Utusan Online - Hiburan |
Posted: Siapa merisik Rozita?
UNTUNGNYA jadi Rozita Che Wan. Dahlah cantik jelita, popular pula tu. Lelaki manalah yang tak berebut-rebut nakkan dia. Betul tak? Khabar terbaru yang Joyah terima, Rozita telah selamat dirisik. Hah! Siapa yang datang merisik? Melepaslah kaum lelaki yang dok menaruh hati kat Rozita tu. Tapi biar Joyah terus-terang, Rozita bukanlah dirisik oleh mana-mana lelaki yang spesies buaya darat atau pun miang semacam. Rupanya Rozita selamat dirisik oleh satu jenama terkenal, Safi Rania Gold untuk dijadikan duta terbaru produk mereka. Kalau tak silap Joyah, majlis pengumuman ibu tunggal itu sebagai duta produk akan berlangsung pada Rabu petang ini di sebuah hotel ternama di ibu kota. Apa yang buat Joyah terkedu apabila bercakap bab bayaran. Dengar cerita, Safi Rania Gold membayar ratusan ribu kepada Rozita. Bayaran itu kerana menggunakan khidmat Rozita sebagai duta produk selama setahun. Kalau Joyah jadi Rozita, banyak benda yang Joyah boleh buat dengan duit ratusan ribu itu. Tapi apakan daya, Joyah tidaklah secantik dan popular Rozita. Tapi macam biasalah. Bila ditanya kepada yang empunya diri, ada saja yang dielaknya. Jawab Rozita penuh manja, syukur alhamdulillah kerana rezeki anak-anak. Apa pun, Rozita telah berjaya mengangkat darjat golongan artis tempatan yang sering dikaitkan dengan pandangan negatif. Semoga gandingan Rozita dan Safi Rania Gold bakal memberikan hasil yang lebih berseri-seri lagi kepada semua pihak selepas ini. | ||
Posted: Pada hari deritanya berakhirPADA hari terakhir pertemuan kami, 2 Mac lalu, saya bergurau memarahinya. Dan dia seperti biasa, terkebil-kebil, sambil tersenyum mesra. Meskipun dia cuba dengan sedaya upaya untuk berkata-kata, sungguh, saya sudah tidak mampu untuk memahami butir bicaranya. Saya marah lagi, dan dia senyum lagi. Akhirnya saya terus ketawa dan dia sama-sama ketawa. Marah saya bukan dalam erti kata menyampah, tidak suka atau tidak kuasa. Tetapi saya marah akan 'kedegilan' lelaki yang mesra kami sapa sebagai 'Abang Bayu' itu. Saya sebenarnya cukup kasihan dan seperti tidak sanggup untuk melihat semangat luar biasanya. Dalam keadaan berkerusi roda, dia masih mahu aktif, bergerak ke hulu dan ke hilir sama seperti zaman sihatnya walaupun terpaksa disorong oleh orang lain. "Ayah Bayu kata dia tak boleh duduk rumah. Dia jadi makin sakit," demikian kata anak angkat beliau, Nazira yang turut menemani Bayu ketika kunjungannya ke pejabat kami. Meskipun bentuk badannya sudah semakin mengecil (seperti anak-anak kecil), kepala 'gonjeng' dan disebalik butir bicara yang kami tidak fahami, tidak banyak yang berubah tentang seorang Seri Bayu. Jiwa seninya masih tebal. Dalam keadaan bersusah payah, daya juangnya kental dan dia sekali-kali tidak mudah mengalah walaupun disaat-saat akhirnya dia diduga kanan dan kiri, depan dan belakang. Tidak saya sangka, gurauan, senyuman dan pandangannya sewaktu kami bersalaman sambil saya menghantar dia pulang di muka pintu pejabat adalah pertemuan terakhir. Perjuangan untuk seni yang dirintis berakhir dengan pemergiannya apabila Seri Bayu menghembus nafas terakhir di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan pada 3 April lalu. Beliau meninggalkan seorang balu, penyanyi Erema yang semenjak dua tahun lalu dalam usaha untuk bercerai dengan Bayu. Sebelum itu, pernikahan dengan wanita bernama Azalina, Bayu mempunyai lima anak yang dijaga oleh bekas isterinya itu. Bayu menikahi Erema dalam keadaan kesihatannya sudah merosot meskipun pada awal pernikahan mereka cukup bahagia. Namun, tuntutan kehidupan Erema akhirnya tidak mampu lagi untuk terus mencintai Bayu. Wanita itu menuntut perceraian berlaku agar dia boleh meneruskan kehidupan dengan cara sendiri, meninggalkan Bayu meneruskan kehidupan dengan caranya tersendiri. Pun, kerana cinta yang masih tebal untuk Erema, Bayu tidak merelakan perpisahan. Pernah kepada saya dia memberitahu "Apapun yang berlaku abang tidak akan lafazkan." Dan hasilnya setelah berkali-kali naik turun mahkamah dalam keadaan berkerusi roda, Seri Bayu berjaya mengetepikan keinginan Erema apabila mahkamah membuat keputusan supaya Erema kembali taat kepada suami. Tetapi apalah maknanya sebuah pernikahan tanpa cinta? Bayu terus kehilangan sayang Erema yang memilih untuk tidak kembali ke pangkuan suaminya. Hasilnya, Bayu terpisah terus daripada kehidupan seorang isteri. Pada penghujung hayat, dia memegang status sebagai suami yang kehilangan. Kehidupannya hanyalah berada disekitar belas ihsan pihak lain. Derita Bayu diketahui semua, keluarga, peminat dan barangkali juga mereka yang pernah menjadi musuhnya. Pun, di penghujung hayatnya, dia puas kerana hasrat menjadikan Nazira sebagai penyanyi hampir menjadi kenyataan lalu terhasilkan lagu Sebelum Aku Pergi yang begitu menyentuh perasaan. Pada Sabtu itu, berakhirlah sebuah penderitaan seorang insan. Marilah kita sama-sama doakan semoga rohnya tenang dan dimasukkan dalam golongan insan yang beriman. Sekalipun barangkali pada kehidupan terdapat sebarang kesilapan, khilaf dan kekurangan, semoga ada keampunan daripada kalian untuk seorang Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik. Semoga kita akan terus mengenang Seri Bayu sebagai satu diantara ribuan insan seni yang pernah hadir untuk menceriakan kehidupan kita melalui karya seninya. Saya tinggalkan Kartasis minggu ini dengan mengenang karangan Bayu yang membawa banyak erti kepada kehidupan sebahagian daripada kita. Dalam banyak karyanya, lagu nyanyian Francisca Peter ini paling saya suka. Al-Fatihah! Kau Lilin Cintaku (Manan Ngah/Seri Bayu) Kau kerlipan cahaya kecil Menyinari hidup ku Ku hanyalah gadis sepi Yang tertawan dengan sinar mu Memberi kekuatan dan keyakinan diri Pada hati yang tersangkar di dalam duka (korus) Kau lilin cinta ku dengan keindahanmu Mengusir kenangan yang menggugat perasaan Kau lilin cinta ku Memberi nafas baru Di dalam dunia hati ku yang kegelapan Kau yang dulu kedinginan Tidak lagi keseorangan Kau datang dalam hidup ku Menyalakan harapan baru Sungguh aku terharu dengan pengorbanan mu Rela terbakar demi sebuah cinta Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |