Berita Harian: Hip |
Posted: 06 Apr 2011 03:33 PM PDT Hip Faradhiya tidak peduli apa orang kata, berhak gayakan pakaian disukaiPENAMPILANNYA pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) menarik perhatian ramai. Menggayakan catsuit rona biru turquoise daripada fabrik lycra rekaan Ariff Shukor berjaya menampakkan keseksian tubuh Farahdhiya. Justeru tidak hairanlah andai setiap kali kelibat Farahdhiya muncul ramai jejaka akan menoleh lebih daripada sekali. Dan bagi si empunya diri, dia sendiri tidak kisah jika penampilannya itu mengundang perhatian ramai. Malah Faradhiya sendiri tidak mahu ambil peduli jika ada lelaki yang merenung atas bawah sekali gus memberikan pandangan nakal."Idea untuk menggayakan catsuit ini memang dari saya sendiri. Selepas berbincang dengan pereka saya, maka terhasillah pakaian ini. Saya suka dengan pemilihan warna dan saya selesa menggayakannya. "Saya tak kisah orang nak kata apapun. Saya seorang wanita dan saya berhak untuk memilih apa saja gaya yang saya suka," katanya yang baru muncul dengan single terbaru berjudul Kau Telah Pergi. Dia yang cari pasal Berdasarkan baris-baris ayat yang ditulis penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati itu, memang jelas tergambar betapa marahnya Farahdhiya terhadap Deja. Sejak bila mereka bermusuhan? Apakah puncanya? Semua persoalan itu berlegar-legar dalam fikiran mereka yang membacanya. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan gosip semasa, tentunya ramai yang sedia maklum bahawa Deja dikatakan hanya mempunyai masalah dengan Norish Karman. Namun apabila Farahdhiya 'berani mati' bersuara mempertikaikan tindakan Deja berhubung isu pemberian bunga seperti yang pernah digembar-gemburkan media dalam pelbagai ruangan gosip. Hip sendiri pernah bertanyakan perkara ini kepada Deja dan selebriti kelahiran Kuching, Sarawak ini mengatakan dia sendiri tidak tahu apa masalahnya sehingga Farahdhiya sanggup mencaci dirinya di laman Twitter. Tidak mahu hanya mendengar cerita sebelah pihak, penulis cuba mendapatkan penyanyi kacukan Melayu-Itali ini. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, kehadiran Farahdhiya ke acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) malam Ahad lalu memberi peluang untuk mencari kepastian apakah benar dia dan Deja selama ini bermusuhan. "Saya akui kata-kata berunsur amarah itu memang saya tujukan kepada Deja. Saya amat marah dengan kenyataannya berhubung isu pemberian bunga itu. Kenapa dia tidak berterus terang apa yang berlaku dan cuba berlagak baik seolah-olah dia tidak bersalah. "Jangan kerana dia tak puas hati dengan orang lain, saya dikaitkan dalam hal itu. Saya tahu dia memang mempunyai masalah dengan Norish dan melihat saya baik dengan Norish, dia terus membabitkan saya dalam perkara itu. Saya memang agak kurang selesa dengan caranya yang macam itu," tegasnya. Masih diselubungi perasaan geram, Farahdhiya terus mempertikaikan satu demi satu kenyataan yang pernah dikeluarkan Deja mengenai dirinya. "Banyak cerita mengenai saya keluar dari mulutnya. Saya tidak faham kenapa dia mengeluarkan kenyataan kononnya dia tak baik dengan saya dan Norish kerana saya suka mengasingkan diri dan tidak mahu bercampur gaul dengan pelakon lain. Saya akui kalau berada di lokasi apapun, saya memang suka bersendiri dan buat hal sendiri. Dan yang penting, saya tetap hormat pelakon lain dan juga krew yang terbabit. "Saya hairan kenapa dia kata saya tak baik dengannya walhal sewaktu awal-awal pementasan, kami tak ada masalah. Dia ada beri semua pelakon merasa masakannya dan saya puji masakannya itu. Tapi sekarang lain pula ceritanya," katanya sambil menyifatkan kekeruhan ini sepatutnya tidak berlaku. Mengulas permohonan maaf yang dibuat Deja sebelum pementasan berakhir seperti yang pernah dikatakannya sebelum ini, Farahdhiya tidak nampak keikhlasan penyanyi yang terkenal dengan lagu Asmara Ini. "Memang dia ada memohon maaf tetapi itu ditujukan kepada semua dan bukan secara peribadi kepada saya. Cukuplah apa yang dia sudah lakukan," kata pelakon dan penyanyi berusia 26 tahun ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 06 Apr 2011 03:26 PM PDT Hip BARISAN pelakon Dilarang Masuk pada majlis tayangan filem itu baru-baru ini. HANYA dengan menggunakan kamera digital DSLR, sinematografi filem sulung terbitan Cinework Sdn Bhd, Dilarang Masuk mungkin sudah dianggap berjaya dan menarik, malah mampu membuatkan penonton terpegun dengan visual yang dihasilkan. Filem yang mengambil masa 16 hari penggambaran di Bukit Larut, Taiping, Perak itu dianggap berjaya dari segi visualnya, namun cara penyampaian dan jalan ceritanya dilihat kurang berkesan. Dilarang Masuk mengisahkan penjualan organ dalaman seorang kanak-kanak perempuan yang dibunuh secara kejam ini mempunyai amanat tersendiri yang turut diselitkan perasaan tamak, kejam dan cinta.Bagi pengarahnya, Jeffrey Chiang, tajuk filem itu sendiri sudah menggambarkan maksud yang hendak disampaikan agar penonton dapat mencari kesimpulan di sebalik kesudahannya dengan kesan bunyi yang dianggap berkesan. Idea penghasilan filem ini diambil daripada filem triller seram dari Hollywood, Silence Of The Lambs yang membawa maksud sama tetapi berbeza dari segi jalan ceritanya yang dianggap pertama di negara ini. "Saya berpuas hati dengan filem ini walaupun bajetnya RM1.5 juta tetapi kami berjaya menghasil filem menarik serta mempunyai cerita yang berguna kepada penonton. Walaupun terdapat kecacatan dan kekurangan dari segi jalan ceritanya tetapi saya yakin ia mampu menarik minat penonton dengan visual dan kesan bunyi yang menarik," katanya.
Filem yang dibintangi Shiqin Kamal, Azma Aizal Yusoof, Isma Hanum Husein, Muniff Isa Badrul dan Esma Daneil ini mengisahkan tentang empat sekawan iaitu Fatia (Shiqin), Badrul (Muniff), Juli (Isma) dan Ronnie (Azma) yang tersesat di dalam hutan. Setelah buntu mencari jalan keluar, mereka menemui banglo usang di atas bukit dan bersepakat bermalam di situ sebelum mencari jalan keluar keesokan harinya. Malangnya mereka menemui dua mayat yang dibunuh kejam dalam banglo terbabit.
Kerana tamak, Isma dan Azma melarikan kesemua wang tunai itu, namun sebaliknya pula berlaku ke atas diri Fatia yang trauma dibayangi seorang kanak-kanak perempuan. Akhirnya misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan terungkai apabila menemui bilik yang dijadikan tempat mengambil organ dalam seperti jantung, yang menjadi milik kanak-kanak yang dibunuh kejam itu. Bagi Isma Hanum, Dilarang Masuk adalah filem pertama lakonannya meskipun pernah terbabit dalam beberapa drama sebelum ini dan bertuah dapat terbabit dalam filem yang dianggap lain daripada biasa. "Banyak filem kita memberi fokus kepada kekeluargaan dan cinta tetapi filem ini lain. Saya bangga dipilih untuk melakonkan watak di dalam filem ini dan ia sangat mencabar dengan keadaan cuaca yang lembap serta sejuk di lokasi," katanya. Namun bagi Shiqin, memegang watak utama filem ini memberi cabaran kepadanya kerana terpaksa berulang alik dari Taiping ke Kuala Lumpur. Kesukaran yang mencabar dirinya adalah dari segi masa yang agak terhad untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. "Saya amat berpuas hati dengan watak yang dilakonkan cuma agak sukar untuk membawakan watak seorang penghidap sakit jantung kerana kita tak pernah merasakan bagaimana situasi sebenar pesakit jantung," katanya. Lain pula bagi Azma Aizal yang menjadikan faktor cuaca sebagai cabaran baginya kerana keadaan Taiping yang dianggap tempat tadahan hujan serta lembap sedikit mencabar lakonannya. "Kita berlakon di atas bukit dan sedia maklum Taiping adalah kawasan lembap dan berair jadi memang sejuk sehinggakan terpaksa mengawal keadaan yang menggigil akibat kesejukan. Memang betul-betul mencabar tetapi saya berpuas hati dengan lakonan saya termasuk kerjasama daripada semua pihak," katanya. Tidak letak sasaran Meskipun filem yang dihasilkan Jeffrey itu disasarkan kepada golongan muda sebagai tontonan, namun tidak meletakkan sebarang harapan terhadap kutipan dan sekadar berkongsi maklumat yang hendak disampaikan. Jeffrey juga kini sedang menyiapkan filem animasi pertamanya bertajuk Seefood yang akan menemui penonton hujung tahun ini. Filem animasi pixel yang pertama seumpamanya di negara ini menceritakan kehidupan dua ikan jerung yang kini sudah 95 peratus siap pembikinannya serta dibuat dalam dwi bahasa. "Sekarang kita sedang fokus kepada filem animasi itu yang akan turut dipasarkan di luar negara dan ia berlainan daripada filem animasi lain yang terdapat di negara ini kerana paparan animasi lebih menarik dan jelas. "Filem ini turut mendapat kerjasama dengan syarikat pembikinan filem animasi antarabangsa dari segi visual dan kesan bunyi," katanya. Bagi mengembangkan lagi industri perfileman tempatan yang memfokuskan kepada filem bergenre seram, Jeffrey turut bercadang untuk menerbitkan filem seram bertajuk Langsuir selepas selesai pembikinan filem animasinya itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |