OHBULAN! |
Adakah Gadis Ini Bakal Tunang Ashraf Muslim? Posted: 18 Apr 2011 10:20 PM PDT
Menurut informer kami, gadis tersebut yang dipercayai bernama Noor Dayana merupakan anak kedua dan bekas pelajar perubatan di University Manipal, Melaka. Dipercayai juga, gadis tersebut mempunyai kaitan yang rapat dengan rakan kongsi Ashraf Muslim dalam klinik perubatan Islam iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah. Apa pun, ini semuanya spekulasi semata-mata. Ramai peminat terutamanya golongan wanita tertanya-tanya adakah gadis yang disebutkan tepat dengan pilihan Ashraf Muslim. Buat masa ini, CSI pembaca sudah menjumpai gambar gadis tersebut, namun kami blur-kan untuk memberi laluan kepada Ashraf Muslim memperkenalkan sendiri cinta hatinya CSI pembaca kami juga menyebut, keluarga bakal tunang Ashraf Muslim ini baik-baik orangnya. Malah, adik-beradik bakal tunang Ashraf Muslim turut membuat PHd untuk kajian kanser di sebuah university di Australia. Andai kata betul spekulasi peminat-peminat Ashraf Muslim, kami tumpang gembira. Alhamdullilah. ![]() |
Ashraf Muslim Bakal Bertunang, Mahu Segera Nikah. Posted: 17 Apr 2011 11:48 PM PDT Ashraf Muslim Bakal Bertunang, Mahu Segera Nikah.
Menurut Ashraf lagi, bakal tunangnya merupakan seorang doktor perubatan yang sedang menjalani praktikal di sebuah hospital di Melaka. Dia sudah mengenali gadis tersebut sejak setahun yang lepas dan ciri-ciri gadis tersebut yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya. Ashraf Muslim juga menyebut bahawa dia ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Buat masa ini, Ashraf Muslim kurang menerima tawaran lakonan dan berhati-hati memilih cerita & watak untuk mengelakkan fitnah. Ashraf Muslim berkata lagi, ""Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya." Kami mengucapkan tahniah kepada Ashraf Muslim atas berita pertunangan ini. Kredit penuh berita asal Mstar. ![]() |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |