Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Fantasi jadi realitiSELAMA lebih kurang 17 tahun mengabadikan diri di dalam bidang lakonan, akhirnya kerjaya seni Shaheizy Sam Abdul Samad sampai ke kemuncak setelah berjaya merangkul gelaran Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular (ABP10) baru-baru ini. Dia mengaku teringin benar merangkul pencapaian sebagai artis paling popular. Malah, pelakon yang mesra dipanggil Sam itu juga tidak malu untuk mengaku bahawa sejak tiga tahun lalu, dia memasang fantasi untuk merangkul gelaran tersebut selepas melihat Datuk Siti Nurhaliza, Nabil dan Mawi menerima anugerah yang sama. Secara spontan juga, anak teruna pelakon Khaty Fauziah itu berterima kasih kepada Siti yang memberi laluan kepada rakan artis lain termasuk dirinya untuk merasa digelar paling popular. Katanya: "Memang dari dulu saya teringin merangkul anugerah paling popular. Tapi saya tak sangka, pencalonan kali pertama disenaraikan lima teratas telah menjadikan fantasi saya satu realiti." Bagi pelakon watak hero yang mula diminati melalui filem Adnan Sempit itu lagi, dia ingin dikenali sebagai pelakon yang baik memandangkan lakonan adalah karier tetapnya dari dahulu hingga kini. Tambahnya, peminat yang menyokong dan mengundi itulah sebenarnya yang membuatkan dirinya dekat dengan populariti. "Selain berterima kasih kepada ibu dan keluarga saya, peminat juga adalah tunjang kemenangan saya ini. Kerana sebaik mana pun saya bekerja, saya tidak akan sampai ke tahap ini tanpa sokongan dan bantuan mereka," tutur Sam yang begitu menghargai sokongan peminat terhadapnya selama ini. Bagaimanapun dia sedar, sebaik memegang gelaran paling popular, maka dia memikul tanggungjawab berat dengan memastikan jalur kerjayanya berada pada tahap yang tidak kendur. Dia tidak boleh membuat para peminat hilang kepercayaan terhadap dirinya kerana terbuai dengan keindahan menjadi orang popular. Bagi Sam juga, memenangi anugerah sebegini rupa bukan merupakan penghujung di dalam karier dan tidak lagi perlu berusaha keras. Katanya, dia belum lagi berpuas hati dengan apa yang dimilikinya hari ini. Bukan tamak, tetapi kata Sam, dia mendidik dirinya agar tidak cepat selesa. "Mungkin bagi orang lain, kemenangan seperti ini merupakan kemuncak segalanya dalam karier seni mereka, tetapi bagi saya, masih jauh lagi perjalanan di dalam industri ini. "Sekarang saya mahu terus memberi fokus terhadap kerjaya dan jika kita ikhlas atau buat yang terbaik, orang lain akan nampak perkara itu," katanya bersungguh-sungguh. Tak pandai letak harga SAM secara terbuka menyelar penerbit filem tempatan yang kedekut untuk mengeluarkan modal yang banyak bagi menghasilkan filem yang bermutu tinggi. Bagai menjadi satu resam, harga bakat yang disumbangkan oleh seseorang artis akan mendadak naik apabila memenangi sesuatu anugerah. Sewaktu persoalan tentang 'harga diri' yang bakal dikenakan kepada pihak yang berminat untuk menerima khidmatnya selepas ini, Sam memberi jaminan dia tidak akan demanding sesuka hati. Sebaliknya harga yang dimintanya berpatutan dengan khidmat yang bakal diberikan. "Sebenarnya diangkat sebagai paling popular adalah bonus terhadap saya. Saya berani katakan, karier saya tidak akan berubah dan saya akan sentiasa menjadi diri saya yang dahulu. "Saya akan bekerja seperti biasa. Saya percaya, setiap tawaran yang saya terima, pihak yang menawarkan sudah mempertimbangkan dengan sebaik-baiknya tentang habuan yang akan mereka berikan kepada saya. Jujurnya, saya bukan orang yang bijak meletak harga diri," katanya serius. Justeru kerana tidak tahu meletak harga khidmat yang ditawarkan, dia memilih untuk duduk di bawah syarikat pengurusan dan segala urusan pembayaran atau sebagainya bukan di atas bidang kuasanya. Sokong industri tempatan Mengajak adik kepada pelakon Zizie Ezzette itu berbicara tentang naik turun industri tempatan, pantas dia memberitahu, industri tempatan akan maju sekiranya seluruh rakyat Malaysia bersatu menyokong industri seni sendiri. "Apabila kita semua bersatu menyokong industri seni sendiri, saya percaya, secara automatik, industri ini akan maju. Saya ambil contoh, apabila semua peminat saya bersatu mengundi saya untuk jadi popular, maka bayangkan kalau semua rakyat Malaysia berbuat hal yang sama untuk menyokong produk tempatan, hasilnya adalah industri seni kita yang maju," tuturnya. Malah tanpa teragak-agak, Sam menyelar sikap penerbit yang mahu industri maju, tetapi kedekut mengeluarkan bajet yang tinggi untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan bermutu tinggi. Katanya: "Bagi saya, penerbit kini takut mahu keluarkan wang yang banyak kerana bimbang produk yang dikeluar atau dihasilkan tidak diterima oleh orang kita sendiri. "Mereka takut rugi jika orang kita tak sokong produk tempatan. Jadi, jika masyarakat menyokong produk kita, saya percaya harga atau bayaran yang bakal diberi pihak penerbit mungkin akan menjadi lebih baik." Kekasih ibu "Hidup saya adalah ibu saya. Ibu saya telah membesarkan saya dan kerana dia saya sampai ke tahap begini. Saya mahukan yang terbaik untuk dia kerana kesusahan yang telah dia tempuhi sepanjang tempoh membesarkan saya," ujar Sam sedikit emosi sehingga menitiskan air mata apabila bercakap tentang ibunya, Khaty Fauziah. Hal itu menjadi penegasan kepada kehidupannya yang kini diakui Sam sebagai masih solo. Dia juga memberitahu cintanya hanya untuk ibunya. "Buat masa ini, hanya ibu yang menjadi 'kekasih' saya," ungkapnya. Malah, Sam turut menegaskan walau usia makin meningkat dia tidak terfikir untuk menamatkan zaman bujang lagi. Bagi Sam, perjalanan kariernya baru bermula dan dia tidak mahu memecahkan momentum kerja dengan hal peribadi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Scha, Awal elak berlakon bersama Posted: Scha, Awal elak berlakon bersamaOleh RONI HIDAYAT RIDWAN
MEREKA mengakui ada menjalinkan hubungan cinta. Scha Al Yahya dan Awal Ashaari tidak merahsiakan hubungan mereka itu yang sudah terjalin sejak tahun lalu lagi. Selain sedang melalui saat-saat yang cukup indah dan bahagia sebagai pasangan kekasih, tiada sebarang gosip atau kontroversi yang mampu menjejaskan hubungan mereka berdua. Bagaimanapun, para peminat pastinya agak sukar untuk melihat kelibat mereka bergandingan berdua sama ada melalui drama ataupun filem tempatan. Malah, kali terakhir Scha dan Awal dilihat bergandingan bersama adalah menerusi telefilem berjudul Prebet Jamilah. Dalam telefilem tersebut, mereka turut berlakon sebagai pasangan kekasih. Mengulas mengenai perkara tersebut, Scha yang ditemui pada pertandingan Pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu memberitahu bahawa dia sememangnya mahu mengelak untuk berlakon di samping kekasihnya itu. "Sebelum ini memang banyak tawaran berlakon yang mahu menggandingkan saya dan Awal, namun kami sebenarnya mempunyai prinsip iaitu seboleh-bolehnya mengelak berlakon bersama-sama. "Walaupun kami merupakan pasangan kekasih, tetapi itu tidak bermakna kami juga perlu berlakon bersama kerana risau peminat akan muak kalau selalu digandingkan," jelasnya. Tambah Scha, biasanya kalau masing-masing mendapat tawaran berlakon yang sama, dia dan Awal selalunya akan berbincang terlebih dahulu sama ada menerima ataupun menolaknya. Jelasnya, meskipun mereka berprinsip sedemikian, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak akan berlakon bersama-sama. Cuma mereka sekadar mahu menghadkan penampilan bersama dan masih menerima sekiranya mendapat watak yang bersesuaian. Sementara itu, ketika ditanya adakah dia dan Awal akan berkahwin pada tahun ini, jelas bekas juara Dewi Remaja itu lagi, buat masa ini masih belum ada perancangan ke arah itu lagi. Ujar Scha, ketika ini masing-masing terlalu sibuk dengan jadual lakonan dan kalau berjumpa sekali pun, mereka tidak pernah berbincang tentang soal perkahwinan. "Pada usia saya yang menjangkau 28 tahun memang sudah sesuai pun untuk mendirikan rumah tangga. Kalau tiada apa-apa halangan, saya sasarkan tahun hadapan untuk mendirikan rumah tangga," jelasnya. Dunia Kita Mengenai perkembangan terbarunya ketika ini, Scha memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mimi Mencari Cinta. Dalam tempoh terdekat ini pula dia akan mula menjalani penggambaran drama berjudul Dunia Kita yang bakal ke udara di saluran Astro Ria pada 27 Mei akan datang. Selainnya, pelakon yang membintangi drama berkenaan adalah Marsha Milan Londoh dan lebih istimewa lagi, Awal juga ditawarkan untuk berlakon dalam drama tersebut. "Dalam drama Dunia Kita ini, saya difahamkan akan memegang watak sebagai seorang pereka fesyen. Cuma buat masa ini saya masih belum lagi menerima skripnya. "Menariknya, turut berlakon dalam drama ini adalah pemenang utama dalam pertandingan Pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu iaitu Nur Amalina Ajaian," ujarnya. Sementara bagi Nur Amalina pula, peluang untuk berlakon bersama dengan pelakon popular seperti Scha adalah saat-saat yang dinantikannya selama ini. Menurut peserta yang mendapat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini, dia begitu meminati bidang lakonan dan tidak menyangka impiannya itu bakal terlaksana menerusi pertandingan berkenaan. "Sejak dari dahulu lagi saya teringin untuk berlakon dan keluarga juga turut menyokong. Bagaimanapun, saya ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi," ujarnya yang bercita-cita mahu bergelar akauntan. Dalam pertandingan itu, Nur Amalina terpaksa bersaing sengit dengan lima orang peserta lagi di peringkat akhir. Selain dapat berlakon dalam drama Dunia Kita, dia juga turut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Saya masih solo – FashaOleh SYALMIZI HAMID
KISAH percintaan pelakon jelita Fasha Sandha sering dilanda gelora. Pernah menjalinkan hubungan cinta penuh sensasi dengan Rizal Ashram Ramli atau nama ringkasnya, Jejai, namun ikatan itu sudah putus pada Januari tahun ini. Namun, desas-desus dan khabar angin di Internet menyatakan bahawa pelakon drama Chinta itu kini kembali berbaik semula dengan bekas suami pelakon comel, Nora Danish itu. Walau sering dilanda kontroversi, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu masih mampu memenangi hati peminatya apabila menewaskan pelakon jelita lain termasuklah Lisa Surihani, Tiz Zaqiah, Scha Alyahya dan Noorkhiriah dalam undian sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010. Kosmo! berkesempatan menemu bual Fasha berikutan gosip yang tersebar itu untuk bertanya kepada empunya diri. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fasha pada majlis yang berlangsung usai acara ABP 2010 di Genting Highlands baru-baru ini. Kosmo!: Apa khabar Fasha? Tahniah di atas kemenangan Fasha dalam ABP 2010. Nampaknya, walaupun berdepan kontroversi Fasha tetap menjadi pilihan peminat. Apa komen Fasha? Fasha Sandha: Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan kemenangan saya dalam ABP kali ini. Ia adalah kemenangan kelima saya dalam ABP sejak 2005. Terima kasih kepada peminat dan penyokong saya semua. Saya tidak meletakkan harapan untuk menang lagi pada kali ini kerana saya menjangkakan Lisa Surihani menang anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada tahun ini. Apa pun saya bersyukur kerana masih diberi rezeki ini. Kenapa menjangkakan Lisa Surihani? Tiada sebab tetapi hanya menyasarkan Lisa untuk menang, itu sahaja. Saya memang mengagumi lakonan Lisa juga. Boleh bertanya sedikit soal peribadi? Ada desas-desus di kalangan peminat dan media menyatakan Fasha sudah kembali bercinta bersama Jejai. Apa komen Fasha? Saya tak setuju dengan desas-desus itu. Saya memang tak berbaik kembali dengan dia. Itu sahaja komen saya. Ada tak berjumpa dengan dia? Tidak. Ada soalan lain? Kerana saya tidak mahu bercerita soal peribadi. Macam mana dengan kisah cinta Fasha sekarang? Sudah ada pengganti ke? Tiada pengganti. Saya masih single (solo) dan hati saya belum dimiliki sesiapa. Buat masa ini saya hanya ingin fokus kepada kerjaya lakonan dan salun (Chinta Hair Salun & Beauty) yang baru dibuka. Tidak perlu fikirkan mengenai hal itu lagi. Bagaimana dengan perkembangan kerjaya Fasha sekarang? Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian 13 episod untuk siaran di saluran RTM berjudul 5 Tahun 5 Hari dan sedang baca skrip untuk drama 20 episod dalam slot Akasia di TV3 berjudul Dewa Cintaku. Insya-Allah saya akan menerima tawaran untuk terlibat dalam drama itu. Salun (Chinta Hair Salun & Beauty) juga semakin maju dan mendapat sambutan menggalakkan dan luar biasa daripada pelanggan. Memang luar biasa. Kosmo!: Terima kasih Fasha kerana sudi ditemu bual. Tahniah sekali lagi atas kemenangan Fasha memenangi semula trofi Pelakon TV Wanita Popular. Terima kasih banyak-banyak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |