala aspek berkaitan penerbitan. Inilah antara ilmu yang saya kutip untuk persiapan masa depan," katanya. Tidak mahu meletakkan sebarang harapan, baginya peluang harus dikejar dan jangan sesekali takut kepada cabaran mendatang. "Jika bergelar produser pun, saya mahu mengaut ilmu seberapa banyak berkaitan hal ehwal pengurusan dan penerbitan atau dengan kata mudah jangan nanti tertipu buta-buta. Kalau kita maklum soal lokasi, bayaran pelakon, perihal skrip, kru dan sebagainya, kerja kita lagi mudah," kongsinya lagi yang tampak begitu bersungguh-sungguh. Perit disolek tebal BERKONGSI perihal Ponti vs Omi, menerusi filem Vision Works (M) Sdn Bhd yang juga milik Afdlin itu menonjolkan Lana sebagai antara tunjang utama, Ruminah yang bergandingan dengan Johan (Omi), Nabil (Ponti) dan Afdlin (Pak Rejab) "Terima kasih pada Afdlin yang mempercayai bakat saya. Apabila ditawarkan memegang watak Ruminah, saya terus menyambarnya dan sepanjang di lokasi, pelakon berpengalaman lain banyak memberikan tunjuk ajar. "Cuma paling memeritkan tentu saja solekan tebal untuk menonjolkan watak separa manusia dan pontianak. Setiap hari wajah saya disolek dengan solekan tebal," ulasnya lagi yang menganggap pengalaman itu sangat berharga buatnya. Sukar menyingkap sisi peribadinya terutama soal perasaan, tanpa berselindung Lana mengakui masih menjalin hubungan dengan jejaka dalam kalangan keluarga berpengaruh. Walaupun hubungan yang sudah berlangsung hampir sedekad itu sentiasa ada pasang surutnya, kata gadis itu cinta mereka tetap utuh sekali pun kerap dilanda badai. "Kami saling memahami, jadi biar apa pun terjadi dia tetap kembali kepada saya. Apabila timbul cerita tidak benar atau ada gadis lain mengaku dia kekasih mereka, saya hanya tersenyum kerana sudah maklum situasi sebenar," katanya. Terkini, Lana disunting Dilla Hussein membintangi drama bersiri 24 episod yang bakal menghiasi slot Akasia berpasangan dengan Fasha Sandha. Gadis itu diamanahkan watak putih seperti diidamkan dalam kisah berkisar permusuhan dua sahabat karib apabila mendapati mereka mencintai lelaki sama. INFO Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 12 May 2011 04:01 PM PDT Hip Barisan pelakon, pengarah dan penerbit pada majlis pratonton Kongsi. KUTIPAN RM10 juta yang disasarkan Metrowealth Pictures (MIG) untuk filem ke-45 terbitannya mungkin boleh dianggap angan-angan yang terlalu tinggi. Tetapi bagi penerbitnya, David Teo, ia bukanlah sasaran yang melampau kerana MIG pernah mencipta rekod tersendiri. Ia pernah berlaku kepada filem Ngangkung apabila ramai meragui kemampuan filem itu untuk meraih kutipan tinggi. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Ngangkung meraih kutipan yang tidak disangka-sangka, sehingga RM8.45 juta. Justeru, David cukup yakin kejayaan sama akan diulangi filem kedua arahan Farid Kamil, Kongsi. Dengan diterajui Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam Samad, menambahkan keyakinan David sasaran itu dengan mudah dapat dicapai.Taruhan kedua sutradara muda, Farid Kamil, memperlihatkan idea segar apabila Kongsi disampaikan dalam bentuk aksi komedi. "Pada asalnya Kongsi ditulis sebagai filem aksi. Bagaimanapun saya olah kembali skripnya dijadikan komedi. Kebetulan waktu itu, Adnan Sempit mendapat sambutan menggalakkan. Jadi saya berasakan, Sam sesuai membawakan watak utamanya, Tumulak. "Saya sengaja mengubah genre Kongsi daripada serius kepada komedi kerana jalan cerita asalnya ganas. Kalau genre itu diteruskan, filem ini hanya dapat ditonton oleh penonton 18 tahun ke atas," jelas Farid selepas majlis pratonton filem itu, Selasa lalu.
"Ketika penggambaran memang berlaku sedikit gangguan teknikal pada kamera. Kesilapan pada fokus menyebabkan gambar yang diambil agak kabur, tetapi ada juga yang memang disengajakan kerana ia sebahagian daripada teknik fotografi," katanya. Bagaimanapun, ditanya mengenai plot cerita yang bercelaru serta menimbulkan kekeliruan kepada penonton, Farid menjelaskan, penonton perlu memberi tumpuan pada awal cerita lagi supaya boleh memahami keseluruhan cerita yang cuba disampaikan. Rakan bantu hidupkan Tumulak KALI pertama diberikan watak ganas dan memerlukan dia bertutur dalam bahasa Thai serta dialek Kelantan bukanlah sesuatu yang sukar buat Sam. Walaupun mengakui tidak pernah terbabit dalam sebarang pergaduhan, dia hanya berpandukan kepada imaginasinya saja untuk membawakan watak Tumulak. Untuk menguasai bahasa Thai dan loghat dialek Kelantan, Sam bertanyakan kepada rakan-rakan di lokasi kerana ada antara mereka yang mahir bertutur dalam bahasa berkenaan. "Saya tidak menghadapi masalah besar membawakan watak Tumulak kerana memang sikap saya suka meniru gaya orang lain. Sebagai pelakon, saya sentiasa mencari kelainan supaya penonton mengingati lakonan saya. Malah untuk filem ini, hampir 80 peratus aksi lagak ngeri saya lakukan sendiri," katanya. Selain Sam, filem berkisar mengenai kumpulan kongsi gelap yang menemui penonton mulai 12 Mei turut dijayakan Fizo Omar, Yana Samsudin, Putri Mardiana, Pak Piee, Chew Kin Wah, Azlan Komeng dan Rafidah Ibrahim. David Teo melenting SIDANG media tayangan filem Kongsi arahan Farid Kamil berlangsung agak panas apabila penerbit Metrowealth Pictures (MIG), David Teo melenting kerana beberapa kekurangan pada filem itu dibangkitkan media. Antaranya jalan cerita Kongsi yang kurang jelas serta sebahagian besar gambar kabur. Walaupun diakui oleh Farid yang menerima teguran itu secara positif, tetapi lain pula dengan David yang tiba-tiba mencelah dan memberi penjelasan dengan nada penuh emosional. Katanya, bagi orang yang pernah menyertai kongsi gelap, mereka pasti tidak menghadapi masalah untuk memahami filem berkenan. Jadi adakah apa yang dimaksudkan David Teoh, mereka yang mahu menonton Kongsi perlu menyertai kongsi gelap terlebih dulu sebelum ke panggung supaya mereka memahami filem itu? Dia mendakwa media 'dobule-standard' kerana sengaja mencari salah filem Melayu berbanding filem dari Hollywood. "Kenapa perkara ini hendak dibesarkan sedangkan ia berlaku kepada filem Hollywood, tetapi tidak ada yang mempertikaikannya. Kalau filem Hollywood, semuanya sempurna dan diberikan ulasan baik. Tapi filem Melayu ada saja kekurangannya," katanya. Penjelasan itu menimbul tanda tanya siapa sebenarnya yang menjadi pengarah filem Kongsi? David Teo atau Farid Kamil? David juga berkata, dia berani jamin sekiranya pihak media diberikan RM 2.5 juta untuk menerbitkan filem, mereka bukan saja tidak mampu malah filem yang akan dihasilkan nanti pasti ada kekurangan. Biarpun sudah lebih 10 tahun berada dalam industri, dia seolah-olah langsung tidak boleh disentuh dan dari kaca media, dia dilihat agak angkuh. Seolah menjadi satu kesalahan besar untuk bertanyakan perkara yang tidak difahami. Bukankah lebih baik menjelaskan secara diplomatik berbanding meninggi suara kerana ia hanya menonjolkan sisi buruk dirinya. Kalau tidak boleh dikritik, lebih baik MIG tidak memanggil media. Kenapa tidak ikut saja cara penerbit filem Dua Alam dan Momok The Movie 2 yang tidak memanggil media untuk majlis pra tonton. Sikapnya itu menyebabkan minat wakil media tidak berminat untuk mengambil tahu pasal filem Kongsi. Sebagai produser berpengalaman, David sepatutnya kalis dengan kritikan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |